Cemburu?

True Story Series 2282

Kebelakangan ni, aku nampak Faiz Iman dan Aida semakin rapat sahaja.Tidak ada masa untuk berborak denganku.Selalunya aku akan berborak dengan Faiz dalam kelas atau telefon tapi semenjak dia di'partner'kan dengan Aida untuk menghias kelas makin jarang dia berborak dengan ku.Tak tahu la, mungkin dia sibuk.Husnuzon je la.

Setelah beberapa lama kami tidak berborak,akhirnya Faiz Iman datang kearahku untuk berborak.“Hey friend lama tak borak.Tak rindu dekat aku ke.Hmm biasalah kita jer tak penting untuk dia" kata Faiz.“Eh aku pulak.Aku rasa kau kot yang patut cermin diri kau tu.Tiba - tiba pulak aku yang tak borak dengan kau.Aku ingat kau sibuk borak dengan kawan baru kau tu" kataku sambil jeling ke arahnya.“Siapa? Aida ke? Kitaorang tak rapat pon la. 'Just' kawan biasa jer tak de yang lebih pon ”katanya.“ Habistu kenapa semua orang dalam kelas ni 'ship'kan korang berdua.Asyik borak berdua jer dekat belakang memang patutlah kena 'ship' "balasku."Lah biarla diorang.Diorang yang kata asal kau yang panas ni?Ke kau ' jealous '? "soalnya.Aku hanya memandang ke arahnya dengan mata tajamku sebagai tanda amaran.Dia hanya tersenyum.Tapi aku dapat merasakan seseorang manusia sedang memerhatikan kami.Aku hanya memalingkan kepalaku sedikit ke arah belakang dan tepat sangkaanku Aida sedang memerhatikan kami dengan matanya yang merah yang bermaksud sedang menahan geram.Hhahaha... Macam tu sekali ye naik angin .Muka boleh bertukar jadi Spiderman dah.Haih apa nak buat aku hanya membiarkan saja si Aida tu yang penting aku dapat meluangkan masa dengan Encik 'Crush' aku sorang ni.

Tidak lama daripada itu,Aida menghampiri kami.“ Faiz jom teman Aida pergi pusat sumber kejap .Teman Aida hantarkan buku yang Aida pinjam kelmarin.Boleh? soalnya sambil tersenyum gedik.Aku hanya diam sahaja dengan perilakuan si Aida yang suka menggedik dengan lelaki.“Ok.Boleh jugak.Dah lama tak hirup udara sejuk ni" jawab Faiz.Faiz hanya membuat isyarat mata kepadaku tanda dia ingin pergi.Aku hanya mengangguk tanda setuju.Aku melihat riak wajah Aida seperti bangga dapat menjauhkan aku daripada Faiz.Aku tidak mempedulikan kelakuan Aida kerana aku tahu Aida cuba sejauh manapun untuk dapatkan Faiz Iman tidak akan tercapai kerana Faiz ni jual mahal sikit kalahkan perempuan.Macam mana aku tahu.Aku dah kenal dia lama.Sepanjang aku kenal dia aku sudah melihat ramai perempuan yang kena 'reject' olehnya.Walaupun aku tahu nasib ku akan sama seperti perempuan yang Faiz 'reject' tetapi aku akan tetap menyembunyikan perasaan aku ini.Kalau aku ' confess ' dekat dia nanti mesti jadi tak selesa so better aku diam dan simpan sahaja 'feeling' aku dekat dia.Tunggu masa sahaja untuk aku meluahkan perasaan aku dekat dia.(Bersambung)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience