BAB 19

Humor Completed 96286

"Arghh!' Hara menarik beg berisi pakaiannya. Berat sungguh. Segala barangnya dari rumah Azimah diangkut. Dia menarik nafas panjang setelah kakinya melangkah masuk ke dalam rumah Iqbal. Lelaki itu dah hilang entah kemana. Bukan hendak menolongnya. Sebaik sampai terus berlari masuk ke dalam rumah. Apa yang dikejarnya entah. Memang tak mahu menolongnya atau mungkin terlampau sakit perut. Emergency.

Hara memerhati keadaan rumah itu buat sekian kalinya. Walaupun pernah bermalam di situ tetapi dia masih memerhati keadaan di dalam rumah itu bagai baru menjejakkan kaki di situ buat kali pertamanya. Matanya memandang ke segenap inci rumah.

Leka Hara memerhati keadaan dalam rumah tersebut. Tiba-tiba keadaaan menjadi gelap. Hara mengagau. "Adumak, apahal pulak ni? Iqbal!" Hara sedikit menjerit memanggil Iqbal. Namun tiada sahutan. Keadaan dalam rumah itu sunyi. Sunyi sepi dan juga gelap gelita tanpa ada bantuan cahaya daripada benda lain.

Hara berpeluh. 'Mana pulak Iqbal ni?' hatinya berkata. "Iqbal!" jeritnya sekali lagi. Tiba-tiba kedengaran bunyi kerusi ditolak dari arah dapur. Langkah Hara terhenti. Dia mengigil. Jantungnya berdegup laju. Sangat laju. Di benaknya sudah membayangkan pelbagai perkara ngeri yang pernah dia dengar.

Dia berundur ke belakang. Sehingga terlanggar sofa yang berada di ruang tamu. Bagai nak tercabut jantungnya apabila terlanggar sofa itu. Ingatkan apa bendalah tadi. "Iqbal." jerit Hara perlahan. Dia takut. Takut untuk menjerit kuat-kuat sebab takut 'benda' yang berada di dapur itu perasan akan kewujudannya. Hara memeluk tubuh di atas sofa.

Tiba-tiba kedengaran lagi bunyi kerusi ditolak. Tapi kali ini bunyinya lebih bingit.

"Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah.." ucap Hara dalam ketakutan. Dia menutup telinga dengan kedua tangannya. Matanya ditutup rapat. Tak dapat dibayangkan kalau tiba-tiba keluarnya Cik Pon dari dapur sambil merangkak? Nauzubillah. Jauhkan Ya Allah. Jauhkan. Sedang hatinya berperang dengan perasaan takut dia terdengar derapan kaki. Seperti sedang menuju ke arahnya.

Hara terus memejamkan matanya. Ketakutan semakin menyelubungi dirinya. 'Ya Allah.. Apa-apa je yang berjalan tu janganlah biar dia perasan aku.' doa hati kecilnya. Badannya semakin berpeluh. Lagi pula tak ada kipas atau penghawa dingin yang boleh menyejukkan badannya. Semakin banyak peluh yang keluar akibat kepanasan dan juga ketakutan.

Telinganya terus mengamati derapan kaki tersebut. Pap! Pap! Pap! Derapan kaki itu berhenti di hadapannya. Jantungnya bagai terhenti. Dia kaku. Dia pasti! Ada sesuatu di hadapannya. 'Iqbal...' panggilnya dalam hati. Air matanya sudah mengalir akibat ketakutan.

Benda di hadapannya tidak bergerak. Seperti sedang merenungnya. Hara membaca segala surah-surah yang dia ingat dengan harapan benda tu akan hilang. Tetapi semuanya jadi tunggang langgang bila dalam ketakutan. Air matanya semakin deras mengalir.

Hampir 10 minit. Benda di hadapannya masih tidak bergerak. Hara menjadi semakin tertekan. Tak kira apa dia kena keluar dari rumah puaka ni! Hara nekad. Dia akan terus berlari keluar sebaik sahaja dia membuka mata. 'Ye! Kau boleh Ara!'

Hara membuka sedikit matanya. Mengintai benda yang berada di depannya. 'Cahaya?' Hara kebinggungan. Hantu sekarang dah pakai lampu suluh ke macam mana? Dia menguatkan hatinya. Dibuka mata sepenuhnya.

"Selamat hari jadi..... Selamat hari jadi... Selamat hari jadi sayangku Ara. Selamat hari jadi.... Yey! Cepat tiup lilin."

Hara terkedu. Dia lihat Iqbal berada di hadapannya sambil memegang kek. Tersengih lelaki itu memandangnya. "Kau!!" dia terus berdiri. Rasa takutnya hilang, diganti pula dengan rasa marah. Terasa dirinya dipermainkan. Tanpa berkata lagi , Hara terus beredar meninggalkan Iqbal. Bengang! Sakit hati! Geram! Marah! Teramat marah! Air matanya yang berguguran sebentar tadi dikesat. Langkah kakinya laju menuju ke pintu.

"Hey Ara, Ara." Iqbal menarik tangan Hara. Menghalangnya daripada keluar.

"Kau nak apa lah!" Hara menengking. Suaranya nyaring. Air mata yang baru dikesat tadi kembali tumpah. Tak tahulah apa yang disedihkan sangat. Air matanya secara spontan mengalir.
"Sory okay. Sory." ucap Iqbal. Walaupun dia tak berapa pasti apa yang menyebabkan Hara terlampau marah sehingga menengkingnya.

Hara membisu. Dia mengentap bibirnya. Rasa marah masih menguasai dirinya. Dia langsung tidak dapat memandang wajah Iqbal.

Iqbal menarik nafas panjang sebelum menarik Hara ke dalam dakapannya. Dipeluk erat wanita itu. "I am sorry." Ucapnya. Separuh berbisik.

Air mata Hara semakin mengalir deras. Tersedu sedan dia menangis di dalam dakapan Iqbal. "Kau jahat." kata Hara dalam tangisannya. Tangannya memukul dada Iqbal. Melepaskan amarah yang terbuku di hati. "Kau jahat..." katanya lagi.

Iqbal hanya membiarkan Hara memukul dadanya. Dia biarkan sahaja Hara menangis dalam dakapannya. Biarlah bajunya basah dek air mata atau hingus Hara. Dia tak kisah. Biarkan perempuan itu lepaskan segala-galanya. Biar sampai Hara berasa lega.

"Iqbal." panggil Hara sayu.

"Ye sayang."

"Maafkan aku sebab tengking kau tadi." ucap Hara setelah fikirannya kembali waras. Rasa marahnya sudah kurang.

"Tak payah minta maaf. Sepatutnya aku yang minta maaf. Maafkan aku." Iqbal mengusap belakang badan Hara. Pelukannya dikemaskan. Bagai tak mahu melepaskan Hara langsung.

"Tahu pun. Yang kau pergi takutkan aku macam tu kenapa?" soal Hara.

"Aku nak buat suprise jee. Bukan sengaja nak takutkan kau sampai kau menangis. Hahaha."

Hara menolak badan Iqbal. Melepaskan diri dari pelukan Iqbal. Dia menjeling lelaki itu. Walaupun dia tahu Iqbal tak nampak jelingannya itu sebab gelap. "Kurang ajar eh kau!" Hara berkata.

"Hehe okay-okay sory. Tak cakap lagi." Iqbal cuba menarik Hara kembali dalam dakapannya namun Hara menolak.

"Pergi hidupkan lampu baliklah. Aku panas ni."

"Ala.. Kau ni. Biarlah gelap. Baru best. Hehe." dalam kegelapan Iqbal tersenyum nakal.

"Kepala otak kau!" bagai dapat mentafsir fikiran kotor Iqbal. Hara terus menarik rambut lelaki itu. Haa! Rasakan!

"Ahh! Ahh! Sakit! Okay-okay. Aku pergi hidupkan."

"Haa tau sakit. Dah pergi cepat."

"Yela-yela. Nak manja-manja pun tak boleh. Kasar betul." bebel Iqbal sambil bergerak pergi meninggalkan Hara.

***

"Tersenyum-senyum dari tadi. Ada apa-apa ke ni?" tegur Alicia. Dari tadi dilihat Hara tersenyum. Tersengih sorang-sorang. Entah apalah yang dia sukakan sangat tu.

"Hahaha mana ada. You ni pandai-pandai jee. Mana ada I senyum. " balas Hara.

"Dari tadi I perhatikan you. I nampak okay."

"Hehe yeke?"

"Yela.. Ada apa-apa ke?"

"Mana ada apa-apa. Hehe. Biasa jela."

"You sudah kerja sama I lamalah Ara. I tahu you macam mana. You bukan gila nak senyum sorang-sorang."

"Eh you ni. Choii sangat tahu. Tak adalah. I teringat dekat Iqbal je. Hee."

"Ala you ni. Iqbal dekat sebelah aje. Pergilah jumpa kalau rindu. Tu pun nak I ajar?"

"Eh eh you ni. Macam tu pula. Kacau dia kerja. Nanti bos dia marah pula."

"Alaa.. You ni. Jumpalah time rehat nanti. You pun bukan boleh keluar sekarang." ujar Alicia. Dia menjeling jam di tangannya. "Haa tak lama pun lagi 5 minit jee. You pergi jela sekarang." sambung Alicia lagi.

Hara diam. Otaknya berkira-kira sama ada untuk pergi atau pun tidak. Tak pergi karang rindu. Eh? Dah pandai rindu-rindu dah sekarang. Hehe. Hara tergelak kecil dengan kata hatinya. Kelakar pula dia rasakan. "Okaylah. I nak pergi rehat." Hara berdiri. Dia menolak kerusi yang dia duduk sebentar tadi. Segala barang-barangnya dikemas.

"Rehatlah konon." Alicia tersenyum sinis.

"Hehe bye Alicia." ucap Hara kemudian melangkah keluar daripada kedai buku tersebut. Dia menuju ke tempat kerja Iqbal dengan hati yang girang. Bahagia.

Setelah sampai matanya melilau melihat keadaan sekeliling. Mencari kelibat suaminya itu.

"Cik cari apa ye?" Hara menoleh. Seorang lelaki yang dia rasakan lagi muda darinya menegur. Mungkin pelik melihat gelagat Hara di depan kaunter pembayaran tersebut.

"Emm saya nak cari Iqbal." balas Hara. 'Tak kanlah takde. Padahal datang kerja sama tadi.' hatinya berkata.

"Ohh.. Encik Iqbal ke maksud Cik?" soal lelaki itu lagi.

'Encik? Kenapa Encik? Emm mungkin sebab Iqbal ni senior kot. Sebab tu dorang ni panggil dia Encik. Emm Logik-logik.' terangguk-angguk Hara mengiyakan kata hatinya.

"Cik?"

"Ha? Ha ye ye. Iqbal yang tu laa. Mana dia eh?"

"Dia ada dekat atas. Cik pergilah naik. Nanti Siti tunjukkan." balas lelaki itu sopan.

"Oh yeke. Okay. Terima kasih. Nama awak sape ye?" soal Hara sebelum berlalu pergi.

"Khairul." balas Khai dengan senyuman. Wanita yang tak dikenalinya itu kelihatan menarik di matanya.

"Ohh. Okay Khai. Terima kasih ye." ucap Hara kemudian berlalu pergi ke tingkat dua. Langkah demi langkah diatur sehinggalah dia sampai di tingkat dua. Hara termanggu. Dia perhati sekeliling, masih tidak kelihatan wajah suaminya. 'Mana pula dia ni?'

"Cik?" Hara menoleh. Kali ini seorang wanita pula menegurnya. "Cari siapa?" soalnya.

"Ohh. Tak. Saya cari Iqbal. Tadi Khai kata dia dekat atas ni. Lepas tu dia suruh cari Siti." terang Hara panjang lebar.

"Saya Siti." Siti menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Hara. "Cik ni mesti Cik Haralina kan?" soal Siti.

"Eh macam mana awak tahu?"

Siti hanya tersenyum. Soalan Hara tidak dijawab. Dibiar sepi. "Mari ikut saya." Siti berkata kemudian bergerak masuk ke dalam ruang pejabat tersebut. Hara hanya mengikut wanita itu dari belakang. Walaupun dalam otaknya timbul beribu soalan yang perlu dijawab.

Siti berhenti di hadapan sebuah bilik. Diketuk pintu sebelum masuk. "Encik. Ada orang nak jumpa."

"Siapa?"

Siti memandang Hara memberi isyarat supaya dia melangkah masuk. Sebaik melangkah masuk, Hara terkesima. Dia bagai tak percaya akan pemandangan yang berada di hadapannya.

Iqbal yang sedang khusyuk menghadap komputernya terus berdiri secara serta merta selepas sedar akan kehadiran Hara. "Ara." katanya.

"Apa semua ni Iqbal?" soal Hara. Dia memandang Iqbal. Meminta penjelasan. Apa benda ni? Kenapa kau duduk dalam office ni? Kau siapa sebenarnya?

"Siti. Awak boleh keluar." arah Iqbal. Selepas Siti menutup pintu Iqbal mendekati Hara.

Namun wanita itu berundur ke belakang bermakna dirinya tak mahu didekati. Dia mahukan penjelasan.

"Apa benda semua ni!?" soal Hara sekali lagi dengan suara yang sedikit lantang. "Kau tipu aku Iqbal!?"

"Ara. Ara. Dengar sini. Aku tak tipu kau."

"Dah tu apa? Kau kencing aku!?"

"Ish, tak kanlah aku sanggup nak kencing dekat isteri aku sendiri." Iqbal berseloroh. Cuba mengendurkan ketegangan yang melanda di dalam office tersebut.

Hara merenung tajam. Orang tengah serius dia main-main pula! Memang nak kena mamat ni!

"Okay-okay sory." Iqbal berkata. Di angkat kedua tangannya tanda mengalah. "Sory. Aku bukan tak nak bagitahu kau. Aku cuma rasa belum tiba masa yang sesuai untuk bagitahu kau."

"Masa sesuai apa kau ni!? Jangan nak bagi alasan bodohlah Iqbal!"

Iqbal menarik nafas panjang. Dia cuba menyabarkan hatinya melayan angin taufan milik Hara. "Okay. Aku betul-betul minta maaf. Aku memang nak bagitahu kau. Tapi tiap kali tu mesti lupa nak cakap. Kau pun bukan pernah tanya aku kerja apa."

"So kalau aku tak tanya kau tak boleh bagitahulah?"

"Tak.. Kan aku cakap aku memang nak bagitahu tapi tiap kali dah jumpa kau mesti lupa."

"Huh!" Hara memeluk tubuh. Alasan Iqbal tak boleh diterima! Dia mengalihkan pandangan daripada memandang wajah Iqbal. Hatinya sakit. Sakit ditipu!

"Ara.. Kau tahu tak kenapa aku asyik lupa je nak bagitahu kau." Iqbal meraih kedua tangan Hara. Direnung wajah isterinya itu. "Tiap kali kau ada depan mata aku, otak aku jadi kosong. Aku fikir nak tatap je wajah kau. Aku tak nak lepaskan peluang untuk tengok wajah cantik kau." jelas Iqbal sambil mengusap pula wajah Hara.

Hara memandang Iqbal. Terharu dengar Iqbal berkata begitu. "Betul ke?" soalnya. Dia memegang tangan Iqbal yang berada di pipinya.

"Iye sayang. Bila sayang ada depan mata abang. Abang lupa semuanya. Sebab abang takut lepas abang balik rumah nanti abang rindu dengan wajah isteri abang."

"Tipulah. Tak kan apa pun tak ingat?" sengaja Hara menyoal begitu.

"Iye. Ni pun nasib baik abang ingat kita kat office tahu. Kalau tak habis dah isteri abang ni abang kerjakan. Hehe."

"Eee tak senonoh!" Hara menolak Iqbal. Dia memegang telinganya yang berlapik kain tudung. Malu!

"Hahaha malulah tu."

"Mana ada malu."

"Hahaha meh sini." Iqbal mendepakan tangannya. Meminta pelukan dari Hara.

Lambat-lambat Hara menghampiri Iqbal dan memeluk lelaki itu.

"Abang sayang Ara." ucap Iqbal lalu mengucup dahi isterinya.

"Ara pun.." balas Hara perlahan. Hara tersenyum bahagia. Tak kisahlah siapa Iqbal. Pekerja biasa ke, pengurus ke, ceo ke yang penting hatinya sudah jatuh sayang kepada lelaki itu.

'Siapa kalah belanja makan.' serta merta senyuman di bibir Hara kendur. Kata-kata Azimah terngiang di benaknya. 'Aduh! Nak kena belanja dia makan pulak! Azimah!!!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience