"KAHWIN dengan anak aunty?"
Gadis itu tersentak. Wajahnya diangkat untuk memandang wajah pemilik suara tersebut. Dia tergelak kecil, bukan dia tak tahu perangai "suka bergurau" wanita itu, merangkap teman sekerjanya.
Empat buah buku dibawa bersama dan melangkah menjauhi diri dari boss besar, Puan Yani. Iman berkerja sebagai pembantu perpustakaan di perpustakaan milik wanita itu.
Suka sangat mengarut. Selalu sangat bagi dia harapan palsu. Enam tahun memendam rasa cinta pada anak wanita itu sangat menyeksa hati perempuannya.
Dia kenal sangat kenal dengan anak Puan Yani. Dari zaman sekolah menengah lagi Iman sudah terjatuh hati pada anak boss besarnya itu. Adam Mahfuz dia diberi nama. Wajahnya kacak, bersih tanpa sebarang cacat cela, matanya yang menawan mengikuti mata hazel arwah ayahnya, Encik Ismail. Tapi sayang, orangnya tidaklah sebaik rupanya.
Bila terkenang kisah lama bersama dengan Adam Mahfuz, senyuman Iman terus lenyap. Dadanya seakan dicarik-carikkan kemudian dilenyek-lenyekkan.
That shits hurts.
Tiga kali meluahkan perasaan cinta pada lelaki itu, tiga kali juga dia ditolak. Bukan sahaja cintanya ditolak, malah Adam juga melontarkan kata-kata hinaan dan makian kepadanya.
"Iman, please" puan Yani mengekori Iman dari belakang tanpa henti. Dia betul-betul terdesak.
"Aunty, kalau aunty nak bergurau. Gurau pasal benda lain okay?" Iman sensitive bila sentuh issue kahwin ni. Lagi-lagi dengan Adam.
Dia sudah penat mengejar perhatian dan cinta Adam Mahfuz. Penat dia tak boleh bawa bincang. Dia sudah pernah mencuba. Siap terhegeh-hegeh dekat Adam. Disebabkan cinta, dia sanggup memalukan dan menjatuhkan maruahnya sendiri dihadapan Adam.
"Kalau kau nak, aku boleh serah badan aku. Aku tak kisah, janji kau balas cinta aku" ? Iman, 6 tahun yang lalu.
Bodoh bukan?
"Aunty tak bergurau. Aunty betul-betul nak lamar Iman jadi menantu Aunty. Iman pun dah lama suka dekat Adam kan" ujar wanita itu. Nadanya dikawal lembut agar tidak ketara betapa terdesaknya dia untuk mengahwinkan anak terunanya yang satu itu, Adam Mahfuz.
Dia sebagai ibu sudah penat menegur perangai Adam yang semakin hari semakin menjadi. Adam tidaklah senakal mana, lagipun lelaki itu sudah berusia 27 tahun. Adam sudah besar, cuma pemikiran membuat keputusan itu kurang matang.
Dia tidak sanggup melihat anaknya berusaha merosakkan rumahtangga orang lain. Bekas tunang yang dicintai sepenuh hati sudah menjadi hak orang lain dan bukan lagi dia. Bahkan yang memutuskan tali pertunangan antara Adam dan wanita itu adalah Adam sendiri dan kini, dia cuba meraih semula cinta wanita yang sudah menjadi isteri orang.
Sudah puas Puan Yani menasihati, menegur dan memujuk Adam, tapi jawapannya sama juga, dia tetap gagal. Puan Yani dilayan seperti orang asing. Anaknya yang dulu seorang yang penyayang kini sudah berubah.
"Tapi kenapa tiba-tiba aunty?"soal Iman. Tangannya lincah menyusuh buku-buku itu mengikut susun kod.
' sebab aunty terdesak Iman.. ' rintih hati Puan Yani.
"Adam perlukan seseorang Iman" ujar Puan Yani beserta senyuman nipis.
"Aunty, kalau dia perlukan seseorang pun. Biarlah dia pilih sesiapa dia nak, yang dia cinta. Kalau saya terima pun, saya yakin dia takkan suka saya" jawapan itu meluncur keluar dari mulut Iman. Dunia dah modern aunty Yani oi! Tak ada lagi istilah paksa anak kahwin dengan pilihan keluarga.
Hidup ni bukan novel.
"Please Iman..." rayu wanita itu.
Timbul perasaan hairan dihati gadis itu. Ada apa yang Puan Yani cuba sorokkan darinya? Pelik. Siap suruh kahwin dengan lelaki yang membencinya separuh mati. Iman yakin seratus peratus dia takkan bahagia berkahwin dengan Adam. Mana tak nya, Adam pandang dia pun macam pandang najis tepi jalanan. Malah, pandang pun tak mahu!
"Aunty, cuba bagitau saya dengan jujur eh. Kenapa aunty nak sangat saya kahwin dengan Adam ni? Aunty kan dah tahu yang Adam bencikan saya" soal Iman. Dia berpeluk tubuh.
"Aunty... aunty?" ayat Puan Yani tergantung.
Iman menjungkitkan keningnya. Dia peluk tubuh.
"Aunty nak Iman tolong Adam" Puan Yani menarik dalam nafasnya. Hembus.
"Nak tolong apa pulak ni?"
"Tolong Adam... beralih dari bekas tunang dia dan tolong Aunty untuk hentikan semua plan dia untuk hancurkan rumahtangga bekas tunang dia"
Kali ini, Iman tidak membalas. Hanya memandang kosong wajah Puan Yani. Berat sangat permohonon Puan Yani ni tapi kenapa hati dia gatal sangat nak tolong? Adam, adakah disebabkan lelaki itu? Adakah disebabkan rasa cinta pada lelaki itu dia mahu membantu Puan Yani?
"Tolong aunty Iman..." tangan Iman digenggam.
Tiada respon yang diberikan oleh Iman. Hatinya berbelah bahagi. Otaknya mula bercelaru. Hati kata mahu tapi bibir kata tidak.
"Kalau saya terima... dan gagal tolong Adam dengan aunty. Macam mana?" Soal Iman lembut.
"Yang tu, Iman boleh buat keputusan Iman sendiri. Aunty takkan halang Iman"
Akankah semuanya diakhiri dengan sebuah penceraian? Hati Iman sudah tertanya-tanya mengenai pengakhiran cerita yang belum pasti. Bukankah Iman bencikan akan perpisahan? Dan bukankah sebuah perpisahan itu menyakitkan?
"Iman?" Seru Puan Yani. Gadis itu mengelamun.
"Y-ye?"
"Iman setuju?"
Hembusan nafas dilepaskan.
"I... Iman tak tahu"
Menggadai masa depan sendiri demi sebuah perkahwinan. Cinta yang tidak berbalas, benci yang merajai, mampukah dia bertahan. Melihat orang lain terseksa, Iman tidak sanggup. Dia harus bantu kedua pihak ini, Adam Mahfuz dan rumah tangga bekas tunang Adam.
"Iman seorang saja harapan aunty"
Dia harus ubah Adam dan selamatkan rumahtangga bekas tunang Adam. Iman merenung dalam wajah puan Yani. Kepala dianggukkan perlahan dan senyuman hambar diukir.
' semuanya cuma untuk sementara Iman '
TBC
Share this novel