BAB 29

Romantic Comedy Completed 97909

"Bodoh! Bodoh!" Iqbal memukul-mukul stereng kereta. Air matanya tak putus-putus mengalir. Digenggam penumbuk di tangan kanannya. "Bodoh!!!!!!!" Dia menjerit sekuat hati. Keretanya diberhentikan di tepi jalan. Iqbal memejamkan matanya. "Ara!!!!!"

Tukk! Tukk!

Iqbal menoleh. Dia merengus kasar. Dibuka pintu kereta dan keluar menghadap orang yang mengetuk pintu cermin keretanya. "Kau nak apa!?" tengkingnya kasar. Moodnya memang langsung tak baik sekarang. Salahlah kalau nak cari pasal dengan dia sekarang ni.

"You... Kenapa marah-marah ni? Kenapa you nangis ni?" Wawa memegang kedua pipi Iqbal. Dikesat air mata yang mengalir di pipi lelaki itu. "I tahu. Ni mesti sebab perempuan tu kan?" Wawa memandang ke dalam mata Iqbal.

Iqbal hanya membisu. Dibiarkan saja tangan Wawa mengesat air matanya.

"Sudah-sudah. Shh... Shh.." Wawa memeluk Iqbal. Diusap belakang lelaki itu perlahan. "Jangan nangis lagi sayang. I dah cakap dengan you jangan datang hospital tapi you tak nak dengar."

Iqbal menolak Wawa. Melepaskan diri dari pelukan wanita itu. "You ada cakap dengan I? Bila?" soal Iqbal.

"Ha ah. I ada cakap dengan you. Tengahari tadi. You lupa ke?"

Iqbal terdiam seketika. Otaknya ligat memutar kembali peristiwa tengahari tadi. Segera dicapai telefonnya yang berada di dalam kereta. Dibuka kekunci telefon dan pergi ke aplikasi whatsapp. Nama Wawa ditekan.

"You.. Jangan datang hospital. I tak nak you sakit."

Iqbal termangu. Kenapalah dia tak buka text wanita itu tadi. Kemudian dia berpaling memandang Wawa yang sedang memandangnya. "Macam mana you tahu?" soalnya.

"Tengahari tadi I pergi hospital. Nak lawat Hara. I dengar dia masuk hospital. I nak berbaik dengan dia. Tak nak gaduh-gaduh. Masa I sampai tu I tengok ada sorang laki dalam bilik dia. I marah sebab I tak sangka Hara sanggup mainkan you." tenang Wawa menjawab soalan Iqbal. "I cuba halang you. Tak nak you datang hospital and sakit hati. Tapi masa I keluar tu I tengok you dah meluru masuk dalam hospital." jelas Wawa lagi.

"Habis kenapa you tak tahan I?"

"I cuba kejar you. Tapi I pakai kasut macam ni. You jalan laju sangat. Lagipun I terfikir kalau I cakap mesti you tak percaya cakap I. Sedangkan I text pun you tak sudi nak baca. Hermm.." Wawa tunduk. Suaranya sayu. Menunjukkan yang dia benar-benar terkilan dengan Iqbal.

"I'm sorry." Iqbal meraih tangan Wawa. Niat baik wanita itu sudah disalah erti.

"Takpe. I faham siapa I di mata you and siapa dia di mata you. Dia isteri you mestilah you percayakan dia. I faham." Wawa tersenyum nipis. Genggaman tangan Iqbal dibalas dan dipegang erat.

Entah kenapa tiba-tiba timbul rasa bersalah yang mengunung dalam hati Iqbal kepada Wawa. Selama ini dia selalu prasangka buruk pada Wawa tapi rupanya wanita itu tak la sejahat yang disangka. "Mari.. I belanja you minum. Sebagai tanda maaf sebab buat you macam ni."

"Kereta I macam mana?"

"Emm you follow I dari belakanglah. Kita kat tepi jalan. Takde tempat parking. Kang kena tarik pula."

"Okay Iqbal."

***

"Boleh jalan ni?" Fatah memegang tangan Hara. Menyokong wanita itu supaya tidak terjatuh.

"Boleh.. Boleh.. Saya okay ni." Perlahan Hara turun dari katil. Tudung bawalnya dibetulkan supaya nampak lebih kemas. Beg pakaian yang berisi baju diangkat dan dihulurkan pada Fatah. Akhirnya setelah empat hari di hospital , doktor membenarkannya keluar hari ini.

Perlahan-lahan kakinya bergerak keluar daripada bilik dengan Fatah memegang tangannya disisi.

"Hati-hati awak."

Hara tergangguk-angguk mendengar kata Fatah. Dalam hatinya mengutuk lelaki itu. Kuat membebel betul.

Setelah sampai di kereta milik Fatah dengan berhati-hati Hara masuk dan duduk di tempat penumpang.

Fatah muncul dan duduk di tempat pemandu setelah meletakkan beg Hara di kerusi belakang. "Awak nak balik rumah mak ke?" soal Fatah setelah enjin kereta dihidupkan.

Hara mengelengkan kepalanya. "Saya nak balik rumah saya. Rumah Iqbal."

"Betul ni? Takpe ke? Dibuatnya Iqbal angkat tangan dekat awak macam mana?"

"Takpe. Saya kenal Iqbal tu. Dia tak kan angkat tangan dekat saya."

"Awak kenal? Betul awak rasa awak kenal Iqbal tu?"

Hara terdiam.

"Takpelah. Kalau itu yang awak nak. Saya tak akan paksa. Tapi bagi saya ada eloknya awak duduk rumah Azimah atau mak sekarang ni."

Hara tersenyum. "Takpelah awak. Saya nak balik rumah saya dulu." Hara memberi kata putus.

Fatah diam. Kalau dah itu keputusan Hara apa yang boleh dia buat lagi. Seketika keadaan di dalam kereta itu sunyi.

***

"Terima kasih awak. Saya masuk dulu." ucap Hara. Dia memberi satu senyuman manis kepada Fatah sebelum lelaki itu berlalu pergi.

Matanya memandang rumah banglo dua tingkat , berwarna purple di hadapannya. Dalam hatinya mempunyai seribu satu rasa. Rasa marah, takut, sedih, kecewa. Kalau boleh memang dia tak mahu menghadap muka Iqbal tapi apakan daya. Hatinya degil. Tak nak dengar kata akalnya yang menyuruhmya supaya terus tarik muka.

Kereta BMW milik Iqbal ada terletak di halaman rumah. "Tak kerja ke dia ni?" kata Hara sendiri. Dia menolak pagar rumah. Tak berkunci. Kakinya perlahan-lahan masuk ke perkarangan rumah. Ditolak pula pintu rumah. Juga tidak berkunci. Dia melangkah masuk. Rumah banglo dua tingkat itu sunyi. Sunyi. Sepi. Hening. Seperti tak ada seorang penghuni pun di dalam rumah besar itu.

"Assalamualaikum." ucapnya. Matanya meliar ke bahagian ruang tamu. Sepi. Nampak keadaan di meja depan televisyen agak bersepah dengan cawan dan bekas makanan ringan. Kulit-kulit kacang semuanya berterabur.

"Dia ni makan tak reti kemas ke? Bersepah dah macam sarang tikus dah." Hara membebel. Sakit matanya melihat keadaan yang berselerak itu. Terus sahaja tangannya mengangkat dua biji cawan yang berada di atas meja tersebut. Segala sampah dan bekas makanan diletakkan dalam satu plastik. Dia bergerak ke dapur untuk membuang sampah dan mencuci cawan.

Sampai sahaja didapur. Lagi satu kejutan buat Hara. Keadaan di dapur bersepah dengan kulit telur , bawang. Pinggan yang berlambak tak dibasuh. Kuali juga begitu. Hara menghela nafas berat. "Ya Allah. Apasal bersepah sangat ni?" rungutnya.

Segera tangan Hara bekerja. Pinggan mangkuk dibasuh. Diletak ke rak pinggan. Kemudian diambil pula kuali. Dicuci hingga bersih. Hara basahkan kain lap dan lap dipermukaan dapur supaya semua nampak bersih. Kemudian diambil penyapu disapu pula dari ruang dapur sampailah ke ruang hadapan.

Sesudah itu dibawa keluar vacuum cleaner. Di vacuum bahagian karpet. Banyak sangat habuk-habuk kecil. Selepas itu dibawa keluar mop. Dari bahagian dapur ke ruang tamu Hara mop. Siap semuanya dia terduduk di sofa. Melepaskan lelah. "Penatnya... Haihh.. Baru empat hari aku tak balik rumah. Lintang pukang dah jadi."

Dia mengerling jam di dinding. Sudah masuk waktu petang. Tiba-tiba tekaknya teringinkan kuih. "Emm dapat makan ketayap sedap ni." Hara menelan air liur. Sedapnya kuih gulung berwarna hijau itu kalau dapat masuk ke tekaknya.

"Buat apa sini?"

Hara menoleh. Baru berangan makan kuih ketayap sekali diganggu pula."Kau tak kerja ke?" soalnya.

"Yang kau sibuk nak tahu apasal? Suka hati akulah." jawab Iqbal dingin. Matanya sembap akibat tidur yang terlampau lama.

Hara membisu. Dia hanya memerhati Iqbal masuk ke dalam dapur. "Kalau kau sombong aku pun boleh sombonglah! Huh!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience