Rate

BAB 1

Drama Completed 481

Selepas sekian lama berhujan emas di negeri orang. Kini aku di Malaysia, tempat lahir dan tumpah darah diriku. Aduhai puitis bagai. Enam tahun yang lalu hati ini berat untuk meninggalkan Malaysia tetapi kerana seorang lelaki, aku lumpuh dan membawa diri beribu batu sehingga sanggup menyendiri di negara orang. Aku kini bukan lagi gadis kampung yang hanya berkerja dibendang dari pagi hingga petang, aku kini merupakan graduan reka bentuk dalaman dari sebuah universiti ternama di luar negara.

Andai takdir aku dapat jumpa lelaki yang telah memijak maruah aku dan keluarga aku satu hari nanti akan aku kibarkan segulung ijazah itu dihadapan mukanya. Akan aku buktikan bahawa aku juga mampu menjadi seperti dia yang selalu dimegahkan itu. Biar dia rasa betapa sakitnya hati ini atas segala penghinaan itu.

“Kak chik?”. Pekikan itu telah meleyapkan segala ingatan aku pada lelaki itu.

“Eh Am, masuk bilik orang tak reti nak bagi salam atau ketuk pintu ke?Main sergah je. Ingat nie tandas awam ke? ” mulut aku sudah mula memarahinya untuk menutup salahku.

“And bla bla bla. Dia yang berangan jauh tak pasal-pasal kita yang kena. Cuba kak chik tengok tangan Am ni. Naik bengkak dah ketuk pintu dari tadi”

Aku melihat tangan Am dengan teliti dan jelas tangannya merah. Aku angkat muka dan tersengih “Maaf sayang.”

“Tak ada sayang-sayang nya. Tu ada orang datang kat depan.”

Siapa yang datang ya. Hati ini tertanya-tanya mengapa mereka datang ketika aku baru nak berrehat-rehat sambil menikmati tiupan angin Malaysia. Aku terus mencapai tudung dan menyarungkan di kepala. Kakiku aku perlahankan saat aku dapat mengecam bunyi suara dan hilai tawa itu.

“Itu dia anak dara seorang ni. Lama betul bersiap.” Kata ibuku.

Aku teruskan langkah kehadapan dengan perlahan. Aku menyalam tangan orang tua itu, tangan bekas bakal ibu mentuaku. Nampak makin muda pula dia ni.

“Mama rindu betul dengan Fyra ”. Tubuhku didakap erat.

“Fyra pun rindu dekat mak cik”. Rindu benar aku pada wanita ini.

Wajah itu berubah. Walaupun aku tahu kenpa wajahnya berubah aku tetap harus menyedarkannya. Perkahwinan itu tidak berlangsung dan tiadak akan pernah berlangsung. Kemudian aku bergerak menyalam tangan Dato’ Syukri , Syahirah, dan si kembar Shahrul dan Shahril. Lelaki itu tiada. Untungnya diriku hari ini. Terima kasih Ya Allah.

“Assalamualaikum”. Suara itu menyampuk ketika Datin Rugayah sibuk menanyakan tentang kehidupanku di luar Negara dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience