PP - TEASER BAB 2

Romance Series 12767

“Eh, Syaz tadi kau kata ada berita gembira nak bagitahu pada kami semuakan, apa beritagembira tu? Tak sabar juga aku nak tahu ni.” Soal Johan sambil mengalihkan pandangannya kepada Syazriana. Izham dan Syazriana saling berpandangan dengan senyuman.

“Sebenarnya aku nak bagi tahu korang yang aku akan tamatkan zaman bujang aku tak lama lagi, ” kata Syazriana bersama senyuman yang menghiasi bibirnya.

“Seriuslah Syaz?” soal Adam yang seakan
tidak percaya mendengar berita itu. Manakan tidak, selama ini mereka langsung tidak pernah tahu pun yang Syazriana mempunyai teman lelaki. Sekarang tiba-tiba sahaja wanita itu mengumumkan yang dia mahu berkahwin.

“Aku seriuslah, aku tak main-main, ” jawab Syazriana diiringi tawa kecil.

“Kenapa tiba-tiba lor? Bapa you paksa you kawin dengan pilihan dia ke?” tanya Easther pula. Izham yang mendengar terus tersenyum.

“Ha’ah, tiba-tiba je. Selama ni kau tak pernah pun bagitahu kami atau kenalkan teman lelaki kau pada kami. Bukan kita dah janji ke yang tak ada rahsia antara kita
berlima?” celah Melisa pula.

“Betul, ” kata Easther sambil mengangguk- angguk tanda setuju dengan kata-kata Melisa. Syazriana tersenyum melihat reaksi kawan- kawannya itu.

“Tak adalah, ayah aku tak paksa pun aku kahwin. Memang atas kerelaan aku sendiri, ” jawab Syazriana.

“First of all, aku nak minta maaf sebab sembunyikan perkara ni daripada korang. Bukan tak nak bagi tahu aku berkawan dengan siapa, cuma aku takut kalau hubungan kami tak sampai ke tahap ni. So, aku ambil keputusan hanya akan beritahu pada korang kalau hubungan kami dah betul-betul serius dan sampai ke tahap macam sekarang ni.” Tambah Syazriana lagi. Johan yang
mendengar mengangguk-angguk tanda setuju
dengan kata-kata sahabatnya itu.

“Apapun tahniah aku ucapkan, semoga
segala urusan kau dipermudahkan.” Ucap Johan dengan senyuman.

“Tahniah Syaz, aku tumpang gembira
untuk kau. Tapi aku nak juga tahu siapa lelakibertuah yang dapat menduduki tempat di hati
kau tu?” kata Adam pula.

“Betul-betul, saya pun nak tahu juga siapa bakal suami you, ” celah Easther.

“Mesti anak orang kaya kan? Entah-entah anak pemilik hotel tempat kau bekerja sekarang ni kan? Sebab cepat je kau buat keputusan nak kahwin, ” teka Melisa diiringi
dengan tawa kecil.

“Amboi, kau ingat kisah aku sama macam
kisah dalam novel cinta yang cliché ke?” kata Syazriana yang turut tertawa kecil apabila mendengar tekaan Melisa. Izham hanya tersenyum. Johan dan Adam pula sudah tertawa.

“Orang perempuan memang suka berangan pasal kisah cinta kan. Berangan prince charming muncul dan terpikat pada mereka kemudian menjadi cinta sejati sampai
mati, ” ujar Adam bersama sisa tawanya.

“Lepas tu, prince charming dalam angan mereka tu bukan main sempurna lagi, tak ada cacat cela langsung. Terpaling kacak, terpaling berkebolehan dan terpaling romantik.” Tambah Johan pula yang masih belum
berhenti ketawa.

“Seronok nampak kutuk orang perempuan. Tak salahkan berangan, free pula tu, bukan pakai duit orang lelaki pun,” kata Melisa sambil menjeling Adam dan Johan.

Hai, untuk pengetahuan semua novel ni Jue takkan tamatkan di sini ye, tapi korang boleh follow IG Jue untuk dapatkan cerita lengkap novel ni.

IG : jue_s.86

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience