“So, kau pergi Mesir next year?” tanya Ariq sebaik sahaja mama,papa dan Puan Umaira berlalu dari ruang tamu. Kata mereka hendak bagi peluang aku berbicara dengan Ariq. Maklum sahajalah dah bertahun tak jumpa. 3 tahun gitu kut.
Aku mengangguk perlahan. Alamak. Kekok pulak. Perlahan dia ketawa. Aku mengerut dahi.
“Kenapa kau ketawa? Aku nampak lawak sangat ke?” penuh selamba aku menyoal. Well, aku memang macam tu dari dulu lagi.
“Kau tak payahlah buat lagak ayu macam tu. Serius aku rasa macam bukan kau. Aku tak pernah membayangkan kau pakai tudung labuh macam ni. Tanpa cermin mata besar kau dekat sekolah dulu. Kau nampak lain sangat sekarang..” Ujarnya yang masih bersisa dengan tawa.
Siut!!
“Diam ah.” Aku memberi jelingan maut.
“Kau tak menyesal nak terima aku?” tanya Ariq yang sudah bertukar nada. Serius.
“Habis kau ajak aku jadi ‘partner life’ tu? Tak menyesal?” aku memulangkan dulang serpih.
Ariq menggigit bibir.
“Adess. Aku pulak yang terkena.” Dia tersengih malu.
Aku pecah gelak. Tahu pun malu.
“Ibu aku yang rancang semua ni. Aku ingatkan dia nak pergi pinang perempuan mana. Aku main ikut sahaja. Then, bila aku tengok that girl yang ibu aku duk puji-puji dalam kereta itu kau. So, why not?” dia mengangkat kening.
Puji aku?? Puji? Puji?? Wahaha! Memang pelik sangat ni!
“Bukan ke kita memang dah janji nak jadi BFF? Best friend forever? Kau lupa?” soalku.
“BFF tak boleh tukar kepada PLF ke?” dia menyoal kembali.
“PLF?” keningku bertaut.
“Parter Life Forever?” dia tersenyum nakal.
Share this novel