10.Pergi
Ayahnya tengok Azizah sambil menggelengkan kepala. Keluarganya menentang keras keputusan Azizah. Namun semuanya dah terjadi.
Mengetahui cadangan Azizah, jelas kemarahan keluarga itu tidak dapat dibendung dan marah membuak buak. Manakala dengan linangan air mata, dan kemarahan yang teramat sangat sehingga mereka bercadang untuk memaksa Azizah kembali kepada agama terdahulu.
"Kami sebagai orang tua tidak bersetuju, boleh tak kembali kepada agama lama," cakap ayahnya.
“Tak ingin,” kata Azizah berdegil.
“Awak mesti boleh, awak anak saya dan mesti taat kepada orang tua, ” kata bapanya.
"Ayah, mohon lihat saya sudah dewasa, saya seorang pelajar dan teringin bercadang menentukan masa depan saya sendiri,"
Bapanya muka merah padam.
"Tak boleh, atau berhambus" kata bapanya. Ibunya menangis dan memujuknya supaya mengikut kehendak ayahnya.
"Azizah tak boleh macam tu," seru ibunya.
Ayah Azizah buat keputusan pelik, usir Azizah. Gadis itu terpaksa meninggalkan keluarganya.
Dia melarikan diri selepas subuh dan dibantu oleh salah seorang rakannya. Dengan segala rintangan yang dihadapi, kini Azizah tidak lagi gentar untuk menyembunyikan keislamannya kerana yakin Allah Subhanahu wa ta'ala akan membantu dan memberi jalan. Azizah tidak berbaik dengan ibu bapanya.
Axizah pun memutuskan pergi meninggalkan keluarganya demi menyelamatkan akidah yang telah diyakini, dan keluarganya sampai melapor ke aparat kepolisian untuk mencari keberadaan Azizah.
Dengan segala rintangan yang menghadang, kini Azizah tidak takut lagi menyembunyikan keislamannya karena ia yakin bahwa Allah Subhanahu wa ta'ala akan membantu dan memberikan jalan untuk Azizah mempertahankan akidahnya.
Share this novel