BAB 3

Romance Completed 9258

Beg pakaiannya dikeluarkan dari perut kereta. Farhan sudah awal lagi masuk ke dalam rumah. Sumayyah tak terikut rentak sikap Farhan. Apa yang salah langsung dia tak mengerti. Namun, kedatangannya disambut ceria oleh Mak Jah dan suami, Pak Teh Lan. Pak Teh Lan merupakan bapa saudara kepada sepupu Ayah Sumayyah.

“ Sabar ye Maya, Farhan memang macam tu..” Ujar Mak Jah ketika membantu Sumayyah mengemaskan pakaiannya, Farhan sudah awal lagi pergi ke pejabat. Baru masuk hari kedua bergelar pengantin, Farhan sudah masuk ke pejabat. Jika difikirkan memang tidak logik dan seakan Farhan cuba menjauhi Sumayyah tapi itulah hakikatnya. Mak Jah sendiri terkejut dengan tingkah Farhan, entah apa yang difikirkannya.

“ Maya belum kenal abang Han Mak Jah, insyaAllah, Maya akan cuba faham dengan sikap dia.” Jawab Sumayyah jujur, segarit senyuman dihadiahkan, namun siapa tahu, hatinya sedang rancak memikirkan kenapa dan mengapa Farhan bersikap sedemikian.

“ Tahu kenapa Mak Jah pilih Maya untuk Farhan?” Soal Mak Jah dengan senyuman membunga. Sumayyah hanya menggeleng dengan riak hairan.

“ Sebab Mak Jah kenal Maya dari kecil lagi. Maya seorang gadis yang sangat penyabar. Dalam keluarga Maya, Maya paling diam dan paling sabar. Dari Maya kecik, Maya yang sentiasa mengalah dengan adik beradik Maya, buatlah apa pun Maya hanya diam dan sabar.” Maya tersenyum manis. Hanya mengangguk. Mak Jah juga. Maya sedar, ada rintangan dan dugaan besar dalam perkahwinannya ini.

“Abang taknak breakfast?” Soal Maya setelah melihat kelibat suaminya melintas ruang makan. Farhan berpaling, dipandang meja makan dan Maya berselang seli.

“ We have been married for two month. Did you ever see me having my breakfast?” Farhan tidak menjawab tapi kembali menyoal Maya dengan soalan sinis. Maya hanya mengangguk dan tertunduk lemah. Ya, Farhan tidak pernah ambil sarapan, dan tidak pernah menjamah air tangan Maya. Farhan alien ke? Pernah beberapa kali soalan itu terpancul diruang minda Maya, dengar lucu tapi... entah!

“ Abang tak pernah makan kat rumah pun..” Maya ‘ter’merungut! Ditekup mulutnya perlahan. Maya sedar dia terlepas cakap.

“ So? I have told you right? Do I have to repeat it again?!” Nada suaranya makin keras kedengaran. Maya sudah gelabah.

“ Maya mintak maaf.. Maya takkan buat lagi..” Setelah mendengar jawapan Maya, Farhan pantas melangkah keluar kereta. Maya hanya memandang sepi. Tiada salam, tiada kucupan pagi. Perkahwinan ini sekadar menjauhkan paksaan Ibu dengan calon-calon menantunya sahaja. Maya tertunduk lemah di meja makan. Mana mungkin dia lupa kata-kata suaminya itu waktu pertama kali dia memasak dirumah itu.

“ I never ate at my house. Then awak tak payah masak.”

Maya mendengus lemah. Entah apa yang perlu dilakukan dirumah itu. Masak tak payah, kemas? Mak Jah melarang. Ya Allah, aku tidak dilahirkan untuk hanya bergoyang kaki. Jerit hati kecil Maya. Dicapai telefon bimbitnya dan buku nota, langkah diatur ke ruang taman belakang rumah. Tak disangkal, rumah Farhan memang besar dan punya ruang laman yang sangat luas. Tapi isinya kosong!

Punggung dilabuh atas gazebo. Telinga disumbat dengan earphone, muzik yang perlahan dipasang sebagai halwa telinga. Buku nota dibuka, dan pena diambil. Jarinya teringin menulis sesuatu hari ini, mungkin kisah hatinya. Mungkin persoalan kepada sikap suaminya. Itulah hobi Maya, pantang ada masa terluang, pasti berkepit dengan pen dan kertas. Pernah juga di ‘sound’ adiknya sendiri, Maya seolah-olah ketinggalan zaman, orang sekarang berkepit dengan not bukan lagi kertas dan pen. Maya hanya tersenyum. Bukan tiada, cuma keselesaan itu berbeda.

“ Kau pekak ke!” tarikan earphone daripada telinga secara tiba-tiba dan jerkahan itu membuatkan Maya terloncat dari duduknya. Dadanya ditepuk perlahan. Fuh..semangat!

“ Aku cakap dengan kau, kau boleh dek!” Maya memandang wajah gadis dihadapannya, diteleknya ralit. Tidak dikenalinya, tapi wajah yang tebal dengan bedak itu jika tidak bersolek pasti lebih cantik.

“ Hoi! Aku datang tak suruh kau telek muka aku la, aku tau la aku cantik dari kau!” Layla menempik penuh geram. Maya tersedar dari lamunan. Huih! Pukau sungguh wajah dia yang mengerikan nih! Bisik hati kecil Maya hingga terukir senyuman dibibir Maya tanpa dia sedari. Jari runcing Layla menunjal kepala Maya membuatkan Maya tersentak dan terus berdiri. Pantang!

“ Cik datang cari siapa?” soal Maya tegas. Layla menjeling.

“ Cari kau la perempuan kampung! Bodoh!”

“ Watch your words!”

“Do I care? Kau memang perempuan kampung, perampas!” Maya mendengus geram. Perempuan dihadapannya terlalu lancang berkata-kata.

“ Perampas? Bila pulak saya merampas hak awak?”

“ Farhan tu sepatutnya jadi milik aku, bukan kau!” Maya tersenyum menyindir.

“ Dah termaktub, Abang Farhan suami saya, dan tiada isu rampas kat sini.” Ujar Maya tegas. Layla geram. Maya seolah-olah mencabarnya.

“ Tak guna..” Tamparan hebat Layla hinggap diwajah Maya. Maya terkesima. Seumur hidupnya, itulah pertama kali dia ditampar. Ayah atau abangnya tidak pernah berbuat demikian. Maya anak yang patuh dan taat. Terasa bibirnya perit sekali.

“ Layla, what are you doing here?” suara Farhan menjengah ke ruang telinga. Kedua-dua mereka kalih pandangan ke arah Farhan yang berada ditepi rumah. Maya menekup pipinya yang masih perit. Layla melangkah penuh liuk lentuk ke arah Farhan. Malas untuk melihat drama yang seterusnya, Maya terus masuk ke rumah melalui pintu belakang.

Bibir yang berdarah dicuci perlahan. Ditelek wajahnya dicermin. Pipinya kelihatan bengkak dan bercalar. Peritnya masih terasa. Apa salah aku? Soal hati Maya. Keluh dilepas perlahan. Maya melangkah keluar dari bilik air. Dari jendela masih terlihat adegan lakonan penuh gedik Layla dan Farhan. Farhan seperti gaya biasanya, tangan dimasukkan ke dalam poket seluar, tegak berdiri. Layla dengan tiada segan silu memeluk erat pinggang Farhan.

“ Allah, kuatkan hatiku..” bisik Maya perlahan. Hatinya terguris melihat adegan itu, biarpun Farhan kelihatan tidak membalas sebarang reaksi. Maya terluka, dia sendiri tidak pernah merasa mesra hangatnya pelukan suami, kenapa Layla yang mampu merasainya? Dengannya, Farhan cuma lebih kepada tanggungjawab, hanya seperti melunas tanggungjawabnya sebagai suami. Maya mengeluh sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience