Completed
5972
Erin keluar dari tandas.Semasa dalam perjalanan pulang ke kelas,Erin terlanggar seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 20-an menyebabkan air lelaki itu tertumpah.
"Alamak..encikk sorry encik..saya tak sengaja terlanggar..biar saya ganti balik air ni.." kata Erin yang sudah gelabah.
"Ehh tak apa..tak apa..tak payah ganti." lelaki itu senyum kepada Erin.
"Wah boleh tahan macho dia ni.." getus Erin di dalam hati.
"Ah emm ..betul ni tak yah ganti..kalau tak saya pergi dulu?" tanya Erin semula.
"Iye betul." Lelaki itu mengangguk dan Erin berlalu pergi.
Erin kembali di dalam kelas dan duduk di tempatnya.
"Emm siapa lelaki tu ehh..cikgu baru ke?"soalnya di dalam hati.
" Hah! kenapa ni ..masuk-masuk kelas terus termenung?"tanya Intan tiba-tiba.
"Haha kau ni..tak ada apa-apalah.Ada je nak mengacau aku." Erin menjeling. Intan ketawa kecil.
"Weh,kau keluar tadi..tak jumpa ke cikgu disiplin baru tu? Intan melihat Erin.
"Ish tak adalah..muka dia pun aku tak tahu macam mana.."jawab Erin selamba.
"Emm iyelah." Intan menarik muka.Erin menggeleng sahaja.
Share this novel