BAB 6

Mystery & Detective Completed 9638

“Datuk, you tak buat salah kan? Kenapa you harus takut? Dan I nak balas dendam buat apa? Bukan you yang ambil duit berjuta-juta tu kan?” Fatma masih menjalankan ‘permainan’ yang hampir terlaksana itu. Sedikit masa lagi pasti Datuk Marzuki tersungkur jua! Bodohnya dia kerana berkeras membela lelaki pesalah itu sehinggakan menyebabkan pihak lawan yang nyata tidak bersalah menderita di dalam penjara. Bodohnya dia kerana mempercayai saksi dan bukti palsu yang dikemukakan Datuk Marzuki. Kebenaran telah terungkai. Dia sudah tahu siapa yang bersalah. Dokumen lama yang masih tersimpan di biliknya telah membongkarkan segala-galanya.

“Tak! Aku tak takut! Ali Fattah tak mampu takutkan aku! Dia tak ada bukti untuk dakwa aku. Tak ada!” Datuk Marzuki menggelengkan kepalanya berulang kali bagi menidakkan kenyataan bahawa dirinya yang bersalah.

Dan pada saat itu juga Ali Fattah menghampiri Datuk Marzuki. Sejak dari tadi lagi gelagat lelaki tua itu menjadi perhatian dan pengawasannya. Dia berpura-pura sebagai seorang pelanggan di salah sebuah meja yang tidak jauh dari Datuk Marzuki. Tambahan pula, Datuk Marzuki tidak mengenali wajahnya. Kerjanya menjadi semakin mudah apabila Datuk Marzuki meledakkan rasa takutnya. Cukup untuk membuktikan lelaki itu yang bersalah untuk kes lima tahun yang lepas.

“Aku dah ada bukti, Datuk Marzuki. Cukup untuk aku sumbat kau dalam lokap. Aku nak kau mati dengan terseksa sepertimana kau biarkan arwah papa aku menderita!” Keras bicara penuh benci dari mulut Ali Fattah. Dia menyebak rambutnya yang dibiarkan terurai di bahagian dahi sebelah kanan bagi memperkenalkan wajah pewaris Asran Holding.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience