BAB 8

Romance Completed 4946

“Tidurlah dulu. Kalau dah sampai abang kejutkan. Lagi pun Tina dah nak balik ni. Abang terus jemput dialah sekali.” Terang Farhan. Fazlyn mengangguk. Dia kemudiannya melelapkan mata sambil membiarkan Farhan bermain dengan hati sendiri. Farhan memandang ke arah isterinya itu. Entah mengapa dengan tiba-tiba kasih dan sayang mula bercambah di hatinya. Dia tenang disamping Fazlyn. Jatuh hatikah ini? Kemudiannya kata-kata Zaki mula menerjah di kotak ingatannya.

“….Kau jangan terlalu membenci kerana aku takut di satu hari nanti kau akan menyintai dia…..” ah! Memang tepat kata-kata kau, Zaki. Namun kini dia bagaikan meludah menjilat semula kerana di saat itu dia teringin sekali Fazlyn memanggilnya ‘abang’.

Suara riuh Tina membuatkan Fazlyn tersedar dari lenanya. Dia memandang sekilas kepada Farhan dan kemudiannya dia berpaling kepada Tina dibelakang.

“Mak usu dah bangun. Kesian mak su. Mak su demam ye.”Ujar Tina sambil meletakkan tangan di dahi Fazlyn. Fazlyn berpaling kepada Tina. Dia juga melihatkan perubahan kepada Tina.

“Tina tak sihat ke?” Tanya Fazlyn. Tina menggeleng dan tersenyum.

“Bila dengan mak su mesti Tina sihat selalu.”

“Dia sakit kepala lagilah tu. Pergi klinik tak nak. Puas abang pujuk.”

“Kita pergi klinik nak?” Pujuk Fazlyn. Tina menggeleng sekali lagi.

“Tak naklah. Tina okey. Mak su tu. Jaga kesihatan.”

“Amboi! Cakap macam mak nenek.” Celah Farhan pula.

“Pak su tak kerja ke?” Farhan menggeleng.

“Pak su ambil cuti untuk mak su ye….. Hah…. Mesti pak su dah suka dengan mak su.” Senyum Tina membuatkan Fazlyn tertunduk malu.

“Masalahnya pak su je yang suka dengan mak su. Kalau mak su tak suka dengan pak su nak buat macam mana?” Ujar Farhan sambil menjeling kepada Fazlyn.

“Tulah… dulu pak su juga yang jual mahal kan?” Farhan terdiam dengan kata-kata Tina. Dulu tak pandang sekarang tergila bayang. Hah! Ambik kau!

“Mak su… rindulah dengan nota mak su tu. Hari ni kan Tina tak bawa bekal. Semua kawan-kawan nak tahu apa nota yang mak su nak bagi kat Tina.”

“Saat terindah hanya bersamamu sayang….”

“Bestnya….. kawan-kawan Tina semua suka dengan nota-nota yang mak su tulis tu.”

“Agaknya apa yang mak su tulis kalau untuk pak su ye?”

Fazlyn terkejut dengan kata-kata Farhan itu. Dia berpaling kepada Farhan dan dengan sekilas Farhan mengeyitkan mata. Malu untuk dia berkata-kata…. Setiap hari hanya nota yang sama ditulis untuk suaminya itu. Cuma semasa di hospital sahaja dia memberika nota yang berbeza.

‘Tiada yang lebih indah dari menjadi sebahagian dari rusukmu kanda… kasih sayang ku tanam untuk selamanya…’

Fazlyn tahu Farhan tidak pernah membaca nota yang diberikan. Jadi dia tidak begitu gelisah dengan cerita yang bentangkan oleh Tina.

“Kalau untuk pak su lagi best. ‘Tiada yang lebih indah dari menjadi sebahagian dari rusukmu kanda… kasih sayang ku tanam untuk selamanya’. Romantik betul.” Berbular biji mata Fazlyn saat mendengarkan Tina berkata-kata.

“Tina! Tak baik tau baca orang punya.” Tegas Farhan.

“Dah pak su tak nak baca. Tina bacalah bagi pihak pak su. Hari-hari mak su tulis kata yang sama. Tapi pak su tak pernah baca kan?” Teka Tina. Farhan tidak berkata apa. Dia terdiam.

“Tina….”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience