Daku terbang mencari mentari hati,
lalu aku dipanah oleh sang pemanah,
cederalah diriku,
adakah begini nasibku yang mendambakanmu ?
Jika kau bertanya apakah yang daku mahu,
jawapanku tetaplah satu,Hanya kau saja tiada yang lain selain darimu.
Selamatkan daku dari anak panah itu,
supaya aku terus kuat terbang kepada engkau,
Mencari inderaloka kita bersama.
Kau lah kekuatan asmaraku,
Izinkan aku masuk ke dalam tembok keteguhan hatimu
agar daku menjadi kuat dapat terbang semula dengan sayap-sayap yang engkau berikan,
Supaya tiada anak panah yang menembusi jasadku.
Janganlah sesiapa menggangu daku
biarkan daku bersama kamu yang aku kasihi,
sehingga daku dapat menyertai dirimu yang aksa lagi nyata.
Share this novel