"Kahwin dengan anak aunty?"
Demi menyelamatkan rumah tangga orang lain, dia sanggup menggadai masa depannya sendiri. Mengahwini lelaki yang tidak asing baginya. Kisah lalu bersama lelaki itu kembali menghantui. Perasaan cinta dan sayangnya pada seorang Adam Mahfuz tidak pernah kurang mahupun berubah walau sedikit.
"Aku cuma nak Maya aku balik, Iman. Kau tak faham! Kenapa kau selalu hancurkan rancangan aku. Tolonglah, tolong jangan masuk campur urusan aku lagi"
— ADAM MAHFUZ
"Awak, apa perasaan awak bila rumah tangga awak hancur disebabkan orang ketiga? Dan, awak sebagai suami, awak sanggup tak biarkan isteri awak dirampas oleh orang lain?"
— IMAN DALIA
Ya, ikatan ini terlalu menyakitkan. Iman tidak mengharapkan bahagia kerana dia yakin perkara itu mustahil akan terjadi. Kebencian Adam kepadanya terlalu besar dan lelaki itu tidak pernah sudah melukai hati dan perasaanya. Jiwanya dihambat derita yang tak terkata.
Kemudian, Muncul seorang Eshan Luthfi ke dalam hidup seorang Adam Mahfuz. Huru hara hidup Adam dibuatnya. Eshan bukan seorang lelaki biasa, lelaki yang mencintai seorang perempuan. Tidak sama sekali. Padanya, perempuan adalah makhluk tuhan yang dicipta untuk menyusahkan hidup kaum lelaki.
"Dari hari pertama kita bertentangan mata, I think I'm falling for you"
— ESHAN LUTHFI
"Tuan Eshan... g-gay?!"
— ADAM MAHFUZ
Adam berusaha meraih cinta bekas tunang yang sudah bahagia bersama pilihan hatinya. Manakala Eshan, dia mencuba sedaya upaya merampas Adam dari Iman Dalia. Adam terdesak. Dia perlukan pertolongan Iman.
"Boss aku ni lain macam sikit, itu yang aku mintak kau tolong aku"
— ADAM MAHFUZ
"Tolong apa?"
— IMAN DALIA
"Berlakon. Tunjuk dekat dia yang kita ni pasangan suami isteri yang bahagia"
— ADAM MAHFUZ
Masalah demi masalah datang. Rumah tangga mereka yang memang dari awal lagi bergegar kian retak dan terus hancur. Tidak cukup Eshan menjadi orang ketiga dalam hubungan mereka, datang pula seorang gadis yang berjaya mencuri hati Adam.
"Awak sayang suami saya tak, Rana?"
— IMAN DALIA
"Lebih dari sayang..."
— RANA WASHNA
Misi Iman selesai. Adam berjaya beralih dari Maya. Eshan pula menghilang tanpa khabar berita dan bagaimana pula dengan Adam?
"Adam, awak ingat tak janji saya dekat awak sebelum ni? Kalau awak berjaya move on dari Maya dan jumpa perempuan yang awak nak sehidup semati dengan dia... saya akan undur diri. Ingat tak?"
— IMAN DALIA
"Ingat. Kenapa?"
— ADAM MAHFUZ
"Saya rasa, ini masa yang awak tunggu-tunggu dari hari pertama kita kahwin dan mungkin sampai sekarang. Adam suami yang saya cintai... lepaskan saya?"
— IMAN DALIA
Masing-masing dengan haluan masing-masing. Disaat dia belajar apa erti setia, menghargai dan menerima, dia berlari mencari dimana bidadarinya pergi menghilang. Dia perlukan Iman.
"Kau dekat mana Iman? Kenapa kau seksa hati aku macam ni..."
Iman, dimana wanita itu? Masih hidup atau sudah tiada? Sudah dimiliki atau masih mengharapkan Adam datang kepadanya?
Share this novel