BAB 7

Other Completed 7221

“ Kita bawak baliklah yang. Apa lagi…” lantas mereka mengangkat semuanya. Lebih kurang sepuluh buah bungkusan plastik sampah hitam memenuhi kereta Proton Kancil mereka. Dah macam lori sampah pun ada.

Mungkin inilah yang selama ini disembunyikan oleh arwah ayahnya. Berjuta-juta wang ringgit untuk anak tunggalnya seorang. Tetapi masih banyak tanda tanya yang berlegar di minda.

“ Mengapa disembunyikan semua duit itu?”

“ Mengapa tidak diberikan terus sahaja kepada Hafiz?”

“ Mengapa arwah ayah tidak menggunakan sahaja wang itu semasa dia hidup?”

Soalan-soalan itu diluahkan kepada isterinya sementara kereta dipandu pulang.

“ Entah-entah ni semua duit hasil rompakan bank tak?” sangka Intan.

“ Ish, takkanlah. Arwah ayah bukan jenis macam tu lah. Dengan tulang empat kerat dia tu manalah nak rompak bank. Kalau boleh rompak pun, nak lari polis dah sampai dulu…” jawab Hafiz.

“ Hmmm, mungkin jugak. Atau mungkin duit ni memang dia punya semua cuma dia tak nak simpan dekat dalam bank sebab jauh dari kampung.” Intan memberi alasan lain.

“ Ha! Yang tu boleh diterima. Susah jugak kalau nak pergi bandar simpan duit banyak macam ni dekat bank. Dahlah jauh. Nak pergi pun naik motor buruk je manalah arwah ayah tu larat…” Hafiz menyokong hujah isterinya.

“ Em, sayang. Kita nak buat apa dengan duit ni?” intan tersenyum sambil menoleh ke belakang melihat ke dalam salah satu bungkusan plastik yang sudah terbuka. Semuanya not RM 100. Penuh.

“ Hehe. Kalau ada duit, semua boleh kuit.” Jawab Hafiz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience