BAB 4

Mystery & Detective Completed 9638

“Tak ada kaitan? Tapi kau yang menang kes tu. Kau yang sumbat papa aku masuk penjara! Lima tahun aku tunggu saat ni! Lima tahun mama aku menderita sakit dan meninggal macam tu je! Semuanya sebab kau! Kalau kau tak menangkan anak guam kau yang nyata bersalah tu, papa aku takkan meringkuk dalam penjara dan mati macam tu!” Suara Ali Fattah hampir seakan menjerit. Nasib baik mereka berada di kawasan yang terlindung daripada orang ramai.

Fatma telan liur yang dirasakan kelat. “Jadi kau nak aku buat apa, Ali Fattah? Kes tu dah lama dah. Dan aku hanya jalankan tugas aku sebagai lawyer.”

“Kau makan duit haram, Fatma Hanim. Orang yang bersalah terlepas, sedangkan orang yang tak bersalah dah tak ada. Kau tak rasa bersalah ke?”
“Apa yang boleh aku buat lagi?”

“Senang je. Hapuskan Datuk Marzuki untuk aku.”

“Hah? Aku dah tak ada kaitan dengan Datuk Marzuki. Lima tahun dah kes tu berlalu. Kau nak aku hapuskan dia untuk kau?” Nada suara Fatma benar-benar terkejut dengan permintaan lelaki itu. Bagaimana dia mampu menghapuskan orang sudah tidak punya kaitan dengan dirinya? Sudah lima tahun kes itu selesai. Datuk Marzuki juga telah hilang entah ke mana. Ali Fattah mahu dia menjatuhkan seseorang yang sudah hilang jejak khabar?

Ali Fattah menganggukkan kepala. Memang itu niat sebenarnya. Berpura-pura melanggar Fatma kemudian meminta perempuan itu melakukan sesuatu untuknya. Sebaik semuanya terlaksana seperti perancangan awalnya, Fatma akan ditawarkan dua perkara.
“Nonsense.”

“Apa yang mengarutnya, Fatma?”

Fatma mengangkat wajah. Memandang Laila dengan penuh serba-salah. Sekali lagi dia terlibat dalam perkara yang tidak baik. Dulu Datuk Marzuki. Kemudian, Amar. Dan kini dia melakukannya untuk seorang lelaki bernama Ali Fattah. Waris perniagaan arwah Datuk Asran!

“Ila, kalau aku tolong seseorang buat benda tak baik untuk kebaikan semua, adakah aku dikira bersubahat?” Fatma meminta pandangan daripada Laila. Laila lebih arif dalam perkara yang berkaitan undang-undang berbanding dirinya.

“Kau cakap apa ni, Fatma? Jangan kau cakap kau nak tolong seseorang balas dendam?” Wajah Laila berubah.

“Aku just tanya. Minta pendapat kau. Sebagai pakar dalam law, kau rasa kalau aku terlibat dengan benda macam tu untuk protect diri aku, aku boleh didakwa ke?”

“Kau seorang lawyer. Takkan tu pun kau tak tahu? Takkan kau nak langgar undang-undang pula? Apa yang kau nak buat sebenarnya ni?”

Fatma menggeleng. Biarlah ianya menjadi rahsia. Laila tidak boleh tahu. Ali Fattah mungkin tidak menyukai orang lain turut masuk campur apatah lagi seorang peguam cemerlang seperti Laila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience