BAB 5

Romance Completed 4946

Farhan tersedar saat jam di dalam wad menunjukkan ke angka 11 malam. Dia mengeliat kecil. Tekaknya mula kering. Perutnya terasa lapar. Baru dia tahu dia berada di dalam wad hospital setelah teruk dia dibelasah dengan sekumpulan lelaki yang cuba untuk meragut isterinya. Farhan memandang di sisi katil.

Kelihatan Fazlyn yang sedang nyenyak tidur. Untuk mengejutkan Fazlyn dia tidak betah. Kasihan melihatkan Fazyln yang agak keletihan itu. Farhan cuba untuk mencapai cawan di atas meja namun gagal. Tangannya yang kemas dibalut membantutkan pergerakan.

“Encik Farhan nak air ke?” Farhan tersentak apabila melihatkan Fazlyn yang sudah terjaga.

“Saya nak minum. Perut dah lapar ni.” Ujar Farhan perlahan.

“Tak pe. Biar Lyn buat.”Fazlyn mencapai roti yang siap dibelinya tadi dan mencapai cawan yang berisi air. Kemudiannya dia memberikan roti kepada Farhan. Walau pun dia lapar nasi ketika itu namun roti pun rotilah. Janji kenyang. Tengah malam buta ni mana nak cari nasi. Dalam hospital pula tu.

“Makan puas-puas Encik Farhan. Kalau lapar lagi Lyn beli lagi kat kedai bawah nanti.” Ujar Fazlyn.

“Tak apalah. Ini pun dah cukup. Kenapa awak tak balik?”
Fazlyn tahu memang itu yang akan ditanyakan oleh Farhan. Namun dia sedar akan tanggungjawabnya adalah disisi suaminya tidak kira sihat atau sakit.

“Memang dah jadi tanggungjawab Lyn berada di sini.”

“Tanggung jawab apa?”

“Tanggung jawab sebagai seorang isteri. Memang Lyn sepatutnya berada di sini.” Farhan terdiam di saat Fazlyn mengungkitkan perkataan ‘isteri’.

Fazlyn sabar melayani kerenah Farhan yang agak dingin dengannya. Fazlyn membetulkan tilam dan selimut. Farhan membiarkan sahaja sehingga dia merasa selesa. Farhan menyambung tidurnya. Begitu juga dengan Fazlyn. Walau pun Farhan dingin dengannya namun dia merasa berbesar hati dapat menjaga Farhan. Betapa besar pahala untuk menjaga suami sendiri.

Keesokkan harinya Farhan tersedar saat jam menunjukkan ke angka 6 pagi. Dia tersentak apabila tangannya menindih tangan Fazlyn yang lembut. Dia memandang lama kepada Fazlyn. Entah mengapa hatinya mula rasa debarannya. Ah, betapa setianya dia di sini.

Ah! ‘Apa yang telah aku buat padanya? Walau pun aku bersikap dingin namun dia tetap menjaga aku’. Farhan tersentak apabila Fazlyn mula sedar dari tidurnya. Namun Farhan menutup mata seolah sedang tidur. Fazlyn yang tersedar dari tidur terkejut dengan genggaman tangan Farhan. Dia mengangkat tangan Farhan dan kemudiannya dia berlalu meninggalkan Farhan. Dia perlu ke surau untuk menunaikan solat subuh.

Farhan mencari kelibat Fazlyn yang masih belum muncul lagi. Sudah satu jam Fazlyn meninggalkannya. Hatinya mula sudah tidak keruan. Perasaan apakah ini? Baru sekejap Fazlyn meninggalkannya dia sudah rasa gelisah. Sarapan yang ditinggalkan untuknya sedikit pun tidak dijamah. Entah mengapa sekarang ini dia ingin sangat merasa masakan dari tangan Fazlyn. Kalau dulu dia tidak pernah diendahkan, tapi kini dia pula yang merasa kempunan.

Farhan mengariskan senyuman kecil apabila melihatkan Fazlyn berada di ruang matanya. Dia cuba ingin memberikan senyuman untuk Fazlyn namun dengan ego yang kuat bersarang membuatkan dia tidak berbuat demikian.

“Awak pergi mana?” Tanya Farhan perlahan. Fazlyn tersenyum. Baru sekarang dia memperlahankan nada suaranya.

“Maafkan saya, Encik Farhan. Saya pergi sembahyang subuh tadi. Lepas tu tu saya terus mandi. Encik Farhan nak apa-apa ke?”

“Saya nak makan.” La… ingatkan nak apa tadi. Fazlyn mengintai sarapan pagi itu. Mee hoon goreng dan juga susu rendah lemak sudah tersedia.

“Makanlan banyak sikit. Nanti boleh sihat sikit.” Farhan menggeleng bila sampai suapan yang ketiga. Dia menolak pinggan dan entah mengapa Mee hoon goreng itu tidak sedikit pun memberi nafsu untuk dia menjamu selera. Tiba-tiba dia teringatkan bekal yang disediakan oleh Fazlyn setiap hari untuk dirinya. Namun dia sedikit pun tidak pernah membawa ke tempat kerja apalagi membuka bekalan itu. Setiap hari Tina sering bercerita akan nota yang ditinggalkan oleh Fazlyn. Kebanyakkan madah dan juga kata-kata perangsang.

“Kenapa? Tak nak ke? Atau Encik Farhan nak saya belikan apa-apa?” Farhan menggeleng kepala lagi?

“Saya nak makan nasi lemak yang awak masak.” Fazlyn terkejut dengan permintaan Farhan itu. Dia memandang Farhan dua kali. Adakah dia tersilap dengar atau pun telinganya dia yang pekak?

“Nasi lemak yang saya masak?”Ulang Fazlyn seolah tidak percaya. Farhan mengangguk . Dia cuba menebalkan muka untuk meminta nasi lemak air tangan Fazlyn.

“Nanti saya panggil Pak Mail untuk hantar awak balik masak.” Senang hati Fazlyn dengan permintaan itu. Memang itu impiannya bila Farhan sudi merasa masakan dari air tangannya.

“Tapi jangan lambat sangat. Saya bagi tempoh satu jam je.” Ujar Farhan. Satu jam? Erm… apa boleh buat? Cuba yang semampunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience