"Apa yang dah jadi sebenarnya abang?" Hara melemparkan pandangannya ke arah Iqbal. Dari riak muka Iqbal dapat dilihat lelaki itu sangat kerisauan. Muncul rasa cemburu sedikit terhadap Wawa.
"Abang pun tak tahulah Ara. Dato' kata Wawa dekat hospital sekarang ni." balas Iqbal. Fokus pemanduannya agak terganggu bila memikirkan soal Wawa. Segala lubang yang ada dijalan semua diredah. Tidak mengelak. Yang dia mahu sekarang hanya sampai cepat di hospital yang menempatkan Wawa.
"Hati-hati abang. Kang bukan kita melawat orang. Orang yang melawat kita."
"Ya. Abang tahu."
'Risaunya dengan Wawa sampai aku cakap pun macam buat derk je. Penting sangat ke perempuan tu? Haih.. Sabar Ara sabar. Kan Wawa tu tengah sakit. Tak kan tu pun kau nak cemburu." gumamnya sendiri.
***
"Dato'.."
Dato' Mustafa menoleh. Air matanya dikesat. "Iqbal. Sampai juga kamu."
"Apa dah jadi ni Dato'?" Iqbal bergerak ke sebelah kiri katil. Diamati wajah Wawa yang sedang lena tidur. Muka wanita itu nampak pucat. Seperti tiada darah yang mengalir dalam badan wanita itu. Bibirnya juga kelihatan lebam. Tangan dan kaki wanita itu pula diikat pada katil. Tiada lagi imej wanita pujaan lelaki. Yang ada cuma sekujur tubuh yang terbaru pucat.
Dato' Mustafa tidak menjawab segera soalan Iqbal. Matanya memandang seseorang yang berada di sebelah Iqbal. "Kamu ni isteri Iqbal?"
Hara mengangguk sambil memberikan senyuman.
"Eh ha iye Dato'. Kenalkan ni isteri saya. Haralina." Iqbal memperkenalkan Hara. Baru teringat dia akan kewujudan wanita itu bila ditegur oleh Dato' Mustafa. "Apa dah jadi ni Dato'?" soal Iqbal sekali lagi. "Kenapa sampai kena ikat ni?"
"Herm.. Entahlah Iqbal. Aku pun tak tahu. Wawa tak pernah buat perkara bodoh yang membahayakan diri dia." terhenti bicara Dato' Mustafa seketika. Ditenung wajah anak gadisnya. Dibelai rambut Wawa yang sudah kusut. Tidak dijaga. "Tapi semalam aku jumpa dia dalam bilik air. Pengsan. Darah banyak keluar. Dia kelar tangan dia sendiri."
"Astarfirullah. Kenapa sampai macam tu?" soal Iqbal.
"Doktor kata dia alami kemurungan sampai sanggup cederakan diri. Ini dia tidur pun sebab mereka bagi ubat penenang. Semalam dia meracau-racau panggil nama kamu. Tu yang aku cari kamu." jelas Dato' Mustafa.
"Herm.." keluhan nafas berat kedengaran daripada Iqbal. Dia tahu mungkin penyebab Wawa tertekan dan menjadi murung adalah dia tapi dia sangat terkejut bila Wawa tekad mencederakan diri sendiri.
"Aku tak tahu apa dah jadi antara kamu berdua sampai Wawa jadi..."
"Assalamualaikum."
Ketiga-tiga kepala yang berada di dalam wad tersebut menoleh ke arah pintu.
"Eh Iqbal. Bila sampai?"
"Baru je Datin. Datin dari mana ni?"
"Dari kafe. Lapar pula. Belikan sekali makanan untuk Wawa." Datin Maria memberikan senyuman. "Abang pergilah makan dulu. Biar saya tengokkan Wawa."
Dato' Mustafa mengangguk tanpa banyak cerita. Memang perutnya pun memang berkeroncong sebab daripada pagi tidak diisi.
"Datin. Ni kenalkan isteri saya. Haralina." Iqbal memperkenalkan Hara kepada Datin Maria.
"Oh ye? Ni lah isteri kamu? Cantik orangnya." puji Datin Maria.
Hara hanya tersenyum menerima pujian tersebut. Sejujurnya memang tiada apa yang boleh keluar dari mulutnya. Hatinya tersentuh melihat keadaan Wawa yang tidak bermaya.
"Ma.."
Satu pergerakan lembut menyentuh tangan Datin Maria. Pantas dia menoleh. "Wawa..! Wawa sayang.. Kamu dah terjaga?"
"Ma.. Wawa nak Iqbal."
Seperti diduga, hanya nama Iqbal yang meniti di bibir Wawa. Datin Maria memandang ke arah Iqbal yang berada di sebelah kiri katil. Wawa tidak perasan kerana dia tidak menoleh. Dia lihat Iqbal mengeleng-gelengkan kepala tanda jangan beritahu kehadirannya disitu. "Wawa lapar? Nak makan? Nak makan nasi? Mama suapkan ye." Datin Maria cuba mengelak dari meneruskan perbualan tentang Iqbal.
Perlahan-lahan Iqbal menjarakkan dirinya dari katil Wawa. Tangannya memegang erat tangan Hara. Entah kenapa hatinya rasa tak enak.
"Wawa nak Iqbal." rengek Wawa. Kakinya dihentak-hentak atas katil walaupun berikat.
"Wawa.. Wawa makan dulu ye. Nanti perut masuk angin lagi sayang sakit. Makan dulu ye. Nanti jumpa Iqbal." pujuk Datin Maria sambil mengusap kepala Wawa.
"Aku cakap aku nak Iqbal!" jerkah Wawa. Matanya merenung tajam ke arah Datin Maria.
Bagai nak gugur jantung Iqbal dan Hara mendengar suara parau Wawa. Paling mengejutkan wanita itu tiba-tiba berubah perwatakan. Baru sekejap tadi dia merengek seperti budak kecil yang hendakkan susu namun sekarang suara rengekkannya menjadi lebih kasar. Seperti orang yang sedang kerasukan.
"Abang macam mana ni? Tak kan nak biar je. Abang pergilah cakap dengan dia." bisik Hara pada Iqbal. Takut pula dia lihat Wawa dalam keadaan begitu. Macam berpotensi untuk mencederakan orang sekelilingnya. Mujur tangan dan kaki wanita itu berikat.
"Shhh..!" Iqbal menjeling sekilas ke arah Hara. "Kita tengok dulu." jelasnya.
"Wawa.. Wawa makan dulu nanti jumpa Iqbal ye. Mama dah panggil Iqbal datang."
"Betul ni Iqbal nak datang?" suara Wawa kembali kepada normal malah lebih lembut bunyinya.
"Iye sayang. Makan ye."
Wawa tersenyum lebar sambil mengangguk. Dia menoleh ke sisi. "Iqbal!" bulat matanya memandang Iqbal yang berada di sebelah kiri. "Ma.. Ma.. Iqbal Ma. Iqbal!" matanya bersinar memandang Datin Maria. Gembira kerana mamanya telah menunaikan janji.
Iqbal menelan air liurnya. Wawa sudah sedar akan kehadirannya.
"Abang.. Pergila dekat dia." desak Hara.
Iqbal hanya membisu. Hatinya gugup mahu mendekati Wawa. Dia rasa takut melihat keadaan Wawa begitu. Kalau tadi dia begitu risau akan keadaan Wawa tapi sekarang hatinya kecut.
Datin Maria menganggukkan kepalanya. "Ye sayang. Kita makan dulu ye."
"Sayang." Wawa cuba bangkit namun terhalang kerana ikatan pada tangan dan kakinya. "Ma.. Kenapa ikat Wawa ni? Wawa nak peluk Iqbal." dia menarik-narik tangannya dengan harapan mamanya meleraikan ikatan tersebut.
"Wawa.." air mata Datin Maria sudah mula jatuh. Hati ibu mana yang tidak sedih melihat keadaan anak yang jadi seperti Wawa. "Sabar ye sayang sabar. Iqbal datang sini. Wawa tak payah bangun. Wawa tak sihat."
Mendengarkan kata-kata Datin Maria segera Hara menolak badan Iqbal mendekati Wawa. Terdorong lelaki itu ke depan. Dijeling Hara tajam sebelum melangkah mendekati Wawa.
"Sayang.." panggil Wawa lembut. "Sayang pergi mana? I rindu you." rengek Wawa. Matanya meminta simpati Iqbal.
"I tak pergi mana-mana. I ada je dekat sini." balas Iqbal.
"Kenapa you tak jumpa I? You tak sayang I dah ke?"
Iqbal diam. Apa yang mahu dibalas? Hara di belakangnya, Wawa didepan. Jika mengaku dia sayang pasti Hara akan kecewa. Dia tak mahu kehilangan buat kali kedua tetapi kalau dia tak mengaku kemungkinan Wawa akan kembali agresif. Argh! Penatnya mahu memikirkan keputusan antara dua pilihan. Sukar!
"Sayang.. I tanya you ni. You tak sayang I dah ke?" sekali lagi soalan diajukan.
"Wawa you patut berehat. Tak payah fikir apa-apa lagi okay. Tenangkan diri you." akhirnya Iqbal ambil langkah selamat. Biarlah soalan Wawa itu tergantung sepi.
"I tahu you tak sayang I dah. You benci I kan. I tahu." Wawa berkata seiring dengan suara esakan yang dibuat-buat.
"I tak benci you Wawa. I cuma nak you berehat." balas Iqbal. Dia menoleh ke belakang untuk melihat reaksi wajah Hara. Wanita itu menghadiahkan sekuntum senyuman buatnya. Dia tak tahu untuk apa tapi mungkin memberi isyarat yang wanita itu okay.
Satu helaan nafas kecil dibuat. Rasanya cukuplah setakat hari ini. Tak betah dia nak berlama-lama lagi di dalam wad tersebut. "Takpelah Wawa. You berehatlah. I balik dulu. Next time i datang visit you lagi ye."
"Tak.. Tak.. Sayang.. You jangan pergi. You teman I. Jangan pergi. I tak puas lagi tengok muka you." Wawa menarik-narik tangannya yang terikat. Dia mahu mendakap Iqbal. Mahu melepaskan segala rindu yang bersarang.
"Wawa, biar Iqbal balik. Nanti dia datang lagi ye." Datin Maria mencela.
"Tak! Dia kena teman aku!" jerit Wawa ke arah Datin Maria. Dia masih meronta-ronta minta dilepaskan.
"Wawa.. I terpaksa balik dulu. Lain kali I datang jumpa you. Saya balik dulu Datin." ucap Iqbal mengundur diri. Rayuan Wawa tidak diendahkan.
Datin Maria mengangguk. Membenarkan Iqbal berlalu pergi.
"Iqbal.. Jangan tinggal I. I nak ikut you." pinta Wawa.
Iqbal tersenyum. "Bye. I balik dulu." ucapnya kemudian berpaling ke belakang mengapai tangan Hara dan mula bergerak pergi.
"Iqbal.. Jangan tinggankan I.. Iqbal.. Hei perempuan! Sial kau! Jangan rampas suami aku! Perempuan jalang!"
"Wawa! Apa cakap macam tu!? Mama tak ajar Wawa cakap macam ni."
Hara menghentikan langkah. Dia menoleh ke arah Wawa. Kata-kata wanita itu menusuk ke kalbunya. Mahu sahaja dibalas namun bila difikirkan keadaan Wawa dia cuba menyabarlan dirinya.
"Apa tengok!? Memang aku tuju untuk kau perempuan bodoh! Perempuan tak tahu malu! Perampas laki orang!!" jerkah Wawa lagi.
"Wawa! Sudah! Apa kamu ni. Sudah Wawa! Istifar!" Datin Maria cuba menenangkan anak gadisnya.
"Kau diamlah perempuan tua! Kau pun sama je kan! Korang semua sama je! Bodoh! Bodoh! Lepaskan aku! Aku nak bunuh perempuan tu! Aku nak bunuh kau perempuan! Jalang!"
"Iqbal. Cepat bawa Hara keluar." arah Datin Maria. Makin tak tentu arah Wawa dibuatnya.
"Jom cepat sayang." Iqbal mengangguk. Segera dia menarik tangan Hara untuk keluar daripada wad tersebut. Kedengaran di hujung telinganya Wawa menjerit kata-kata kesat yang dituju kepada Hara. "Dah.. Jangan fikir apa Wawa cakap tadi." Iqbal memeluk bahu Hara.
Hara cuma tersenyum hambar. "Ara okay." balasnya.
"Mari kita balik."
***
"Buat apa?"
Satu pelukkan hangat daripada belakang membuatkan Iqbal tersenyum. "Cari madu untuk sayang." balasnya.
"Amboi.. Nak kena kerat ke?"
"Apanya? Abang nak cari madu untuk minum tu bukan madu yang Ara fikir tu. Hahaha."
"Eley.. Yela tu." Hara melepaskan pelukkan. Dia duduk di sisi Iqbal sambil melentokkan kepalanya di bahu lelaki itu. Matanya turut tertumpu kepada skrin komputer riba di hadapan Iqbal.
"Ara tak nak siap ke?"
"Kejap lagilah bang. Baru pukul berapa. Kita chill dulu okay. Majlis Mah dengan Haris mula lambat lagi. Bukannya Ara jadi pengapit Mah pun. Sekarang ni biarlah Ara berdua-an dengan abang dulu."
"Hahaha dah pandai nak manja-manja dulu dah sayang abang sekarang ni." Iqbal melingkarkan tangannya pada badan Hara. Kepala wanita itu kini di dadanya.
"Ala.. Biarlah. Kecoh betul."
"Haa maroh maroh."
"Eee mana ada." Hara tepuk paha Iqbal kuat.
"Hahaha yela-yela."
Keadaan sunyi seketika. Bola mata masing-masing tertumpu pada skrin komputer riba.
"Ara."
"Emm.."
"Ara tak nak kerja balik dekat kedai sebelah abang tu?"
"Kenapa? Abang nak Ara kerja balik?"
"Takdelah. Cuma rasa tak lengkap pula kalau tak nampak Ara dekat kaunter depan tu."
"Hahaha apa abang ni. Kan boleh tengok Ara dekat rumah."
"Takdelah. Abang cakap je. Sebab Ara kan jodoh abang dari kedai sebelah. Bila tak nampak tu terasa hilang pula walaupun dah memiliki."
"Herm. Jodoh kedai sebelah. Sweetlah bang."
"Kan.. Abang tahu abang sweet."
"Eh eh perasan pula orang tua ni. Orang tak puji dia." Hara meleraikan pelukkan dari Iqbal.
"Apa? Orang tua?"
"Ye orang tua."
"Nak kena sayang ni." Iqbal meletakkan komputer ribanya di sisi. Tangan Hara dipegang erat supaya isterinya itu tak dapat lari.
"Hahaha orang tua. Lepaslah orang tua. Apa pegang-pegang pula ni. Tak adil." Hara berusaha menarik tangannya daripada terus dipegang Iqbal.
"Haa ni orang tua nak terkam. Orang tua ye." Sekelip mata Hara sudah berada dalam dakapan Iqbal.
"Hahaha tu je ke orang tua boleh buat? Ish lembik betul. Tak kuat langsung."
"Nak tahu kuat ke tak jom masuk bilik."
"Eee tak senonoh.. Hahaha."
Share this novel