Setelah kitaorang habis makan kami pergi ke Strawberry dan Rose Garden .
merupakan taman yang menarik untuk dilawati banyak yang mengatakan apabila pergi ke Kundasang jangan lepaskan peluang pergi sini Maka kami tidak melepaskan peluang itu.
Kawasan kebun strawberi dan bunga di sini agak luas. Kitaorang boleh melihat bagaimana kaedah penanaman strawberi dan melihat buah strawberi yang sedang masak ranum, dan paling Neyli suka dekat sini iaitu Pelbagai jenis bunga ros ditanam di sini Terdapat juga bunga-bunga lain seperti bunga matahari, kaktus,lily dan sebagainya.
Aku hanya melihat Neyli, nampak sangat dia gembira tiba-tiba Neyli memanggil ku .
" Akak Emiel sinilah Kita selfie nak? " kata Neyli .
Aku pun menghampirinya dan tersenyum menandakan aku setuju bergambar dengannya .
Tanpa kami sedari ibu dan ayah melihat kami .
"tengok tu Bang nampak sangat muka anak-anak sekarang tengah happy " kata Tengku Badriah sambil memeluk pinggan suaminya .
"ya Betul tu, kalaulah boleh abang nak sangat tengok senyuman anak-anak kita setiap hari tapi apakan daya abang busy sangat dengan kerja , sampaikan susah abang nak luangkan masa dengan korang. " kata Tengku Adrian syah sambil mencium ubun-ubun isterinya yang tercinta
Tanpa mereka sedari Emiel dan Neyli telah menangkap gambar mereka .
"amboi ayah sweetnya dengan ibu hahaha" kata ku ingin mengusik ibu dan ayah .
"ahah sweet sangat sampai lupa kita kan Kak " kata Neyli sambil ketawa.
"ishh kamu berdua ni kacau betullah baru ja ayah nak bersweet dengan ibu kamu ni kan sayang " kata Ayah sambil melihat isterinya tercinta
"ishh abang ni apa pula cakap macam, malulah saya depan anak-anak" kata ibu dengan muka merahnya .
Aku Neyli dan Ayah ketawa mendengar ayat yang keluar daripada mulut ibu.
Setelah puas berpusing-pusing sambil menangkap gambar ayah membuat keputusan balik ke hotel memandangkan hari semakin gelap , Kami ingin berehat memandangkan esok kami akan berjalan-jalan lagi.
Share this novel