Rate

BAB 3

Drama Completed 481

“Tak adalah. Sebab dari tadi saya tengok muka awak macam ikan-ikan sardine tersepit dalam tin tu .” dia membalas sambil senyum meleret panjang.

“Sedapnya bahasa. Dulu saya memberi senyuman tiada yang sudi membalas. Jadi sekarang perlu ke saya memberi? ”

“Perlulah sebab sekarang saya sudi membalas.”

Aku memandangnya pelik dan membalas “What ever”

Aku duduk diatas buaian dihalaman. Mereka telah pulang selepas maghrib tadi. Aku duduk merenung nasib diriku. Beberapa jam yang lalu, aku telah berjumpa dengan lelaki yang pertama aku cintai dan beberapa minit yang lepas emak telah memberitahuku tentang lelaki terakhir yang perlu aku cintai.

Aku melihat cincin yang tersarung di jari manisku saat ini. Cincin pertunangan diriku dengan lelaki yang tidak aku kenali. Kata mak dan ayah aku telah ditunangkan setahun yang lalu. Kerana permintaan dari tunangku pertunangan ini di sembunyikan dengan alasan katanya dia tidak mahu membebankan aku yang berada ditahun akhir ketika itu.

Yang aku pelik bin musykil kenapa mak dan ayah menerima lamaran meraka. Kini aku masih mempunyai masa tiga bulan sebelum pernikahan ini berlangsung dan semua sudah tersedia cuma hantaran buat bakal suamiku masih belum dibeli . Kenapa dia tak beli sekali je kan? Katanya juga dia tidak akan bertemu aku sepanjang 3 bulan ini dan akan bertemu buat pertama kali ketika akad nikah nanti dan dia mahu aku memilih hantaran mengikut kata hati. Apa sahaja yang menjadi kesukaanku adalah kesukaannya juga. Lemah lutut mendengarkan. Pasti bakal suamiku romantik plus baik plus romantik plus sempurna. Uhuk uhuk.
Saat aku memikir dan mencari barang-barang hantaran buat bakal suamiku telefonku berbunyi menandakan mesej masuk.

‘Assalamualaikum bakal isteriku’

Wah encik suami mesej lah. Teruja nya.

‘Walaikumussalam tunanganku balasku

‘Buat apa?’

‘Sedang fikir dan cari hantaran untuk awak’

‘Amboi awalnya. Bukan awak baru tahu tadi ke?’

‘Awal apanya. Saya yang paling lambat adalah. Siapa awak?kita pernah kenal ke?’

‘Hehee. Marahnya dia. Maaf saya tak mampu. Kita jumpa masa hari pernikahan nanti ya sayang. Cinta saya pada awak tiada tolak bandingnya yang menyebabkan saya bertindak begini.’

‘Saya takut saya tak mampu jadi isteri yang terbaik untuk awak. Kita hentikan semua ni sebelum terlambat.’

‘You are mine and always mine. Saya dah jual hati saya pada awak dengan harga paling murah. Takkan masih tak mahu beli.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience