BAB 6

Crime Completed 8129

Aku rasa part ni semuanya dah huru-hara sebab bergaduh. Agaknya sedang tarik menarik perempuan seorang. Ish, buat malu aku betul.

Aku pun dengan rajinnya membuka pintu sedikit, aku nak tengok apa yang sedang berlaku dekat luar tu.

Alangkah terkejutnya aku, along sedang bergaduh dengan lelaki yang boleh aku anggarkan sebaya pak aku. Mungkin dalam lima puluh han.

Along mengeluarkan sebilah pisau yang terletak di belakangnya. Aku kaku, tak tahu nak buat apa. Fikiran aku hanya ada polis, tapi kaki dan seluruh tubuh aku tak mampu bergerak.

Aku nampak along nak menikam lelaki tu, segera aku berlari dapatkan along. Tapi..

"PEREMPUAN tu yang kena."

"Saya cuba elakkan along untuk tikam lelaki tu, tapi makwe along boleh pulak masuk line konon nak jadi heroin malaya. Sudahnya dia terbunuh."

"Khal, bukan aku tak nak percaya cakap kau ni. Tapi, semua bukti cap jari pada pisau tu cap jari kau. Bukan abang kau." Kata Sarjan Manaf.

"Tuan.. tak siasat along saya?"

"Huh.. aku tak tahu nak cakap macam mana. Along kau tak ada pada masa kejadian. Ikut rekod di imegresen, along kau kerja dekat luar negara. Macam mana pula along kau boleh ada sekali pada masa kejadian?"

"Tak! Along memang ada! Dia yang bunuh perempuan tu! Argh! Tolonglah tuan percayakan saya. Saya tak tipu!"

Sarjan Manaf bangun dari kerusi, "Hum, macam nilah Khal. Segala keterangan yang kau bagi aku dah ambil. Sekarang kita tunggu jelah keputusan dari forensik. Apa-apa hal, kau bagi keterangan dekat mahkamah pula esok."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience