BAB 1

Romantic Comedy Completed 35755

“Ariq!! Kenapa kau nak pindah?? Kenapa?!” aku menghentak mejanya dengan buku teks Biologi.

Ariq yang sedang membuat latihan Matematik Tambahan terus terkejut. Dia meletakkan pen dan berhenti menulis.

“Cik kak, behave sikit boleh tak?” marahnya.

“Whatever.” Aku buat muka. “Now, please give me the answer. Kau cakap, kau nak belajar sama-sama dengan aku sampai kita habis SPM.

Sosekarang kau nak pindah? Oh ya.. Mentang-mentanglah dapat sekolah berasrama penuh. Sekolah Alam Shah pulak tu. So, senang-senang sahaja kau nak mungkir janji kau tu ya?” panjang pula aku membebel.

Auni, rakan baikku sudah tergelak-gelak melihat keadaan aku.

“Aku nak pindah, aku punya sukalah. Lagi pun, sejak bila aku buat perjanjian entah apa-apa tu? Sorry, aku tak ingat. Rasanya tak pernah.” Dia menjeling tajam.

Perghh.. Menyirap darah guwa.

“Okay. Aku 6A je PMR, kau straight A’s. Siapalah aku ni kan. Nanti kau tak ada, tak ada siapa dah nak ajar aku English. Okay.. Okay..” aku sengaja pancing ayat sedih. Ariq memandang wajahku serius.

“Reena, apa kau cakap ni? Boleh tak kalau hidup tu jangan bergantung pada siapa-siapa? Nanti mati, masuk kubur sorang-sorang jugak. So, please..” ujarnya. Zapp! Tertusuk tepat ke dalam hatiku. Sedih? Sikit aa..

“Whatever.” Balasku sepatah lantas aku kembali di tempat duduk dengan muka yang masam mencuka.

Geram betul dengan mulut Ariq ni! Cakap tak pernah nak baik-baik. Asyik pedasssss sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience