BAB 13

Other Completed 7221

“ Enciklah yang mengubah hidup saya. Saya akan ingat muka encik sampai bila-bila. Disebabkan RM 100 yang encik sedekahkan kepada saya semasa saya seorang pengemis dulu, sekarang saya hidup senang…”

Hafiz teringat. Memang ada sekali dia bersedekah kepada seorang pengemis jalanan di bandar. RM 100 sahaja. Sewaktu baru memperoleh durian runtuh itu. Itulah kali pertama dan terakhir dia bersedekah sebelum hawa nafsu menguasai diri.

“ Sebagai penghargaan atas kegembiraan saya, saya nak hadiahkan encik ni…” sehelai cek yang telah ditandatangani dihulurkan.

RM 5,000,000.

Hafiz dan Intan saling berpandangan. Rezeki itu tidak pernah salah alamat. Semoga imbuhan yang dikurniakan Allah ini tidak membolak-balikkan hati mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience