Completed
5972
Keesokan harinya.
"Weh weh weh korang!aku dengarkan cikgu disiplin baru tu..ajar kelas kita subjek sains." Sufiyyah memberitahu.
"Hah! serius lah weh? Kenapa cikgu Mazni tak ajar kita dah?" tanya Intan.
"Alah kau ni..dia cuti bersalin lah."tengking Sufiyyah kepada Intan.
"Aii awalnya dia cuti." Intan pelik.
"Haha kau ni..faham-faham lah..dah malas nak mengajar lah tu." kata Siti sambil ketawa.Erin tersenyum sahaja melihat gelagat mereka.Tiba-tiba cikgu disiplin baru itu memasuki kelas mereka.
"Bangun..selamat pagi cikgu."kata Amin yang merupakan ketua kelas mereka.Erin mengemas mejanya,kemudian dia melihat cikgu tersebut.
"Hah! dia..dia..ni bukan ke lelaki yang aku terlanggar semalam?.."getus Erin yang terkejut di dalam hati.
"Ok selamat pagi,semua boleh duduk.Hari ini kita tak mulakan pelajaran kita..esok baru kita mula.Jadi hari ini saya nak buat sesi perkenalan sahaja.Sebelum tu saya perkenalkan,nama saya Hasif bin Abu Bakar..boleh panggil saya cikgu Hasif."katanya sambil tersenyum.Kemudian dia memandang Erin.
"Haish..dia pandang aku pula.." katanya sambil menutup muka. Malu.
Cikgu Hasif tertawa kecil.
Share this novel