BAB 8

Crime Completed 8129

Tiba-tiba suasana menjadi tegang. Bengang betul aku, apa hal pula dia ni?

"Long! Bukan Khal yang bunuh tapi along!"

"Kau!"

"Encik Kal, sabar.. Kawal perasaan awak tu."

Satu suara kedengaran bergema dalam bilik. Mungkin suara orang yang memerhatikan kami di balik dinding sebelah sana.

"Huh!" Along mendengus kasar.

Mata aku dah penuh dengan air mata. Sedih pedih. Ada ke patut along cakap macam tu,sedangkan dia yang bunuh makwe sendiri. Apa hal nya aku yang jadi kambing hitam ni?

"Aku dah uruskan kau dengan peguam. Esok kita jumpa dekat mahkamah."

Along terus bangun tanpa menghiraukan aku lagi yang meraung memanggil namanya. Aku tak nak duduk dalam penajara. Tak nak.. aku takut..

"SEGALA bukti yang di temui menjurus ke arah pesalah. Beliau melakukan pembunuhan kerana terlampu tertekan dengan sikap mangsa yang suka mengambil dan pakai barang pesalah. Sebagai contohnya seperti baju, minyak wangi, kasut dan barangan peribadi seperti komputer riba secara suka hati."

Aku tak tahu nak cakap apa. Diam lebih baik. Aku tahu hukuman kejap lagi akan terjatuh juga ke atas aku sebab aku tak ada saksi.

Tak! Aku ada saksi, lelaki tua tu yang mengaku syok macam nak mampus dengan perempuan tu. Entah kemana lelaki tu menghilang.

Kusut fikiran aku, macam mana along boleh di rekodkan keluar negara pada hari kejadian? Sedangkan dia yang...

Aku mengesat air mata yang bergenang. Tergamaknya seorang abang menghukum adiknya sebegini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience