Series
649
Sebelum aku memulakan cerita ini dengan lebih lanjut, izinkan aku untuk memperkenalkan serba sedikit tentang diriku ini. Aku mempunyai keluarga yang biasa-biasa sahaja yang terdiri daripada ayahku, Encik Shamsul Bahari dan ibuku, Puan Anila Syuhada. Aku merupakan anak ke-2 daripada 3 orang adik-beradik dalam keluarga aku. Aku mempunyai seorang abang yang bernama Shamel Akram dan seorang adik yang bernama Ania Araziqa. Mereka berdua masing-masing berumur 26 dan 9 tahun. Setakat ini sahaja pengenalan mengenai diriku ataupun boleh dianggap sebagai pengenalan bagi keluarga aku.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hidup ini tidak seindah yang orang sangka. Begitu juga aku yang hanyalah manusia biasa yang menginginkan keseronokan zahir dalam hidup diriku yang bernama Anira. Anira Qasrina binti Shamsul Bahari nama diberi. Berumur 19 tahun yang masih menuntut pengajian di institusi kolej swasta dalam bidang kejururawatan. Aku baru sahaja menghabiskan pembelajaranku bagi tahun ke-2 semester 1 aku pada 2 minggu yang lalu dan kini aku akan masuk semula ke kolej untuk menyambung pelajaran aku yang seterusnya bagi tahun ke-2 semester 2 yang akan bermula pada hari Selasa ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku baru sahaja sampai di kediaman pelajar, hostel yang jaraknya beberapa meter sahaja dengan kolej ku, KPJ University College yang berada di Nilai. Sejujurnya, antara rumah dan hostel aku lebih suka untuk tinggal di hostel lebih lama berbanding dengan rumahku. Tidak tahu kenapa aku berkeinginan seperti itu tetapi yang pastinya apabila aku berada di rumah aku berasa rimas dan terasa udara di persekitaran dalam rumah itu terasa sempit macam tiada oksigen untuk aku bernafas dengan senang.
Oleh sebab itu, apabila aku menghabiskan masa cuti semester aku dirumah, aku berdoa dengan harapan cuti semester aku dapat berakhir dengan cepat. Dan doa aku pun termakbul kerana apa? Sebab kini aku berada di hostel jauh dari 'penjara' ciptaan keluargaku. Mengapa aku kata 'penjara'? Haihhh, hanya insan-insan terpilih yang mempunyai keluarga yang terlalu 'protective' sahaja yang dapat merasai apa yang aku rasa.
Mesti ramai yang ingat keluarga aku terlalu mengongkong pada perkara yang biasa-biasa sahaja seperti tidak membenarkan anaknya yang perempuan ini keluar sesuka hatinya sahaja. Bukan!!! Jikalau itu yang menjadi asbab mengapa aku mendefinisikan hidup ini sebagai tidak indah? Sungguh, aku ialah seorang anak yang tidak kenang budi dan mungkin sahaja masyarakat akan mengata aku sebagai seorang anak yang tidak mempunyai adab yang tinggi pekertinya ataupun orang akan menganggap keluargaku tidak patut mempunyai anak sepertiku yang tidak tahu mengenang jasa orang tua hanya disebabkan diriku yang terkawal rapat oleh perkara sedemikian. Bukan!!! Bukan itu yang terjadi dalam kehidupanku!!!
Protective kah keluargaku ini jikalau sudah menyekat satu2nya teknologi yang menghubungkan aku dengan dunia luar? Protective kah itu jika sudah sampai mengurung anak mereka didalam rumah seperti aku ini binatang sahaja dimata mereka? Aku tidak marah kalau aku tidak boleh keluar rumah sesuka hati saja sedangkan aku pun kurang bersosial seperti orang introvert sahaja. Tapi kalau sudah sampai menyorok telefon, laptopku daripadaku, adakah itu satu perbuatan yang bijak dan berakal? Bagi aku tidak kerana aku ini sudahlah tidak boleh keluar rumah jadi untuk mengurangkan bosanku, hanya telefon aku sahaja yang dapat membantu.
Bukan itu sahaja, apabila aku dirumah, aku dianggap sebagai pembantu tidak berbayar. Senang kata dilayan seperti hamba. Bukan dilayan seperti anak perempuan yang seharusnya dijaga seperti permata ya...TIDAK sama sekali!!! Aku dipaksa oleh ibuku untuk mengemas satu rumah yang sedang diduduki oleh 5 beranak tapi hanya aku sahaja yang mengemas.
Apabila aku kata aku dilayan seperti hamba, memang aku akan dilayan seperti hamba. Hamba seperti zaman-zaman jahiliyyah. Dicerca, dimaki, dihina, dibuli, disepak terajang oleh kedua ibubapaku dan paling menyakitkan sekali, aku hampir mati lemas didalam kolah dalam bilik air rumahku kerana dikerjakan habis-habisan oleh ibuku.
Semua perbuatan penderaan aku telah kena. Tidak ada sama sekali perbuatan keji itu tidak menyinggah pada tubuh kecilku yang hanya berketinggian 145cm ini. Oleh itu, jika orang mengatakan yang rumah keluarga yang kita duduki ini ibarat rumahku syurgaku tapi tidak pada aku. Pada aku rumah itu seperti neraka yang menunggu untuk menyiksa insan-insan yang lemah dan AKU ialah salah seorang daripadanya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kini...
.
.
.
.
.
Hmm... Mengapalah aku perlu ingat segala kenangan 'manis' dirumah sewaktu aku cuti semester ini? Menambah stress je nanti. Haihhh lebih baik aku lupakan walaupun itu hanya sekadar kata-kata bukannya perbuatan. Tetapi sekurangnya aku mencuba juga kan? Lagipun, hidup perlu diteruskan daripada terus dibelenggu memori yang tidak seindah mana ini.
"Dahlah daripada fikir semua ini lebih baik aku kemas barang-barang yang aku bawa dari rumah walaupun tidak ada benda yang hendak dikemaskan sebenarnya".
Untuk pengetahuan , rumah yang mempunyai 3 bilik yang aku duduki di hostel ini berada di tingkat 9. Housemates dalam rumah aku ni semuanya ada 6 orang including me.
.
.
.
.
.
Selepas beberapa minit mengemas...
.
.
.
.
.
"Ahh...akhirnya kemas sudah barang-barang yang aku susun ini".
Semuanya terletak elok didalam locker.
"Hmm sekarang baru pukul 5 petang and housemates yang lain rasanya petang lepas asar baru balik sini."
" Hmmm apa aku nak buat sekarang ini yee?"
Sambil memandang sekeliling rumah.
"Memandangkan aku seorang diri je dalam rumah ni, lebih aku keluar melihat pemandangan ada baiknya jugak. Hmm marilah kita wahai Anira...", ujarku pada diri sendiri.
Aku pun keluar dari rumah dan mengunci pintu lalu berlalu turun menggunakan lif. Sampai sahaja di bawah, aku terus pergi ke meja batu yang bersebelahan dengan court bola jaring.
"Now, what should I do?", ujar diriku sambil duduk bersendirian di laman bawah ini. Aku termenung sendiri merenung ke langit dengan berwajah kosong. Rasa menyesal pula turun seorang diri tanpa peneman. Bila dah bersendirian begini mulalah aku teringat masa silam aku dahulu...
Masa silam yang tidak seharusnya aku ingati tanpa pengetahuan keluarga atau sesiapa... Hanya aku seorang sahaja yang menyimpan rahsia ini... Seorang diri....
Stay tuned
Share this novel