BAB 10

Mystery & Detective Completed 9638

Laila senyum. Biarlah ianya menjadi rahsia antara dirinya dengan Ali Fattah. Sepertimana ianya menjadi rahsia bagi kes lima tahun yang lepas. Dia tidak layak menghukum. Fatma melakukannya kerana tugas. Kuasa menghukum bukan di tangan dia mahupun di tangan Ali Fattah. Biarlah menjadi rahsia Allah S.W.T. Dia lebih tahu.

Aku tak kenal cinta apatah lagi reti bercinta. Tapi setelah mengenal dirinya, aku sedar tak selamanya hati aku boleh membenci dirinya. Tak selamanya hati aku tak tergugat dengan kehadirannya. Dia yang membawa aku sengsara tapi dia juga mendatangkan rasa aneh yang luar biasa untukku. So, apa kata kita pergi menjelajah dunia ni dengan gelaran pengantin baru, Cik Fatma Hanim?-Ali Fattah.

“Oh Allah. Ali Fattah ni sengal jugak ya?” Fatma senyum sebelum jarinya disarungkan cincin lamaran lelaki itu. Kad yang menjadi coretan lelaki itu disimpan. Laila tersenyum bahagia. Berbahagialah, kawan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience