BAB 1

Crime Completed 8129

72 jam aku di dalam bilik kurungan untuk siasatan polis kerana aku di syaki membunuh. Bunyinya seakan serius dan mengerikan, tapi bukan aku yang buat. Dan bukan aku yang membunuh.

Jadi, kalau bukan aku yang membunuh, siapa pembunuhnya? Bukti? Sebahagian bukti mengatakan aku yang bunuh. Kerana pada malam kejadian itu aku di rumah dengan mangsa. Dan.. sebahagiannya lagi.. masih kabur tentang suspek sebenar.

Bila di fikirkan secara logik, patut ke aku membunuh mangsa? Tapi bila di fikirkan semula, apa motif aku untuk membunuh seseorang yang jauhnya pertalian darah dengan aku dan keluarga aku.

Malahan, mangsa juga aku baru kenal kurang dari 72 jam sebelum beliau meninggal dunia pada malam itu. Jadi.. mustahil pada aku kalau aku yang membunuhnya. Juga, tidak mustahil kebarangkalian aku juga boleh jadi si pembunuh. Kerana apa? Kerana tertekan..

"AWAK tahu tak hukuman untuk kesalahan membunuh? Tak takut ke?" Gertak Sajan Manaf merenung aku tajam.

"Pe hal pula saya nak takut sedangkan saya tak buat. Lek-lek dah lah.."

Serta merta tangan sasa milik Sarjan Manaf tu menghentak meja di depannya. Mukanya yang berang dengan jawapan aku makin dekat dengan aku yang tersenyum sinis. Tak salah, buat apa nak takut. Aku tak buat pun benda tu, buat apa aku nak mengaku. Gila ke apa jadi kambing hitam untuk orang yang buat jenayah? Padahal pelakunya pula sedang bebas dekat luar sana.

"Khal! Kau jangan cuba nak cabar kesabaran aku. Dah lama aku perhatikan kau!" Bentak Sarjan Manaf keras.

Aku? Masih sama. Sikit pun tak gentar dengar suaranya yang senagaja di keraskan untuk menggertak aku. Fikir aku takut dengan semua tu? Pigidah..

"Gen, saya nak tanya. Apa bukti yang menyabitkan saya bunuh mangsa? Cuba sarjan bagitahu sikit." Olok aku pada Sarjan Manaf seraya membuat muka serius.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience