BAB 4

Romance Completed 9258

Kepala Maya seolah-olah dihempat batu besar. Terasa berat untuk diangkat. Terasa perit untuk terus berdiri. Usai solat maghrib, Maya terus baring di atas katil. Mungkin setelah berehat kepalanya akan kembali sihat.

“ Farhan.. Maya tak turun makan lagi?” Soal Mak Jah, melihatkan Farhan sedang ralit membuat kerja diruang tv.

“ Masa Farhan masuk bilik, dia tidur, and masa keluar pun Han tengok dia tidur lagi.” Jawab Farhan dengan matanya fokus kepada kerja-kerjanya.

“ Dia tak makan lagi tu, tengah hari tadi pun tak makan, isteri kamu tu ada gastrik.” Ujar Mak Jah penuh risau.

“ Biarlah dia tidur, karang dia bangun, dia makan la Mak Jah.” Jawab Farhan acuh tak acuh.

“ Pergi kejut dia Farhan..” Tutur Mak Jah lembut. Farhan memandang Mak Jah yang masih tetap ditempatnya. Mak Jah bagai ibu kandung Farhan, suruhan Mak Jah tidak pernah dibiarkan.

“ Okey Mak Jah, Farhan pergi jemput menantu kesayangan Mak Jah.” Mak Jah hanya ketawa kecil mendengar tutur kata Farhan.

Pintu bilik dikuak perlahan. Maya masih tidur, itu yang dilihat dari kaca mata Farhan. Nak tak nak, Farhan terpaksa mengejutkan Maya. Nanti bising pula Mak Jah. Maya kelihatan letih, pucat. Farhan duduk disebelah Maya yang sedang asyik terlena. Deru nafasnya kedengaran tidak teratur. Perlahan-lahan Farhan menyentuh jari jemari Maya. Sejuk beku? Pantas Farhan meletakkan belakang tangan di dahi Maya. Allah! Panasnya.

“ Nanti Mak Jah bawak naik tuala dan air suam ye. Farhan pergi call doktor.” Ujar Farhan sebaik turun ke dapur. Resah, bagaimana Maya boleh tiba-tiba demam. Petang tadi, dia melihat Maya baik-baik sahaja. Mak Jah juga terkejut, dengan pantas Mak Jah menurut pesanan Farhan sebentar tadi.

“ Ni kainnya Farhan..” Mak Jah menghulurkan kain tuala kecil dan semangkuk air suam kepada Farhan yang sudah pun berada di dalam bilik.

“ Mak Jah tuamkanlah..” Farhan menolak.

“ Kamu suami dia, jadi ini tanggungjawab kamu juga Farhan..” Farhan mengeluh kecil mendengar kata-kata Mak Jah. Dia tahu, cuma tidak biasa. Farhan kembali melabuh punggung disisi Maya yang masih lena. Dibetulkan baringan Maya. Rambut Maya yang menutupi wajahnya, dia kalih perlahan dan betulkan.

“ Kenapa dengan muka Maya Mak Jah?” Soal Farhan sebaik terlihat kesan calar dan lebam dipipi Maya. Mak Jah cuba menelek.

“ Ish.. tak tahu pulak kenapa, macam kena tampar aje ni..” Farhan mendengus keras. Layla!

“ Mak Jah ada perasaan atau dengar apa perbualan Layla dengan Maya petang tadi?”

“ Takde la pulak, Layla cuma tanya dekat Mak Jah, Maya mana, tu aje.” Jawab Mak Jah jujur.

“ Ni mesti kerja Layla ni. Tak habis-habis nak kacau hidup Farhan.” Rungut Farhan, sedikit keras.

“ Nanti Mak Jah bawakkan ubat ye.” Mak Jah tidak tahu mahu kata apa apabila Layla menjadi persoalan. Dari Farhan belasan tahun lagi, Layla sudah tergila-gilakannya. Biar sejuta kali Farhan menolak, lebih sepuluh juta kali Layla akan terus menggoda.

“ Kejap lagi Doktor Anis akan sampai, Mak Jah suruh dia ke atas terus ye.” Mak Jah mengangguk faham dan berlalu keluar. Farhan menelek perlahan wajah mulus isterinya. Luka dibibir Maya disentuh perlahan dengan jari.

“ Maaf, bukan aku sengaja, hati ini serik pada yang bernama wanita.” Bisik hati kecil Farhan. Ketukan dipintu mengejutkan dia dari lamunan. Doktor Anis dan Mak Jah. Farhan beralih tempat, dan memberikan ruang kepada doktor Anis untuk memeriksa Maya yang masih terlena.

Setelah beberapa minit berlalu, Doktor Anis siap memeriksa dan mengemas barang-barangnya. Dikeluarkan satu buku dari beg bimbitnya dan menulis sesuatu. Kertas itu diserahkan kepada Farhan dengan senyuman.

“ You should take care of her from now. Tahniah Farhan, kurang 9 bulan dari sekarang awak akan jadi Papa.” Ujar Doktor Anis, Farhan terkedu dan ternganga. Farhan tidak tahu mahu berkata atau memberikan reaksi yang bagaimana. Dilihat Mak Jah tidak putus-putus mengucap syukur. Doktor Anis pula tersenyum sedari tadi. Kertas digenggaman dibelek bagai tembus hingga ke lantai. Ah! Aku belum sedia dengan semua ni! Jerit batin Farhan sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience