Prolog

Romantic Comedy Completed 35755

Bff.
Best Friend Forever.
Kawan baik selamanya.

Penyataan yang senang otak nak hadam. Kata nak jadi kawan baik, tapi kenapa ibu dia datang rumah aku? Hatiku mula rasa tidak sedap. Setelah sekian lama aku dengan dia berpisah, kemudian didatangi pula ibu Ariq dekat rumah aku. Aku tak faham!

“Puan Umaira apa khabar? Sihat?” aku cuba bersikap ramah.

“Alhamdulillah sihat..” jawabnya lembut.

Aku memandang wajah Ariq yang berada di sebelah Puan Umaira. Serius betul.

“Sebenarnya, auntie datang sini sebab nak tanya dekat Reena. Dalam hati Reena dah ada sesiapa ke?” dengan penuh berhati-hati Puan Umaira menutur kata.

Mataku membulat. Hah? Sekilas dia memandang wajah mama dan papa. Mereka berdua hanya tersenyum.

“Tak..ada.” gugup sekali jawapan yang diberikan. Wajah Ariq aku pandang sekilas. Tenang sahaja wajahnya. Dia ni memang dah redha ke nak cari jodoh? Tapi kenapa dengan aku?? Sedangkan kami dah berjanji nak jadi BFF ! Best Friend Forever!

“So, can I be your partner life?” akhirnya Ariq bersuara. Wajahnya masih sama. Tenang tanpa senyuman di bibir.

Jantungku tiba-tiba sahaja berdegup pantas. Ariq Fa’izin membuat penyataan gempak habis baik. Kalau aku masih di zaman sekolah mahu aje aku gelak sambil guling-guling. Tapi, sekarang di hadapan Puan Umaira, mama dan papa. Kau jangan nak cari pasal Hareena!!
Aku menelan air liur yang tiba-tiba sahaja rasa berpasir semacam. Wajah mama dan papa aku pandang sekali lagi.

“Err..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience