Bab 5

Drama Completed 5972

"Weh Erin..jom pergi kedai makan depan tu,aku dahagalah nak beli air.." Intan mengajak Erin.
"Ha okay aku pun dahaga.Jom!" Erin menarik tangannya.

"Pakcik! Air teh ais dua bungkus." Intan memberitahu pakcik itu.Semasa mereka menunggu air yang dipesan,satu kereta muncul telah menyinggah kedai makan tersebut dan orangnya ialah Cikgu Hasif.
"Ya Allah..dia ni ada pula kat sini." Erin menepuk dahinya.
"Pakcik! Nasi ayam satu bungkus." kata Cikgu Hasif.
"Ehh cikgu pun ada kat sini..alang-alang cikgu belanjalah kami sekali." kata Intan sambil tersenyum kepada Cikgu Hasif.
"Hahaha boleh aje..betul tak Erin?" Cikgu Hasif tiba-tiba petik namanya.
"Ha? ha..boleh..boleh." Erin mencubit Intan.
"Aduh sakitlah.." tengking Intan.Cikgu Hasif tersenyum melihat mereka berdua,terutamanya Erin yang masih malu-malu terhadapnya.
"Okay terima kasih cikgu belanja kami." Intan melihat cikgu.
"Ha iya sama-sama." Intan dan Erin berlalu pergi. Cikgu Hasif masih melihat Erin.

"Yang aku ini..kenapa asyik usha dia saja? Urmm mungkin sebab karenah dia yang masih malu dengan tragedi itu.." kata cikgu Hasif di dalam hati yang berasa pelik dengan dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience