Rate

Bab 1

Romance Series 4875

"Tak semua yang kita nak, kita dapat. Kalau nak sesuatu, usaha kena lebih," pesan Ibu terngiang-ngiang di fikiran Alya. Alya menyembam muka ke bantal. "Rindunya arwah ibu, kalau ibu ada sekarang, hidup Alya tak jadi macam ni," kedengaran bunyi esakan Alya.

Tok! Tok! Tok!

Alya menyeka air matanya dengan hujung lengan baju. "Masuk, pintu tak kunci!" Pintu dikuak, Encik Johari masuk dan duduk di birai katil Alya.

"Alya, Alya masih marahkan papa ke? Papa minta maaf, tapi. Perangai Alya ni dah berubah. Papa harap Al..."

"Papa! Kalau papa nak masuk dalam bilik Alya semata-mata nak berbaik dengan Izara, Alya tak nak! Bukan Alya yang dah berubah, tapi Papa! Papa tak sayang Alya dan adik macam dulu lagi. Kalau arwah ibu ada sekarang hidup Alya tak kan jadi macam ni!" pintas Alya. Izara adalah ibu tirinya yang mempunyai dua orang anak, Azril dan Mira. Ayahnya telah berkahwin lapan bulan yang lalu.

"Alya! Papa dah pesan banyak kali jangan panggil mama dengan nama dia! Panggil dia mama! Kenapa Alya tak pernah faham perasaan papa, kenapa Alya pentingkan diri sendiri!" Encik Johari terus berlalu ke arah pintu. Dan berpaling semula ke arah Alya sebelum menutup pintu. "Papa harap Alya macam dulu lagi. Alya dah dewasa, papa tak nak Alya buat perangai depan mama."

"Ibu... Alya tak nak tinggal dekat rumah ni. Papa dah lain bu." teresak-esak Alya sehingga dia tertidur sehingga keesokan pagi.

------------------------------

Alya dah bersiap untuk ke sekolah. Dan turun untuk sarapan. "Alya, mama dah siapkan sarapan, mari sarapan sama," Puan Izara senyum sambil menuang air kopi ke dalam cawan. Adiknya, Atika yang sudah duduk di meja makan menarik kerusi untuk Alya. Ayahnya juga ada di meja makan, cuma Azril sahaja yang tak ada. Mungkin masih membuta di atas katil.

"Kau tunggu apa lagi, kau nak aku letak red carpet baru kau nak jalan ke?!" "Mira!" Puan Izara kesal akan sikap Mira. Perangainya berubah selepas dia berkahwin dengan ayah Alya. Mira sememangnya anak yang manja, apa yang dia mahu semua akan dituruti oleh bekas suaminya. Puan Izara kesal sikap terlalu dimanjai oleh bekas suaminya menyebabkan Mira tidak dapat ditegur. Ada sahaja yang ingin diperdebatkan.

"Atika, mari! Uncle Arjit nak sampai dah tu." Alya terus berlalu pergi ke pintu depan dan menyarung kasutnya. "Alah kak, rugilah kalau akak tak rasa apa yang mama dah masak. Sedap ni sampai menjilat jari..." Tersenyum Puan Izara selepas dipuji oleh Atika.

"Atika! Cepat!" Alya terus berlalu pergi ke pagar. "Yalah yalah. Mama, papa, Atika pergi dulu ya." Atika menyalami kedua orang tuanya dan pergi mendapatkan Alya.

Alya kelihatan marah dan bercekak pinggang sebaik sahaja ternampak kelibat Atika. "Adik! Akak kan dah cakap, Izara tu ada agenda dia. Entah-entah dia dah letak racun ke jampi entah apa yang dia letak sampai adik dan papa pun dah tunduk dengan kata-kata dia."

"Akak! Tak baik kata macam tu. Dia lah pengganti ibu. Atika tengok mama ok jer. Tak pernah pun dia buat jahat macam ibu tiri dalam cerita bawang putih bawang merah tu." Atika menafikan ayat Alya. Apa yang dia tahu, Puan Izara memang baik.

"Ish! Adik ni masih tak faham ke? Dia memanglah sekarang ni baik! Lama-lama dia tunjuklah perangai sebenar dia." Kenapa adik dia sokong Puan Izara pula, entah-entah dia dah kena makan jampi.

Ponnn! Ponnn!!!!

Terdengar bunyi hon bas sekolah. "Selamat pagi cik adik manis," sapa Uncle Arjit. "Selamat pagi uncle. Wah, pagi banyak senyum oh." Atika tersenyum dan masuk ke dalam bas sekolah. "Uncle, Aunty Kamala apa khabar?" Uncle Arjit dan aunty Kamala memang rapat dengan keluarga Alya. Mereka kawan dengan ibu dan ayah Alya dari zaman sekolah menengah lagi dan sudah lama berkahwin namun tidak dikurniakan anak. Jadi, mereka hanya menumpang kasih sayang dengan anak-anak Encik Razali sahaja.

"Aunty banyak bagus adik manis. Aunty rindu sama kamu dua beradik. " tersenyum Alya dengan pelat India uncle Arjit.

"Ok anak-anak uncle, kita pergi sekolah ya, vroom vroom..." Ketawa pelajar bergema di dalam bas sekolah yang kini menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Cemerlang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience