Menjadi janda bukanlah sesuatu yang pernah dibayangkan oleh semua wanita, termasuklah Lia Syazriana. Namun, dia terpaksa membuat pilihan itu walaupun hari dia diijab kabulkan belum lagi tiba. Cinta yang dibina dan kasih yang disemai bertahun, telah menjadi sebuah kisah hitam dalam hidupnya. Dua insan yang di sayangi dan dipercayai telah mengkhianati segalanya. Bermula dari saat itu, Lia Syazriana takut untuk mempercayai mana-mana lelaki lagi. Bukan dia membenci insan yang bernama lelaki tetapi cuma ingin menjaga hati, agar tidak diguris lagi. Namun, pertemuannya dengan Ayyash Affan perlahan-lahan membuat jiwanya seakan hidup kembali. Tetapi, rasa kasih dan cinta yang hadir di hati cuba dinafikan ditolak ke tepi hanya kerana dia terlalu takut untuk mempercayai lagi. Lia Syazriana - Saya pernah mencintai tetapi di khianati, sehinggakan tiada lagi rasa percaya saya untuk insan yang bernama lelaki. Dan kini saya sudah cukup bahagia tanpa cinta. Ayash Affan - Rasa cinta itu sudah lama menakluki hati awak, tetapi awak sendiri yang menidakkannya. Lia Syazriana, benarkan saya menjadi pemilik hati awak, dan percayalah saya akan menjaganya sehingga ke akhir waktu nanti.
Update 06 December 2024
2022-06-28
dah unpublished ke
2022-06-27 1 Replies
welcome back jue,rindunya...dah lama sgt jue hilangkan
2022-06-27 1 Replies
Donated 200 nCoins - for your effort jue