CELOPAR

Horror & Thriller Series 906

Nama Azim seringkali dibual-bual dalam kalangan pelajar di sekolah itu kerana mulutnya yang amat celopar sekali.

Tambahan pula,dia telah kehilangan kedua orang ibu bapanya lagilah perangai buruknya itu tidak dapat dikawal.

Makin lama makin liar jadinya.

Namun suatu hari itu telah merubah seluruh hidupnya.

***************
KHAMIS, 25 MAC 1995.

Azim pulang lewat pada malam itu kerana dia perlu berkerja lebih masa atau lebih tepatnya "overtime"

Nak dijadikan cerita semua lif di blok apartmentnya rosak jadi satu lif itu sajalah yang boleh dipakai namun lif itu amat jarang sekali dinaiki.

Azim menaiki lif tersebut tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.Gilalah rumah dia berada di tingkat 10 takkanlah nak naik tangga pulak.

Dia berdiri sambil memeluk tubuh rapat sebelum terdengar bunyi pintu lif di cakar di sekeliling lif itu.

"Diamlah sial!Aku ngantuk ni takde masa nak main-main"Dengusnya sambil menyepak dinding lif usang itu.

Bunyi cakaran itu berhenti seketika namun diganti pula dengan bunyi hentakan kasut but seperti ada orang berkawad di situ.

Azim yang masih mengantuk itu menyepak kembali dinding itu.

"Kau ni bising lah!Tunjukkanlah diri kau!Pikir aku takut!"Sindirnya tanpa gentar.

Namun secara tiba-tiba lampu lif terpadam dan segalanya kelam.Azim mula cuak apabila semua butang lif ditekan namun semuanya tidak menunjukkan respon.

"Tolong!Aku terperangkap dalam lif ni!"Dia menjerit-jerit sambil mengetuk pintu lif itu.

Dia mengeluarkan lighter di dalam lif itu dan menyalakan api.

Hehehe~

Bunyi apa itu?Soalan sendirian.Pelik pula rasanya.

Matanya tertancap pada seekor mahluk yang menundukkan wajahnya itu.

Figuranya jelas sekali figura seorang perempuan memakai baju putih?Berambut panjang hingga mencecah kaki?Dan sedang teresak-esak menangis.

"Hoi!"Jerit Azim serentak itu mahluk itu mengangkat kepalanya dan memandang ke arah Azim dengan pandangan tajam.

Azim tersentak apabila dia telah melihat wajah sebenar figura perempuan itu.

"Pergi..pe..rgi.."Katanya sebelum pengsan?

*****************

Keesokkan harinya mayat Azim ditemui di dalam lif itu rentung terbakar di dalam lif tersebut.

*********

Hope korang enjoy reading..x yh nk bash k..so nk sambung the next chap tak?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience