Saya atau Siti bukan nama sebenar ingin berkongsi sedikit pengalamannya.
Suatu hari saya pulang ke kondominium mewah saya yang terletak di tengah kota Kuala Lumpur itu.
Pada mulanya saya pulang dengan keadaan mabuk yang teruk tetapi saya berasa sedikit hairan apabila terlihat kesan lumpur yang agak bersepah di laluan untuk menuju ke lif.
Saya abaikan sahaja...mungkin sahaja kerana faktor saya mabuk jadi saya pun tidak dapat menumpukan langsung perhatian...minda saya pun berterbangan ke udara.
Tetapi kesan lumpur itu masih ada walaupun kini saya bersama seorang wanita yang berambut putih sedang membelakangkan badannya.
Saya membuang fikiran negatif saya terhadap wanita itu..Mungkin sahaja dia ingin pulang ke rumahnya memandangkan hari sudah menginjak pagi...Jadi saya tidak mahu serabutkan kepala dengan spekulasi yang merepek dan sebagainya.
Saya tergamam apabila mendengar wanita itu sedang mengunyah sesuatu sebenarnya ia bukan mengunyah tetapi lebih kepada melahap kerana bunyi yang dihasilkan amat bingit sekali.
Saya menyentuh belakang tengkuk yang berasa seram sejuk dan bulu roma saya tegak!
Saya memberanikan diri untuk menegur wanita tersebut tetapi tiada respon langsung dari wanita itu.
Saya terus menolak sedikit tubuh wanita itu dan sekali lagi darah saya menyirap apabila wanita itu kelihatan sedang enak mengunyah uri ?? bayi..
Mulutnya comot dengan darah serta tangannya berlumuran dengan darah pekat.Saya terus menjerit dan saya pengsan tidak sedarkan diri.
Ini pengalaman saya terpulang sama ada hendak percaya atau tidak..Yang pasti hanya saya sahaja yang mengalaminya!Saya juga tidak pasti sama ada kerana saya mabuk atau ianya realiti.
Share this novel