Rate

BAB 2

Drama Completed 481

Oh tidakkk. Aku rasa nak pitam. Itu bukan dia, tolong la itu bukan dia. Aku memang nak jumpa dia tapi bukan sekarang. Aku masih belum bersedia. Awak datanglah esok-esok atau kalau boleh raya tahun depan saja.

Aku mendongak. Mata kami bersatu, lidahku kelu, dan tubuhku menggigil. Salman Ayubbi Dato’ Syukri. Lelaki pertama yang aku cintai dan sehingga hari ini tiada yang dapat menggantikan tempatnya dihati. Dia yang ku sayang, dia yang ku benci.

“How are you Zafyra ?”pertanyaan darinya.

“Good. You?”

“Alhamdulilah. Kalau saya tak sihat, saya tak berada disini, didepan awak.”

“FirSalman .” sampuk ibunya.

Aku menggaguk. Ya Encik Salman Ayubbi , anda telah berjaya memberi jawapan yang sangat menyakitkan hati.

“Nice shot dude”. Ambil kau. Kena setepek dengan aku.

Dia hanya mampu tersengih. Ingat aku Nur ZZafyra yang dulu ke?Yang mampu kau pijak dengan sesuka hati kau je. Aku takkan menyerah apatah lagi jatuh ketangan orang macam kau. Kenangan pahit yang kau dan berikan telah aku semat dalam hati sedalam-dalamnya.

Aku hanya duduk termenung melihat kedua buah keluarga ini bercerita itu dan ini. Si Am, Aril, Eirul dan Irah au tidak Nampak selepas selesai makan tengah hari tadi. Kemanalah budak-budak ni pergi. Kebendang mungkin. Si mamat belagak tu aku tak Nampak pulak. Eh apa pasal aku sibuk-sibuk pasal dia. Buat habis beras saja.

“Daripada awak berangan sorang-sorang, lebih baik awak temankan saya jalan-jalan ke kampung awak ni. Bukan ke lebih baik?”

Sibuk bin sibuk je mamat ni.

“Saya lebih rela duduk sorang-sorang kat sini dari teman awak jalan keliling kampung. Nanti bingit telinga saya. Nyamuk la, panas lah apa lah.”

“Ok fine.” Mukanya tegang.oh yeh oh yeh. Anda Berjaya Nur Zafyra . Dia menuju ke arah ayahku. Membisik sesuatu.

“Fyra teman Salman pergi round-round kampung kejap. Budak-budak ni tak ada. Kesian dia nak.”
Kurang ajar. Dia report dengan ayah aku. Memang nak kena Salman Ayubbi ni. Aku bawak kau pergi tangkap belut baru kau tahu langit ni rendah ke tinggi. Jangan cuba menguji kesabaran aku.

“Banyak sangat makan sardine ke masa dekat Aussi dulu?”

“Ah?” apa dia tanya aku makan sardine. Agak-agaklah kalau nak buka cerita pun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience