SARAT

Horror & Thriller Series 906

Pada petang Ahad itu kelihatan suasana sunyi saja apabila waktu sudah menginjak senja itu.

Hanya Puan Alina saja yang menaiki lif itu.Dalam hatinya amat bersyukur sekali kerana dia tidak perlu berebut untuk menaiki lif.

Perutnya yang memboyot itu diusap dengan penuh kasih sayang.

"Ting"

Bunyi pintu lif dibuka.Puan Alina hanya merenung kehadapan.Apabila masa seminit berlalu dia mengangkat muka apabila tiada sesiapa pun yang ingin menaiki lif itu.

Kepalanya dijengulkan ke luar manakala badannya cuma berada di hadapan sedikit untuk meninjau mungkin ada sesiapa yang ingin menaiki lif.

Dalam dia tidak sedar pintu lif itu tiba-tiba tertutup sendiri.Panik sekali keadaan itu apabila perutnya yang memboyot itu terkepit di celah pintu lif.Raungannya mula kuat namun malang tidak berbau lif yang dinaikinya tidak bergerak walau seinci.

Tidak lama kemudian tubuhnya kaku serta berlumuran darah hingga membasahi lantai lif itu.Isi perutnya terburai keluar sehingga menampakkan ususnya.

**********

Kalau korang nak hana update korang comment la...and jgn lupa follow hana yer

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience