Rate

2

Romance Series 4975

Kepalanya mendongak ke atas, pandangannya menghala ke langit. Syukurlah, awan tolong coverkan. Reduplah maksudnya.

Dia berjalan sambil memegang totebag. Hala tujunya adalah kedai DIY. Dia sudah ada list barang yang hendak dibeli.

Seketika, ingatannya teringat perbualannya bersama Jay tadi.

Ketika dia baru saja mahu buka topik harga rumah, Jay tersengih. Rupanya lelaki itu sudah pilih di mana dan yang mana.

Mulanya, dia ingin tolak. Tapi bila difikirkan balik, tempat yang Jay pilih pun lebih dekat dengan rumah utama.

Senang lah juga kalau kalau mama dan papanya risau dan mahu menjenguk.

Dahi Aria berkerut. Cuma satu saja dia tak sangka dan agak susah nak terima.

Jay dah beli rumah tu!

Lagilah rasa bersalah kalau mahu tolak. Cuma, cepat betul? macam tak logik. Namun, Aria langsung meninggalkan segala fikiran tadi apabila kakinya melangkah masuk ke DIY.

Dia bergerak ke bahagian alat tulis. Percayalah, masuk saja DIY, rambang mata pening nak pilih mana satu.

Akhirnya, tangannya main capai saja mana yang paling dirasakan multifunction.

Hampir 1 jam lebih juga dia terperap dalam DIY sebelum keluar. Berhantu gamaknya kedai ni. Masuk dengan dompet tebal, keluar dengan dompet nipis.

Aria ketawa kecil dengan lawak sendiri. Jumpa Jay, check. Beli barang, check. Dia mula bergerak pulang. Banyak barang yang perlu dikemasnya.

*****

Tak sampai 3 hari pun, dia sudah pindah masuk ke rumah barunya. Tidaklah besar, cukup untuk orang bujang macam dia. Salah. Untuk anak dara.

Aria mengelap peluh di dahi dengan tangan kanan. Dia baru saja pindahkan barang-barang penting ke dalam rumah.

"Hai awek" hampir terloncat badannya dek sapaan tersebut. Aria memusingkan wajahnya.

Jay senyum sambil menongkatkan dagunya di atas pagar tepi rumah.

Lupa hendak beritahu, Jay tinggal di sebelah. Itu syarat ayahnya. Ada orang boleh tolong tengok-tengokkan.

Sukalah lelaki ni. 'Boleh date hari-hari' itu yang Jay pernah kata.

Aria senyum dan mendekat. "Hai jiran, baru pindah sebelah ke?"

Jay sengih menampakkan barisan gigi sempurnanya. "Iyalah.. kan senang"

"Jom makan?" kening Aria terangkat. Dia melihat ke jam tangannya sebelum memberikan sebarang jawapan. Pukul 10 lebih. Orang panggil sarapan lagi ke?

Bahunya diangkat tanda tidak kisah. "Boleh je" balasnya ringkas.

Mungkin memang Jay dah fikir habis masa pilih rumah, restoran pun dekat saja. Tak sampai 3km pun. Untung jugalah.

Tapi pukul 10 ni, dah tak ada makanan sangat. Orang dah mula masak untuk makan tengahari.

Jay menghulurkan pinggan berisi nasi goreng. Aria lantas menyambut pinggan itu. "Menu ni je yang ada eh?" tanya Aria sambil duduk di kerusi.

Lelaki itu mengangguk. "pukul 10 memang macam ni. Nak grand sikit, kenalah keluar jauh"

Aria geleng perlahan. "Malas. Tak apa, cukuplah ni. Asalkan ada makanan" balasnya. Senyum Jay melebar. "Adorable" ujarnya perlahan.

"Apa?"

"Tak ada apa. By the way, kawan awak tu dah tahu ke awak pindah rumah ni" tanya Jay. Tangannya mula menyuap nasi ke mulut.

Aria mengangguk sambil tangan kirinya cuba menutup mulut yang penuh nasi. "Dah. Mia lah orang pertama tahu. Kalau tak bagitahu dia, merajuk habis nanti. Bias kpop dia je nanti mampu pujuk"

Terhambur gelak Jay. Nasib nasi tadi sudah ditelan. Kalau tak, mungkin muka Aria menjadi mangsa.

Teh ais diteguk. Dia dan Aria menyambung perbualan sambil makan.

*****
"Hm?" Failnya ditutup. Lelaki itu mendongakkan kepalanya memandang si bawahan. "Jay ada perempuan?"

"Ya, tuan"

Dia masih tidak berganjak dari meja kerjanya. Senyuman kecil terukir di bibir lelaki itu. "Hah. Tak pernah-pernah dia rapat dekat perempuan. Tak cukup trauma lagi ke aku bagi?" soalannya tidak berbalas.

"Aku nak kau siasat siapa perempuan tu. Apa yang menarik sangat pasal dia"

lelaki yang sedang berdiri laju menundukkan kepala. "Baik"

"Ada apa lagi?"

"Tak ada ,tuan"

"Keluar" tegas dia mengarah.

Sebaik saja bawahannya keluar, dia berdiri dan mengintai di kaca bangunan.

Niat awal dia datang Office, hendak rehatkan otak dari rumah. Tapi benda  lain pula yang sampai.

Fikirannya menerawang. Kedua-dua tangannya diseluk ke dalam poket. "Mungkin aku patut biar dia main dulu" senyumnya.

*****

"Jay ada perempuan?" soalan yang sama keluar dari mulut wanita 40-an itu.

"Ya, madam"

pembantu yang baru saja sampaikan maklumat mengerling ke arah wanita itu.

"Kau" badannya terkejut dek panggilan yang tiba-tiba. "Y-ya, Madam?"

"Kau rasa apa patut aku buat?" Wanita itu meletakkan cawan seramiknya dia atas meja. Matanya tajam memandang.

Liurnya pahit ditelan. "Mungkin jumpa depan-depan dengan perempuan tu?" dia memberikan cadangan.

"Useless" jeling wanita itu.

Pembantu itu mendiamkan diri. Tak ada gunanya dia bagi jawapan lagi.

"But wait.." daripada jelingan bertukar kepada senyuman sinis. Ada idea yang terpasang di fikiran.

*****

"Terima kasih, datang lagi!" Aria senyum mesra. Namun tidak dibalas langsung oleh pelanggan. Benda biasa yang berlaku kepadanya.

Sudah 3 bulan sejak dia mula bekerja di KFC sebaik saja tamat peperiksaan SPM. Yang tinggal cumalah menunggu keputusan keluar.

Ini pun, berkali-kali juga dia merayu pada ibu ayah hendak cuba pengalaman bekerja. Walaupun sebagai cashier.

Tapi siapa tahu? jurusan yang dia mohon adalah jurusan perakaunan. Mungkin ada sikit sebanyak yang akan membantunya nanti.

Baru saja dia hendak kebelakang untuk membantu rakan sekerja, pintu KFC ditolak.

Seorang wanita berusia lingkungan 20-an berjalan ke arah kaunter. Aria kembali tetap di tempatnya.

"Hai, akak nak order apa ya?" Aria sambut dengan senyuman di bibir.

"Uih, nampak muda ke saya ni sampai panggil akak?" senyum wanita itu. Aria termangu sebentar. "Err.. "

"Panggil auntie je. Auntie dah 40 lebih dah"

Ehh? Aria terkelu lidah sebentar. 40? Dipandang lagi atas dan bawah wanita itu. Tak ada gaya 40-an langsung! Ditambah pula dengan gaya seperti anak dara. Beg pun boleh tahan mahal juga jenama tu. Louis Vuitton!

"Auntie nampak mudalah!" teruja suara Aria. Biasanya dilihat dalam cerita atau tiktok orang China dan Korea. Paling tidak pun, mungkin satu-satunya orang di Malaysia yang dia tahu awet muda adalah Dato' Siti Nurhaliza.

Terlupa sebentar bahawa dia sebenarnya sedang bertugas, Aria berdehem sikit. "Ehem.. maaf, saya teruja sebab ni first time saya jumpa orang awet muda depan-depan" sengihnya.

"Auntie nak order apa-apa tak. Ada set A.." terangnya sambil memandang menu yang terpapar di skrin.

"Hmm.. Auntie order awaklah jadi menantu Auntie" sengih wanita itu.

"Wah untungnya, tapi saya dah ada orang yang claim" sengih Aria.

Ni kalau Jay tahu ada yang cuba kenen-kenenkan dia dengan orang lain, risau lelaki itu langsung minta dia berhenti kerja.

"Oh, dah berpunya ke? siapalah yang beruntung sangat dapat awak ni. Tapi eloklah juga, kalau anak auntie yang lelaki tu, entah bila dia nak kahwin. Jadi bujang je sampai tua" wanita itu mencebik bibirnya.

Bila mahu ordernya ni?

Aria senyum. "Mungkin ramai je nak dia. Mungkin dia tengah tunggu pilihan hati dia"

"Auntie nak order apa ni. Kesian dekat orang belakang auntie tu tengah tunggu" Wanita itu memusingkan badannya namun tiada siapa. Dia langsung ketawa.

"Pandailah buat lawak awak ni, auntie suka!"

Aria senyum pasrah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience