Kringggggg.... Itu tandanya waktu rehat sudah pon tiba.Aku dan rakanku pergi ke kantin bersama sambil bercerita tentang subjek math yang sukar di selesaikan tadi.Kami pon melabuhkan punggung di sebuah meja berhampiran dengan tempat membeli makanan.Sewaktu kawanku pergi membeli makanan aku saja memandang sekeliling cafeteria itu untuk menghilangkannrasa bosan ku menunggu kawan kawanku membeli makanan.Maklumlah tempat membelinya beratur panjang jadi terpaksa la aku tunggu.Ketika aku leka memandang sekeliling, tiba tiba seorang jejaka tampan ini menarik perhatianku sapa lagi kalau bukan Faiz iman.Dia bersama kawan lelakinya yang memegang jawatan sebagai pengawas pusat sumber sama juga dengan faiz iman.Mereka sedqng berbual sambil tertawa menuju ke tangga untuk pergi ke Pusat sumber sekolah.Aku hanya memerhatikan sahaja pergerakkan mereka.Tiba tiba seorang perempuan mendekati mereka.Sapa lagi kalau bukan si Aida.Ye Aida juga satu satunya ahli pengawas pusat sumber.Aida cuba merapatkan diri dengan si Faiz tapi kawan Faiz menghalangnya sambil menjelingkan mata nye ke arah Aida.Aida hanya menjelirkan lidah nye tanda tidak kesah.Faiz hanya diam sahaja dengan perilakuan mereka.
Selepas beberapa saat mereka pon hilang dari pandanganku.Aku berasa sedikit cemburu kerana begitu sahaja Aida dapat mendekati Faiz iman sedangkan aku susah mendekatinya meskipun kami sudah kenal lama.Selepas itu kawanku melabuhkan punggungnya ke atas kerusi yang aku duduk.
Share this novel