Series
5267
Jangan Lupa Vote yah - <3 ×××××× Entah bagaimana atau sebab apa, wanita tua itu semakin sering mengunjungi tempat dia bekerja. Tapi Aria langsung tidak kisah. Sekurang-kurangnya bertambahlah regular customer di KFC. "Bye Aria, jumpa esok!" rakan sekerjanya, Wanie melambai. Tepat saja pukul 7 malam, shift kerja Aria sudah berakhir. Aria sekadar senyum dan melambai. Dia membuka skrin telefonnya sambil berjalan ke arah pintu. Mesej daripada Mia terpapar jelas. Result SPM lagi 3 hari! -Mia Aria mengangguk sendiri. Debarannya semakin hari semakin bertambah. Ditambah pula dengan kejadian yang terjadi pada tahun itu. Trauma yang dia alami tidak sepenuhnya sembuh. Dia sudah mula hilang kepercayaan pada lelaki lain. Terlebih lagi rakan sekelas sendiri. Kecuali Jay. Kerana lelaki itu yang mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan dia. Mujurlah semasa menduduki SPM, dia tidak ditempatkan bersebelahan atau berdekatan dengan lelaki. Dia takut. Dia tidak bercakap dengan lelaki kelasnya sendiri. Seteruk itu trauma yang dialami Aria. Jikalau keputusan SPM dia tidak cemerlang pun tak mengapa, itu pesan ibu bapanya. Memandangkan dia tidak sepenuhnya dalam keadaan mental yang stabil. Tapi itulah, memikirkan tarikh keputusan yang semakin hampir, dia sendiri juga nervous. Mungkin ibu bapanya tidak kisah, tapi dia kisah. Mungkin ibu bapanya tidak menekan dia, tapi dialah yang menekan dirinya sendiri soal pelajaran. Stress bukan? Hidup seorang pelajar. ***** Aria menggigit jarinya sendiri dek debaran yang dinantikan. Matanya masih terfokus pada skrin laptop dan jarum jam. Pukul 10 nanti, keputusan SPM keluar. Mujur saja harini, dia tinggal sebentar di rumah ibu bapanya. Mia pun pulang. Dia tak mahu bersendirian di rumah. Sunyi dan menakutkan. Risau perkara yang sama terulang. Jarinya masih di hujung bibir. Sedikit saja lagi. 9.58 pagi. Dia menunggu dengan sabar. Tik tak tik tak. Tepat saja pukul 10, dengan pantas Aria klik pada portal keputusan SPM. IC dan nombor giliran dimasukkan. Jantungnya tak berhenti berdegup kuat. Dup Dap Dup Dap. Bahasa Melayu ( A ) Bahasa Inggeris ( A ) Matematik ( -A ) Sejarah ( -A ) Sains ( A+ ) Prinsip Perakaunan ( B+ ) Otaknya sedang memproses maklumat yang baru saja dibaca. 1, 2, 3 Aria langsung menjerit dengan kuat. Apa lagi, jeritannya menarik perhatian ibu dan ayahnya yang risau. "Aria? Kenapa ni? Ada apa-apa jadi ke?" "Mamaa.. Papa.. ni" Aria menunjukkan skrin laptop kepada mereka. Ibunya langsung menekup mulut. "Ya Allah, rezeki.. tahniah Aria.. anak mama memang terbaik" Terus didakap anaknya itu. Ayahnya turut tersenyum melihat kemesraan dua beranak itu. Bangganya mereka kerana Aria masih mampu mencapai keputusan sebegini walaupun traumanya hampir saja menjatuhkan dia. Aria menangis teresak-esak. Tangisan gembira. Tuhan tahu apa yang adil untuknya. Petang itu, ada tetamu yang datang tanpa dijangka. Aria menjenguk keluar. "Tahniah" Aria terkedu. Jay! lelaki itu tersenyum sambil melambai kecil. Jay kemudiannya mengangkat beg kertas yang ada di tangan kirinya. "A present for you" dia menggoyangkannya. Aria berjalan mendekatinya. "Seriously, macam mana awak tahu? saya plan nak bagitahu tapi malam nanti" dia mengambil beg kertas itu. "If I want to know something, I have my own ways" Membulat mata Aria melihat nama yang terpapar di beg kertas itu. Swarovski! mak aih, berapa dah satu utas gelang ni. "Mahalnya! 5A je pun" ujar Aria. Namun, tangannya masih membelek-belek gelang tadi. Maklumlah, siapa yang nak tolak hadiah begini. Tersenyum-senyum dia. "Tapi seriuslah, mana tahu saya dapat result hari ni?" tanya Aria dengan keningnya terangkat. "Adalah.. saya-" "Eleh, mama yang bagitahu sebab Jay tu tanya" sampuk ibunya. Untuk pengetahuan semua, Ibu dan Ayahnya sudah tahu berkenaan dia dan Jay. Mereka tidak kisah. Lebih-lebih lagi, kerana Jay lah, Aria berjaya diselamatkan. "Ceh.. ingatkan buat siasatan latar belakang" "What if I did?" ujar Jay, serius. "Hah?" balas Aria, tidak mengerti. Kemudian, Jay kembali senyum. "Tak adalah, saja je" "Ish, jangan takutkan orang" Jay sekadar senyum dan mengangguk. "Dah plan nak masuk mana ke?" tanya lelaki itu, menukar topik. Aria menggeleng. "Confuse nak masuk mana" "Tak apalah, benda tu boleh apply nanti. By the way, berapa harga satu gelang ni? Rm300?" tanya Aria. Jay tiba-tiba mengalihkan pandangannya. "Saya rasa ayah awak panggil, saya nak pergi tolong bakal bapa mertua saya jap" Baru saja Jay hendak melangkah ke luar, lengan bajunya ditarik Aria. "Uh-uh, jawab" "Apa kata awak pakai je, jangan tanya harga. Ada ke orang tanya harga hadiah?" balas Jay. Dia mengambil gelang daripada kotak. "Your hand" Jay memintanya untuk menghulurkan tangan. Aria yang masih loading dengan balasan Jay tidak berganjak. Apa? Orang tanya benda lain, dibalas benda lain. Lepas tu, minta tangan. "Honey, I need your hand" Laju Aria menghulurkan pergelangan tangannya. Dia mengalihkan pandangannya. Dia tidak akan pernah terbiasa dengan panggilan manis secara tiba-tiba daripada Jay. "Blushing? So cute" usik Jay. Dia tersengih sambil memakaikan gelang tadi. "Hah, cantik" Aria mengangguk. "Gelang mahal memanglah cantik" "Siapa kata yang saya kata cantik tu gelang?" Cukup Jay, cukup. "Eh dia ni" balas Aria, cuba untuk menahan diri daripada tersenyum. Bagaimana ya cara untuk tahan malu dengan lelaki yang tak malu usik hari-hari? ****** Sebulan, dua bulan, sudah berlalu. Kalau sebelum ni musim keputusan SPM. Kali ini, musim masuk ke universiti atau kolej. Aria pun tidak terkecuali, antara orang yang sedang sibuk dengan persiapan untuk masuk ke kolej. Kenapa kolej? bukan universiti. Kerana kolej yang dia akan masuk adalah Kolej Professional MARA. Kalau ikutkan keputusan UPU, memang Aria dapat tawaran untuk masuk ke UiTM. Tak hanya itu, dia juga mendapat tawaran untuk masuk ke Kolej Matrikulasi. Cuma, difikirkan semula, pelajar yang diterima KPM (Kolej Professional MARA) untuk menyambung pelajaran disitu, sangat sikit. Mungkin sekitar 250 sehingga 350 orang saja dalam satu semester. Kalau dikira ikut course, mungkin antara 40-80 saja. Kata ibunya, lebih baik pilih KPM kerana traumanya masih belum sembuh untuk bertemu dengan ramai orang. Walaupun hatinya sebenarnya mahukan UiTM kerana UiTM dikatakan antara universiti terbaik di Malaysia. Tapi memikirkan keadaannya yang sekarang, ada betulnya kata-kata si ibu. Aria juga sudah berhenti daripada pekerjaan paruh waktunya di KFC. Masa sekarang, adalah masa untuk fokus mengemas barang. Semangat! ****** "Hahahahaha! macam tu rupanya!" wanita itu ketawa setelah mengetahui keseluruhan cerita. Dia menepuk-nepuk meja dihadapannya. "Dah gila agaknya lelaki tu. Tunggulah sampai dia tahu kebenaran sebenar. Kita tengok, sampai mana dia boleh tunjukkan gigi dia tu"
Share this novel