Selepas dia mentertawakan ku, aku bertanya kepadanya “ kenapa tarik tangan saya" dan dia pula membalas“ ouh,saya ingin berkawan dengan awak .Saya Elya saya sama kelas dengan awak.Boleh saya jadi kawan awak?". Aku dengan gembiranya berkata “sudah tentu .Saya pun masih tidak mempunyai kawan".Kami berdua pon bertatapan mata sambil tersenyum dan terus bergerak ke kantin.Selepas beberapa minit,loceng pon berbunyi yang memberi maksud waktu rehat telah tamat.Kami pun masuk ke kelas .Kami pon belajar seperti biasa tetapi mataku tidak pernah putus memerhatikan seorang lelaki yang aku temui pagi tadi.Selepas tamat persekolahan , kami pun pulang ke rumah.Begitulah hari -hari ku ketika berada di sekolah ini.
Selepas beberapa bulan persekolahan, akhirnya kami tamat menjadi seorang murid yang berumur 9 tahun.Tapi pada masa yang sama aku tidak pernah langsung menyapa lelaki yang aku minati itu. Aku hanya mampu berdoa agar dia sama kelas dengan ku ketika aku berumur 10 tahun.
Yup.. Selepas sebulan bercuti akhir tahun,maka umurku berganjak 1 tahun pada bulan Januari.Aku berasa gembira kerana dapat berjumpa kawan ku semula iaitu Elya.Akhirnya setelah sekian lama kami tidak berbual,maka hari ini menjadi saksi perbualan rancak kami sebab seorang kawan baik.
Sesuatu yang aku harapkan sebelum aku berganjak ke umur 10 tahun ialah aku ingin sekelas dengan lelaki yang aku impikan.Akhirnya perkmintaanku di tunaikan juga .Alangkah teruja nya aku lagi - lagi aku duduk di sebelahnya.Hatiku berdegup kencang apabila dia memandangku sambil senyum kecil.Adakah ini jodoh kata hatiku.Arghhh... aku tidak keruan apabila duduk bersebelahan dengannya.Adakah aku boleh bergaul dengannya?Adakah aku boleh menjadi kawan baiknya juga? Adakah aku patut menyapanya dulu?Isi otakku penuh dengan persoalan tentang si dia.Aku harap aku dapat dekatkan diri dengannya.
Pada waktu subjek pertama iaitu , Bahasa Melayu aku pun memberi tumpuan sepenuhnya sebab subjek kegemaranku.Kenapa? sebab senang nak skor je dalam peperiksaan.Waktu aku sedang memberi tumpuan,tiba - tiba seorang lelaki yang duduk bersebelahan dengan ku menyapaku.Siapa lagi kalau bukan si Encik Crush aku tu.Aku terkejut kecil sebab dia terus cakap“hai" ketika aku sedang memberi tumpuan.Aku pun membalas “ hai" dan dia menanyakanku sesuatu “ kau dulu sekolah mana?" . Aku dalam hati berkata “ ehh mamat ni aku dari tahun lepas lagi masuk sekolah ni takkan tak kenal .Kalau lain kelas takpe la ni sama kelas kot tahun lepas .Dia ni ade amnesia ke?" aku hanya senyum padanya dan berkata “ kau tak kenal aku ke ? Bukan dulu kita sama kelas ke?".Lepas tu dia buat muka pelik .Aku nampak muka peliknya terus 'blur' jap . Lepas dia buat muka pelik dia tu, dia berkata padaku“ ni Sarah ehh" alangkah terkejutnya aku dia tahu nama aku.Semestinya dia memang patut tahu sebab aku dah perkenalkan diri aku tahun lepas cuma aku sahaja tidak tahu nama dia.“ Ha betul la tu" kataku.Dia pun senyum padaku.Dia membuatkan jantungku berdegup dengan kencang.Hatiku berkata “alahai tampan sungguh jejaka di depan mataku ini".Aku hanya senyum sahaja.Apa yang aku boleh buat takkan aku nak luahkan perasaan pulak.“ Saya Faiz Iman.Awak boleh panggil saya Faiz atau Iman . Saya tak kesah orang nak panggil saya apa tapi jangan panggil sayang sudah" katanya.Terbeliak biji mata aku ni.Aku hanya tertawa kecil.Selepas itu aku kembali memberi tumpuan pada guru. (Bersambung)
Share this novel