BAB 1

Romance Completed 9258

“Macam mana Mak Jah? Ada apa-apa update terbaru mengenai calon jodoh yang sesuai? Dah jumpa?

“ Alhamdulillah, sudah. Nanti Mak Jah berikan gambar dia dekat Farhan ye”

Ahmad Farhan Syah hanya mengangguk faham. Mukanya sentiasa serius jadi tak hairan kalau ramai yang memanggilnya si bengis. Biar berlembut atau bertegas, tak dapat beza riak wajahnya. Yang membezakan hanyalah ton suara. Mak Jah hanya mampu tersenyum sendiri melihat anak asuhannya itu. Sejak Babanya pergi menghadap Ilahi, kehidupan Farhan makin kacau bilau dengan tingkah laku si ibu tirinya yang gila harta itu. Tak pasal-pasal, Mak Jah terjebak sama dengan kekusutan Farhan.

Seminggu lalu, Farhan meminta bantuan Mak Jah supaya mecari seorang calon isteri yang paling sesuai untuk dia. Pilihan Mak Jah mesti yang terbaik, itu kata Farhan, dia tak tahu pening Mak Jah hendak mencari anak gadis yang paling sesuai dengan anak muda bernama Ahmad Farhan Syah. Peguam muda, yang sentiasa sibuk. Sibuk dengan kes, sibuk dengan hal perniagaan Babanya, sibuk dengan ibu tiri yang asyik mencari jodoh buat dia. Lagi satu, Farhan seorang pemuda yang panas baran dan tak pernah senyum. Entah apa salah asuhan Mak Jah.

“ Sumayyah ni cikgu tadika dekat kampung Mak Jah. Bukan sembarangan, ada ijazah. Berkaitan dengan budak-budak la jugak, Mak Jah tak tahu namanya.” Ujar Mak Jah panjang lebar, sambil menemani Farhan menikmati minum petang di taman. Gambar yang diberi Mak Jah, diteleknya.

“ Dia setuju nak kahwin dengan saya?” Gambar Sumayyah masih diteleknya. Tak cantik mana, tak bergaya macam model yang ibu kenalkan minggu lalu, tapi manis dengan tudungnya yang agak labuh itu.

“ Mak Jah dah risik, empunya badan serah semua dekat keluarga. Dia muda lagi, baru 22. Mak Ayah dia cuma suruh Farhan datang meminang, ikut adat.” Farhan mengangguk. Entah kenapa matanya tidak mahu lari dari melihat wajah mulus gadis bernama Sumayyah itu.

“ Nanti Farhan cakap dengan Ibu dan Tok Usu, Mak Jah tolong urus apa patut ye. Cincin nanti Farhan uruskan.”

Farhan terus menelek gambar itu. Sumayyah, moga indah seperti dikhabar. Moga manis seperti digambar. Moga luhur budinya bagai namanya.

Share this novel

Nurul Aleyana Mohd Aleyana
2019-11-20 19:09:57 

Best....


NovelPlus Premium

The best ads free experience