Rate

1

Romance Series 4975

"Jangan ingat kau boleh lepas"

Huh? Aria melihat sekelilingnya. Gelap. Tiada sebarang jirim pun berdekatan dengannya. Seolah-olah dia sedang berdiri di tengah tengah alam tanpa sebarang lampu, cahaya.

Tiba-tiba saja ada suara menderu menyerang seperti angin kuat. Matanya dilirikkan ke kanan dan kiri. Ingin mencari tahu keberadaan sebenar pemilik suara. Sama ada ia sekadar khayalan fantasi ataupun realiti.

Aria ingin bergerak. Dia tahu dia tidak boleh berdiam diri sahaja. Apa yang anehnya, dia terasa seperti Dejavu. Seakan-akan dia pernah berada di dalam situasi ini. Persoalannya, bila dan dimana.

Aria cuba menggerakkan salah satu anggota badannya. Kaku. Keras. Tiada satu daya pun yang sampai pada kakinya. Kakinya menolak kehendak dia.

Swoshhh

Sekali lagi. Dia diserang angin. Namun lebih kuat. Tiada rasa sejuk ataupun panas. Sekadar diterpa angin.

"Aria. Jangan lupakan aku"

Debaran dadanya semakin terasa. Sakit. Dia panik. Angin kuat terus menerus menerpa dirinya. Yang dia tahu cumalah angin itu menyerang daripada atas.

Aria mendongak. Nasibnya baik, kepalanya tidak menolak kehendak seperti kaki.

Gulp!

Peluhnya kian menitis. Aria memandang kaku, tidak bergerak seinci pun. Apa yang dia takutkan tika ini adalah mengetahui dia tidak bersedirian. Ada sesuatu.

"..Aria.."

No. Bukan dia. Tolong jangan dia. Sekali lagi, Tolong jangan dia.

Pap!

"Haaaahhh!" mata Aria terbuka luas. Dia memegang dadanya yang laju berdebar. Mujur yang ada dihadapan matanya sekarang cuma kipas siling di biliknya. Badannya berpeluh-peluh. Mulutnya tercungap-cungap ingin mencuri udara.

Aria mengurut dadanya perlahan. "Astaghfirullah". Apalah yang dia mimpi tadi, moga sekadar mimpi saja. Dia tak mahu perkara ini terus menghantui sedangkan dia sudah sepenuhnya selamat. Tapi mengapa, sejak dua menjak ini, dia makin tidak sedap hati.

"Mungkin perasaan aku je" ayatnya diulang setiap kali dia mengalami mimpi yang sama.

Tangannya terus mencapai telefon pintar di sebelah katil. Jam 2.40 pagi. Lockscreen telefon dibuka. Aria senyum kecil.

Rupanya ada mesej yang sampai tengah tengah malam macam ni. Langsung dia membalas. Tha

Sleep? -Jay

Sepatutnya, yeah. But I'm fully awake now -Aria

Ah.. rindu? -Jay

Wow. Laju reply, bisik hati Aria.

Should I? -Aria

You must -Jay

Hahaha! okay okay awak menang -Aria

Aria, I found your favourite Ice-cream. Look, It's choco-mint. - Jay

"Pfft.. that's cute" terubat sedikit hatinya yang tadi berdebar ketakutan. Perlahan-lahan, Aria terlupa akan mimpinya.

Jarinya ralit menaip sehingga tidak sedar jarum jam sudah hampir mengenai angka 3. Adat orang bercinta.

******

Puan Aliya menjeling ke arah Encik Afiq. Memberi signal untuk memulakan topik. Bergerak-gerak keningnya. Encik Afiq lantas mengangguk sebagai balasan terhadal isterinya.

"Mama dengan Papa dah kenapa? sini bukan tempat dating. Nak dating, kat kebun" seloroh Aria.

"Tak ada maknanya. Lainlah kalau Aria rasa nak dapat adik baru"

"Papa, please. Not here. Not now" Puan Aliya pula menyampuk.  "Aria, Papa ada nak cakap something"

Huh?

"Apa dia?" tanya Aria sambil meletakkan cawan teh di meja.

"Ingat tak masa Aria request nak keluar duduk dengan kawan untuk berdikari?"

"Uh-huh. Kenapa?" Memang dia ada minta. Sebab umurnya sudah menginjak 18 tahun. Baru saja selesai menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dia bercadang, hendak tinggal bersama Mia buat sementara waktu.

Sudah tiba waktunya untuk dia kenal dunia luar. Mungkin juga boleh menjana pendapatan. Sedikit, sebanyak dapat kurangkan kos Mama dan Papa.

Encik Afiq menarik nafas panjang sebelum melepaskannya. "Boleh tak kalau Aria tak pergi? stay je dekat rumah?"

Keningnya naik. "Bukan Papa dah setuju ke masa tu"

"Yeah, tapi bila difikirkan balik, banyak benda kena risaukan-"

"Ala, pleasee papa, please" Aria langsung berdiri dan memeluk Encik Afiq. Tangannya dilingkarkan ke leher. Encik Afiq lantas menjeling kepada Puan Aliya.

"S-saya dah tak lama dah ni. Awak jela pujuk dia. Saya tak mampu" ucap Papanya.

Puan Aliya menghembus nafas. "Aria, Mama taknak nanti banyak benda bahayakan Aria. Lagi-lagi dengan kejadian lepas-"

Urk. Kini giliran Puan Aliya pula diserang Aria. No can do. "Mamaaaaa please"

Total lost. Aria 1-0.

"Ugh.. fine. Dengan syarat"

"Okay, what is it?"

"Ada orang yang boleh protect Aria" sambung Encik Afiq. "Mia boleh ke?" tanyanya lagi.

Apa punya soalan? Mia tu nak sepak bola pun, dia sepak angin je mampu. Inikan pula nak sepak orang. Mana boleh protect.

"Of course no. Mia mana masuk apa-apa kelab pertahanan diri. Papa ni" muncung Aria.

"Then, find one. Baru papa setuju"

What. Argh.

......

"So.. that's the story" tunduk Aria. Dia sedang berada di sebuah cafe bersama Jay. Ya, lelaki dihadapannya sekarang adalah Jay.

Jay senyum kecil. "I can solve it" ucapnya. Lelaki yang berpakaian baju t-shirt hitam dengan penuh yakin menuding jari ke mukanya.

Kening Aria terangkat. Huh, how?. Aria memandang ke arah wajah maskulin milik Jay. Lelaki ini berumur 6 tahun lebih tua daripada dia. Mungkin sebab itu.

Jay menyedut air Cappucino yang berbaki di cawan. "Listen honey, Im your father's acquaintance"

Gulp. Uh..

"Ah..haha..haha Yeah" Aria mengalihkan pandangannya. Mengelakkan bertentangan mata dengan Jay.

"Kenapa pandang tempat lain. Sini" arah Jay. "No".

"Why? because I called you honey?" senyum Jay.

"Ugh.. Stop with that. Macam mana awak boleh cakap senang-senang macam tu je" geleng Aria. Dia sudah menenangkan ekspresi mukanya.

"Only with you, though"

Hatinya sedang tidak baik. "Okay, okay. Back to the main topic. Kenapa pun kalau awak kenalan ayah"

"Ayah awak kenal saya dan percaya saya. Tak ke terfikir kalau saya boleh protect awak? Plus, umur kita tak jauh" Jay memandang anak mata milik Aria. 'She's pretty'

Aria menganggukkan kepalanya tanda setuju. Mungkin juga. Daripada dapat lelaki lain, better with Jay.

"Nanti saya tanya papa" balas Aria. Saja dia jadikan alasan berjumpa dengan Jay. Niatnya hanya ingin berjumpa, sekali terjumpa jalan penyelesaian.

"No need. Saya dah tanya" Jay menggoyang-goyangkan telefon pintarnya di hadapan Aria. Awal!

"Tapi saya takkan duduk serumah dengan awak" ujar Aria. Risau juga dia tiba-tiba serumah dengan Jay. "Of course not. Who do you think I am? "

"Pervert"

Mata Jay membulat. "Hey, awak baru 18. Jaga mulut tu"

Aria sengih. "18 tahun dan ke atas are allowed"

Jay ketawa perlahan. Aria bersyukur Jay mampu ketawa. Sejak kejadian tahun lepas, dia sering rasa bersalah terhadap lelaki ini. Namun, melihat keadaannya yang semakin pulih, Aria lega. Sekurang-kurangnya, hubungan dia dan Jay semakin rapat.

Fuh. Juney lupa nak bagitahu pasal Juney buat sequel kepada cerita Possesive or Obssesive. Juney post dekat wattpad je. Lupa dekat sini. Hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience