SEBULAN kemudian,
"Maaf, saya lambat"
Lelaki yang berdiri membelakanginya terus saja memusingkan tubuh untuk menghadap pemilik suara. Ikatan tali leher dibetulkan. Manakala Iman, gadis itu sibuk mengibas perlahan baju blouse yang basah disiram air. Bukan main lebat hujan petang ini.
Mata berpandangan. Senyuman Iman terukir manis untuk lelaki yang tidak lama lagi menjadi suaminya. Enam tahun tidak bersua muka, akhirnya bertemu juga. Meskipun gadis itu bekerja ditempat ibunya bekerja, tidak pernah terdetik dihati Adam Mahfuz untuk bertemu dengan Iman.
Kisah silam enam tahun lepas masih segar diingatannya. Gadis itu berani menyerahkan tubuh dan satu-satunya mahkota kepadanya. Dia sebagai lelaki, dah kena offer, takkan nak tolak pulakkan. Janji nikmat.
"Kau lambat. Lima minit, empat puluh saat lambat!" Adam berpeluk tubuh. Matanya tidak lari dari menatap wajah itu.
Jadi perempuan inilah yang di piliu mamanya, Puan Yani. Perempuan yang dia pernah sakiti, dia sentuh dan gauli tanpa sebarang ikatan. Adam menggigit bibir bawahnya.
"Maaflah, s... saya lupa mana saya letak lipstick saya. Itu yan-"
"Aku tak expect kau berani tunjuk muka kau depan aku lagi" Adam tersenyum sinis. Sempat dia menjeling Iman sebelum dia masuk ke dalam. Pintu dibuka untuk dirinya sahaja, Iman ditinggalkan terkebil-kebil dibelakang.
Iman melepaskan keluhan berat. Betul ke dia yakin dengan keputusan ni? Kenapa baru sekarang hatinya seolah-olah berkeras mahu menolak dan membatalkan semuanya?
Kaki iman menghentak lantai. Habis saja sesi perjumpaan ni, dia nak balik terus dan tenangkan diri. Nafas ditarik dalam lalu dihembus. Tidak mahu membiarkan lelaki itu menunggunya lama di dalam, Iman terus saja mengatur langkah masuk ke dalam dengan hati yang hampir-hampir saja mahu meletup.
"ICE Milk tea dua, nasi goreng kampung dan nasi penyet. Ada apa-apa lagi?" tanya pelayan lelaki tersebut.
Iman dan Adam menggeleng serentak. Keadaan kembali janggal, kekok dan tegang. Tidak tahu apa yang harus mereka borakkan. Sepatutnya topik mereka hari ini mengenai persiapan majlis perkahwinan mereka tapi seorang pun seolah-olah tidak mahu memulakan bicara.
Sudah lama tidak bersua, beginilah jadinya. Bagi Iman pula, setelah apa yang jadi diantara dia dan Adam enam tahun lepas, menambahkan lagi rasa malu untuk memandang wajah kacak lelaki itu. Bodohnya kau Iman, sanggup serah badan demi sebuah cinta yang tak terbalas.
"Kenapa kau terima tawaran mama aku?" Adam bersuara. Matanya tajam merenung wajah polos Iman.
Sebab saya terpaksa. Sayangnya, ungkapan itu hanya mampu disuarakan di dalam hati. Lelaki itu tidak perlu tahu sebab kenapa dia menerima tawaran Puan Yani untuk berkahwin dengan Adam.
"Orang tanya, jawab le" keras saja nada suara Adam. Pantang apabila soalannya tidak di jawab sama sekali. Ingat dia cakap dengan dinding ke apa?
"Se-sebab saya... saya-"
"Saya apa bodoh?" soal Adam tak sabar. Dia tak suka menunggu.
"Sebab saya dah lama sukakan awak" Iman ketap bibir.
Dia tidak ada alasan lain. Imna kesuntukkan masa untuk berfikir dan mencari idea untuk menjawab soalan Adam. Iman cuba menenangkan dirinya. Detakkan jantungnya semakin tidak terkawal, tambah-tambah lagi apabila Adam sepertinya tidak lepas dari memandangnya.
"Bila kau nak benci aku?" soal Adam tiba-tiba.
"Kenapa awak tanya macam tu?"
"Bila. Bila kau nak benci aku Iman?" Adam mengulang soalan yang sama dengan nada yang serius.
"Perlu ke saya benci awak, Adam?" tanya Iman kembali.
"Yeah... you should"
"Aku dah rampas sesuatu yang mustahil untuk aku serahkan kembali pada kau. Gunakan kau untuk dapatkan perempuan lain. Hina kau, tolak cinta kau... sepatutnya kau benci aku, Iman" Adam menggengam kuat tangannya.
Iman, perempuan yang tergila-gilakan dia hinggakan sanggup menyerahkan tubuh padanya. Iman juga perempuan yang dia sakiti enam tahun dulu. Hati Adam mula terdetik, kenapa dia benci sangat pada Iman? Sedangkan gadis itu langsung tidak pernah menyakitinya malah, dia yang menyakitkan Iman.
Luar dan dalam.
"Saya... saya tak tahu" Jujur Iman tak tahu. Banyak sebab yang membolehkan Iman membenci Adam tapi kenapa rasa itu tidak pernah muncul-muncul.
Semakin dia membenci, semakin kuat cinta mencengkam. Semakin Iman mahu mengelak, semakin dekat Adam dengannya. Kenapa?
"Tolong, aku merayu. Tolong bencikan aku dan lupakan pasal perkahwinan ni. Aku tak boleh kahwin dengan kau. Aku tak cintakan kau dan aku tak nakkan kau" ujar Adam separuh merayu.
Iman mendengar tanpa membalas. Renungan mata Adam ditatap lama. Hatinya dilanda sebak. Dia agak terkesan dengan kata-kata Adam. Sebesar itu kah Adam membencinya?
"Tolong aku, aku cintakan orang lain dan aku perlukan dia. Aku tak nak kau terseksa nanti bila kita dah sah terikat. Lebih cepat kau tarik diri, lebih-"
Iman mencelah.
"Saya nekad dan saya yakin dengan keputusan saya untuk berkahwin dengan awak. Awak nak atau awak tak nak, saya tak kisah. Perkahwinan ni tetap akan berlaku" ucap Iman dengan penuh keyakinan. Perkahwinan ni cuma sementara Iman, jangan pernah mengharapkan lebih. Takut nanti kau juga yang akan terluka.
Adam hentak meja. Orang disekeliling terus saja memandang mereka dengan riak wajah terkejut. Pelayan yang baru saja sampai untuk menghantar makanan dan minuman yang dipesan tadi turut terkejut sama. Dia pandang Adam dan Iman silih berganti sebelum beredar pergi.
"Kau tak faham bahasa ke Iman?" soal Adam mendatar. Tangannya mengepal penumbuk.
"Aku tak nak kahwin dengan kau! Yang kau beria-ria sangat ni dah kenapa bodoh?!" Adam hentak meja sekali lagi.
Tangan Iman sudah menggigil ketakutan. Dia malu diherdik dihadapan orang ramai seperti ini. Jika dia cuba menenangkan Adam, dia pasti amarah lelaki itu bakal meletup lagi dan menghangatkan suasana di restoren ini. Ini pun sudah kecoh.
"Asal diam? Jawablah!" bentak Adam.
Iman tetap diam membisu. Air mata memenuhi tubir matanya. Bibir diketap rapat menahan diri dari melepaskan tangisannya.
"Dah desperate sangat ke kau ni Iman? Memang dah takde lelaki lain ke yang kau nak bawa kawin dalam dunia ni selain aku. Oh lupa, siapa je nak bekas orang kan. Jijik. Aku rasalah, sepanjang enam tahun ni, mesti dah banyak jantan ratah badan kau kan"
Adam menepuk tangannya bangga.
"Mama aku tahu ke yang perempuan yang dia pilihkan untuk anak dia ni perempuan murah. Perempuan sundal tak tahu malu!"
SPLASH!
Adam tergamam.
Tidak tahan maruahnya dihina dan dipijak-pijak sebegitu sekali, Iman dengan beraninya menyimbah air yang dipesan tadi pada muka Adam Mahfuz. Matanya tajam menentang mata lelaki itu. Air mata yang mengalir dibiarkan terus membasahi pipi.
"Saya tak sehina seperti yang awak cakapkan, Encik Adam Mahfuz. Sebelum awak judge saya, apa kata encik cermin diri encik juga"
"Saya sedar khilaf saya di masa lalu saya dan saya menyesal sebab terlalu bodoh serah tubuh dekat syaitan bertopengkan manusia macam encik..."
"Kalau saya perempuan murah. How about you? Encik pun tak jauh beza..." Iman tersenyum sinis. Bag tangannya di capai dan dia terus berlalu pergi.
"Argh! Bodoh!" Adam mengancing gigi dan cuba mengawal dirinya. Wajah yang basah diraup kasar. Turun naik dadanya menahan amarah yang menggunung.
Iman... Iman... jangan harap kau hidup senang lepasni.
TBC
Share this novel