Sang Kirana

Poetry Series 259

Jika nanti cinta dan rindu tak terdengar di telingamu lagi,
Percayalah doaku akan setia memeluk erat atmamu hingga hening malam yang menyendiri.

Senja tiba dengan rona bayangmu yang memenuhi semesta,
Sejauh mataku berkaca,wajahmu seperti lampu cahaya yang memenuhi segala,
Disetiap sudut aku,zahirku akan senantiasa menampakkan dirimu yang nyata.

Terusik rindu yang menelusup di setiap kedip mata,
Kau selalu didalam pelukku,dalam kesunyian malam,
Menyebut namamu,berulang kali kerna ghairah dan rindu yang tak tertanggung,
Dua hari menapak jejak bersama,
Telah memagut getarku tak bersisa.

Jika ini memang cinta,
Aku hanya tahu bagaimana cara mengungkapkannya dalam kekosongan apa adanya,
Dengan segenap raga,hati,dan jiwaku yang menghitung kepasrahan tanpa syarat.

Di malam yang diisi sunyi,ingin aku memelukmu dengan berjuta rasa rindu. Kudekap detak kita beradu,
Menatap wajahmu yang syahdu adalah kesukaanku.

Jangan ragu di kala aku bungkam,
Untuk mencintaimu,aku tak mahu berucap,
Tidak mahu bernada sedikit pun jika senyap dan sunyi itu mendekatkan aku pada dirimu,
Kerana kau adalah syair yang membuatku senantiasa gugup,khusyuk dan asyik terhadap dirimu.

Sememangnya kau lah sang kirana yang ku cari selama ini,
Bila terhapusnya ego barulah muncul dirimu yang nirmala,
Kau berikan daku hadiah yang tidak ternilainya dan tidak semua mampu miliki,
Tidak akan putus tali hidup yang sentiasa berpaut pada dirimu,
Lemah jika tiada aku tanpamu,
Tak beerti juga hidup ini tanpamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience