Chapter 2

Short Story Series 649

Masa silam yang tidak seharusnya aku ingati tanpa pengetahuan keluarga atau sesiapa... Hanya aku seorang sahaja yang menyimpan rahsia ini... Seorang diri....
. .
. .
. .
. .
. .
.

Setahun yang lepas...
. .
. .
. .
. .
. .

Pagi yang nyaman hari ini memang sesuai untuk merehatkan badan namun tidak pada aku apabila hari aku telah dimusnahkan oleh seseorang yang bergelar ibu.

"Budak, bangun cepat!!! Sediakan sarapan." Aku yang masih dalam keadaan penat kerana tidur yang hanya sampai 4 jam sahaja bangun dengan keadaan mamai.

"Ibu, kakak nak rehat hari ini boleh tak? Semalam kakak tidur pukul 4 pagi sebab kemas rumah. Jadi, kakak ingat nak rehat lah dulu sebab badan kakak pun sakit-sakit akibat mengemas semalam. Ni pun rasa nak demam je ibu.", ujarku sambil menayangkan wajah sembapku pada ibu.

" Amboi, nak tidur sekejap ye!... Ehh, kau ingat kau tuh anak raja nak rehat-rehat bagai hahhh! Takde-takde kau bangun sekarang sebelum aku tarik kau secara paksa. Bangun cepat!!!", jerit ibu sambil memukul aku dengan menggunakan bantal.

"Dah, aku nak keluar dengan suami aku pergi joging.  Aku nak bila aku balik dari joging dengan suami aku, makanan mesti sudah ada atas meja ye! Kalau tak ada, siap kau aku kerjakan.", amaran ibu aku dengar dengan hati yang sayu.

" Eh perempuan, kau dengar ke tidak apa yang aku kata ni?", tanya ibu sambil menarik rambut aku dengan tarikan yang sangat kuat.

" Aduh, ibu kakak dengar. Jangan tarik rambut kakak ibu. Sakit!!!!", aku merayu kepada ibu dalam keadaan menangis.

"Heh, baru kau tahu perkataan sakit ye perempuan. Habis itu aku yang sakit dengan karenah bangang kau ni tak apa lah? Hah? Ehh perempuan, aku tanya kau ni!!!". Menjerit ibu bagaikan orang tidak siuman sahaja lagaknya.

Aku yang berada dalam situasi itu hanya mampu menjerit dan menangis sahaja. Malang sekali, dengan perbuatan aku yang tidak menjawab pertanyaan ibuku malah hanya menangis terus disebabkan tindakan ibu aku membuatkan ibuku makin baran. Amarah ibu yang berada di tahap maksima telah membuatkan ibu lupa diri dan tidak seperti dirinya sendiri. Aku yang lihat keadaan itu pun berasa ketakutan yang amat sangat.

" Ohhh kau tak jawab ye apa yang aku tanya? Huhhh nahas kau aku kerjakan hari ini", kata ibu lantas mengheret aku dilantai bagaikan menarik guni sahaja perlakuan ibu terhadap diriku. Dengan lagak ibu yang tidak ubah seperti penjenayah membawa aku masuk kedalam bilik air yang berada ditingkat bawah yang berdekatan dengan dapur. Lalu, ibu mengheret aku dekat pada kolah air dan dengan kasar membenamkan keseluruhan kepala aku ke dalam air kolah itu.

"Glurpp glurppp glurppp ibbbuuuuuu.....", panggil aku dalam keadaan separuh lemas dan tidak bermaya....

"Rasakan budak bodohhhh....huhhh ada hati nak lawan dengan aku yee haaaaa rasakan penangann maut daripada aku, Puan Anila Syuhada hahahahahahahaha", gelak ibuku dengan senang hati bagaikan sedang menonton cerita lawak sahaja sedangkan dia sedang mendera anaknya sendiri...huh rasanya lebih kepada cubaan membunuh sahaja aku rasa. Dalam beberapa minit, ibu menarik keluar kepala ku dari kolah dan membiarkan aku yang jatuh tersungkur dilantai kerana terkapai-kapai mencari nafas. Keadaan aku tidak ubah seperti mayat hidup sahaja aku rasakan ini.

"Lain kali jangan cuba-cuba tak nak jawab soalan yang aku tanya. Inilah akibat dia bila orang bodoh sombong macam kau nak berlagak hebat depan aku. Kan dah terlantar dalam bilik air... Haihhh daripada aku tengok kau  ni lebih baik aku keluar berjoging dengan my loving husband  ada faedahnya juga daripada sakitkan mata aku tengok kau yang hmm macam low class je ni... Mesti husband aku tunggu.", Kata ibu dengan nada yang agak manja dan gedik.

"Sayangggg, lamanya sayang siappp... Abang dah tunggu dalam kereta dah tapi tak keluar pun sayang. Sayang tengah buat apa ni dalam rumah, hmm?", Panggil ayah dengan nada romantiknya.

" Abang, sorry lah lambat keluar. Ni haaa budak bodoh ni saja je nak rosakkan hari sayang dengan perangai bengap dia ni... Sorry ye abang... Alolololo kesian suami kita ni lama tunggu sayang dia ehhh?," ujar ibu sambil memandang ayah dengan muka yang manja.

Ayah yang memandang ibu juga terus memancarkan pandangan cinta kepada isterinya yang tercinta. Selepas itu, ayah terus memandang aku yang tidak bertenaga ini dengan pandangan yang agak sinis bagiku. Mungkin dia juga berasa keadaan aku ini tidak ubah seperti sampah masyarakat sahaja pada dia. "Aduhh sayang nii, dah tahu budak ni suka bust masalah, yang dilayannya buat apa? Nanti sayang abang ni jugak stress. Dahhhh, daripada layan dia ni ada baiknya kita keluar pergi joging sekarang. Nanti lambat kita gerak, lambat juga lah kita nak mula joging. Lagipun, sayang kan tak suka kulit sayang yang mulus ni kena cahaya matahari, so ada baiknya kita keluar sekarang takut cuaca makin panas tak dapatlah sayang nak joging.", kata ayah dengan gaya memujuk nya itu.

"Okaylah kalau abang dah kata begitu. Boleh release tension dengan cinta hati sayang ni sekali...hihihihi", ujar ibu dengan gayanya yang manja kepada ayah.

"Ehh budak, aku nak keluar ni. Kau jangan lupa apa yang aku pesan ya... Buatkan sarapan untuk aku dan suami aku. Bila aku balik dari joging semuanya mesti dah siap terhidang ye. Nanti kesian buah hati pengarang jantung aku ni lapar bila dah habis joging. Ingatt tahu, jangan lupa apa yang aku cakap ni.", tekan ibu memberi amaran kepada aku.

"Bbbaaaikkk iib bbuu," patuh aku akan perintah yang ibu beri kepada aku dengan kepala yang terangguk-angguk.

Setelah itu, ibu pun bergerak keluar menaiki kereta bersama ayahku meninggalkan rumah yang hanya dihuni oleh aku sahaja seorang diri ini. Aku yang ditinggalkan terlantar seorang diri didalam rumah ini tanpa sesiapa itu cuba bangun dari lantai bilik air ini dengan sisa kudrat yang masih ada dalam diri ini. Dan dengan sisa kudrat yang masih ada itu aku cuba untuk berjalan dengan perlahan-lahan dan duduk dikerusi meja makan yang berada di ruang makan bersebelahan dengan ruang tamu rumah ini. Selepas aku berhasil duduk di kerusi itu, aku termenung mengenang nasib diri yang malang ini dan tanpa aku sedar aku telah mengeluarkan air mata dan terus menerus mengeluarkan titisan air mata yang begitu banyak, sama banyak seperti masalah yang aku hadapi sekarang ini.

Habis sahaja mengenang nasib diri yang malang ini, aku bangkit daripada duduk aku dan pergi ke dapur untuk membuat sarapan bagi keluarga aku. Siap sahaja sarapan yang aku buat, aku dengan cermat menghidangkan sarapan yang telah aku masak ini dimeja makan. Ringkas sahaja sarapan yang aku buat ini, hanya nasi goreng kampung dan mi goreng sahaja. Minuman pula aku buat teh o panas dan milo suam.

Pada pukul 10 pagi, pasangan suami isteri itu pun sudah pulang dari keluar berjoging. Mereka masuk dalam keadaan yang sangat penat. Mungkin mereka berjoging sebanyak 10 pusingan agaknya. Lagipun 10 pusingan itu sangat banyak bagi unur seperti mereka tetapi walaupun begitu stamina mereka sangat tinggi macam golongan orang muda sahaja. Manakan tidak, tubuh badan mereka tidak ubah seperti teruna dan gadis sunti sahaja kerana ayah dan ibuku selalu mengamalkan gaya hidup yang sihat. Jikalau mereka tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat, takkan mereka boleh mendera, memukul, membanting tubuh aku sesuka hati sahaja kalau mengikut umur tua seperti mereka yang masing-masing berumur 40 dan 50 an ini, aku rasa mereka tidak mampu untuk mengeluarkan tenaga yang banyak hanya pada aku sahaja.

"Woi budakk!!!", panggil ayah dengan nada yang kasar. Aku yang berada di dapur segera pergi ke ruang tamu dimana ayah dan ibuku berada.

"Ya ayahhh", sahut aku takut-takut sahaja bunyinya. Ayah aku yang duduk di sofa itu memandang aku dengan riak yang bengis.

" Kenapa tidak bawa air minuman sekali? Buta ke apa yang aku dengan emak kau ni baru sahaja pulang dari berjoging dan tentu sahaja kami ni haus. Takkan kau bodoh sangat tidak dihidangkannya air kepada kami hahhh!!!???", tempik ayah pada aku yang berdiri di sisinya dalam keadaan menunduk.

"Maaf ayah, Nira terlupa. Sekejap Nira bawakan air untuk ayah dan ibu",kata aku dengan suara yang perlahan dan lantas berlari ke arah dapur untuk mengambil air. Tidak sampai beberapa minit, aku pun kembali ke ruang tamu sambil menatang dulang yang berisi air untuk diberikan kepada pasangan suami isteri yang kepenatan itu.

"Ayah, ibu ni air. Ayah dengan ibu minumlah", ujar aku sambil meletakkan air diatas meja. Ayah dan ibu pun mengambil air itu dan meneguk nya dengan gelojoh.

"Puihhhh air apa yang kau buat ni budak hahhh??? Tawar je kau buat. Kau reti ke tidak buat air sebenarnya ni hahh?? Dahtu panas pulak air ni sampai melecur lidah aku dibuatnya...
Kau nak bunuh aku ke budak bodoh haaa? Bodohlah kau niiii eiii geram betul aku dengan kau ni rasa nak pijak-pijak je kau nii", maki ibuku dalam kemarahan yang tidak terkawalnya itu. Ayah yang geram dengan aku juga cepat-cepat menerpa kearah aku dan menyimbah air yang dia minum ke tubuh aku.

"Haaa rasakan. Kau saja je kan nak pedajal aku dengan isteri aku? Ohh ni mesti kau berdendam dengan kami sebab dera kau kan? Huhhh memang patut pun kau kena pukul dengan kami sebab perangai kau yang macam syaitan ini", marah ayah sambil mengambil bulu ayam yang berada di alamari buku dan dengan rakus memukul tubuh aku dengan hayunan yang sangat kuat.

"Ayahhh ayahhh ampun ayah jangan buat Nira macam ni ayahh...sakit ayahhh tolong ayah jangan pukul Nira sampai begini sekali ayah... Kasihanilah Nira ayah. Nira anak ayah jadi janganlah pukul Nira begini ayahhhh.... Ibu tolong Nira ibuuuu Nira minta ampun ibu... Nira janji Nira akan cuba jadi anak yang terbaik buat ibu dan ayah ", rayu aku dalam keadaan menangis memohon simpati dari insan yang bergelar ibu dan bapa pada aku.

Tetapi rayuan aku hanya diendahkan sahaja oleh mereka berdua dan ayah masih teruskan perbuatan nya dengan lebih kuat lagi. Ibu pula hanya memandang sahaja situasi yang berada di depan matanya sambil tersenyum sinis ke arah aku menunjukkan yang dia puas dengan apa yang suami dia buat pada aku, anaknya sendiri. Habis sahaja ayah memukul aku, dia terus sahaja mencampak bulu ayam yang dijadikan senjata untuk mendera aku dan mengajak ibu untuk masuk kedalam bilik untuk berehat kerana penat berjoging dan penat memukul aku. Walaupun dalam keadaan penat aku boleh nampak pada wajah ayahku yang terbias raut puas kerana dapat melepaskan segala amarahnya pada tubuh kecilku ini.

Aku yang ditinggalkan diruang tamu ini menangis teresak-esak kerana kesakitan yang aku alami ini. Aku lihat tubuh aku yang lebam-lebam, luka dan berdarah ini dengan hati yang sayu. Sedih kerana ibubapaku melayan aku seperti bukan anaknya sendiri. Aku tertanya-tanya adakah aku ni anak mereka atau bukan. Aku boleh lihat cara mereka melayan aku amat berbeza dengan layanan mereka kepada abang dan adikku yang dilayan dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Hancur hati kecilku ini apabila diperlakukan sedemikian.

Aku dengan kekuatan yang ada ini mencuba untuk bangun dengan perlahan-lahan dan berjalan masuk kedalam bilik aku. Sesampai sahaja aku didalam bilik, aku terus menutup pintu dan menguncinya. Aku pergi ke arah katil dan terus merebahkan diriku di atas katil itu. Setelah itu, aku akhirnya melepaskan teriakan yang amat kuat, tetapi sempat ditekup mukaku dengan bantal untuk mengelakkan suaraku yang dalam keadaan menangis ini didengari oleh orang tuaku.

Selepas beberapa minit aku menangis, tanpa disedari diri aku sudah pun tertidur dalam keadaan mukaku yang sembap dan sedar-sedar sahaja waktu sudah menunjukkan pukul 2 petang. Tiada siapa yang sedar aku tertidur didalam bilik ini. Nasib aku bangun kalau tidak mungkin aku akan terlepas solat zuhur. Cepat-cepat aku bangun pergi ke tempat penyidai tuala untuk mengambil tuala dan berlalu masuk ke bilik air untuk mandi dan menunaikan solat zuhur. Ada baiknya aku mengadu pada pencipta yang maha Esa daripada aku menangis tanpa kesudahan. Habis sahaja aku solat zuhur, tiba-tiba aku menangis didalam doaku.

"Ya allah, dugaan apa yang engkau bagi pada hambamu ini, ya Allah. Sesungguhnya, aku hanyalah hambamu yang lemah imannya. Bahkan fizikal dan mental hambamu ini juga turut menerima tempias akan dugaan yang engkau beri kepadaku ini ya Allah. Mengapa aku perlu hadapi dugaan seperti ini? Aku tahu sebagai hambamu yang berpijak dibumi yang engkau cipta ini adalah untuk menguji keimanan setiap hamba yang ada diatas muka bumi ini  dan aku juga tidak lari daripada ujian yang engkau beri. Tetapi mengapa ujian seperti ini yang harus aku hadapi? Aku tahu aku sebagai hambamu tidak patut untuk mengeluh sedangkan ramai lagi manusia diluar sana yang turut menerima ujian seperti aku bahkan yang lebih teruk juga ada. Namun, aku juga tidak lari daripada mempertikaikan semua perkara yang berlaku dalam hidup aku ini ya Allah... Adakah ini kerana tanggungjawabku kepada engkau  yang Maha Esa tidak dilaksanakan dengan betul membuatkan engkau berkeputusan untuk menghukumku seperti ini? Jikalau itu yang menjadi asbab atas segala kehendak yang engkau ingini berlaku terhadapku maka aku sebagai hambamu yang patuh haruslah taat dan menurut perintah kepada engkau ya Allah. Oleh sebab kelalaianku dalam melaksanakan kewajipan yang engkau berikan kepada hamba-hambanya, aku haruslah bertahan dengan hati yang cekal dalam menempuh segala dugaan dalam hidupku ini. Ya Allah, Ya zaljala  liwalikram, aku mohon kekuasaanmu untuk memudahkanku untuk menghadapi segala rintangan yang berlaku dalam diriku. Aku mohon padamu ya Allah, engkau berikanlah sinar pada jalan kehidupanku dalam menjadi manusia yang bahagia dijalanmu disamping redha dan restu darimu ya Allah. Rabbana atina fiddunia hasanah wafilahiroti hasanah wakina a'zabannar...wasalallahhuala saidina Muhammad wa'alaalihi wasaohbihi wassalam walhamdulillahhirobbilalamin."

Assalamualaikum and hai semua, alhamdulillah habis jugak chapter yang saya tulis ini. Panjang jugaklah saya rasa. Actually, I never thought this chapter would be so long because at the first place my idea never come from my mind but after a few minute the idea suddenly comes like a flashlight. I don't know whether this chapter it's okay for you all or not but hmm never mind just enjoy reading it, and that will be fine for me as the author for this story. So, emm thank you to spend your time in my story

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience