Hari ini hari terakhir kami dekat sini jadi ayah membawa kami ke lokasi yang ramai pengunjung datang iaitu Desa Casstle Dairy Farm iaitu Ladang tenusu , pemandangan dekat sini memang best seperti ala-ala dekat sweazland lagi menarik tempat ni berdepan dengan Gunung Kinabalu .
Jadi apa lagi aku dengan Neyli memang tak lepaskan peluang untuk berselfie welfie hehehe , saat ni memang aku tak dapat gambarkan rasa gembira dalam hati .
kami sekeluarga memang jarang bersama apatah lagi aku dan Neyli sibuk dengan sekolah
tahun ni aku menduduki peperiksaan iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Neyli menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) .
Ayah pula sibuk dengan kerja dekat office dan Ibu pula sibuk dengan butiknya , jadi memang susah untuk bersama.
Tapi walaupun ibu ayah sibuk dengan kerja mereka , mereka tak pernah lupa untuk jalankan tanggungjawab mereka pada aku dan Neyli sentiasa ada bila aku dan Neyli ada masalah dan sentiasa memberi semangat.
Setelah puas jalan-jalan dekat Desa Casstle Dairy Farm ayah membawa kami ke satu tempat kami kunjungi iaitu Kundasang War Memorial Malaysia iaitu tempat Lokasi bersejarah yang menceritakan pengorbanan askar-askar British dan Australia mempertahankan negara daripada Jepun ketika perang dunia kedua pada tahun 1945.
Di sini terdapat 4 taman/garden yang menempatkan monumen-monumen bersejarah iaitu British Garden, Austalian Garden, Borneo Garden dan Contemplation Garden & Pool.
Memang best dekat sini banyak tempat-tempat yang menarik boleh hilangkan segala stress dan masalah , aku harap kami sekeluarga boleh datang lagi tempat ni .
"ibu ayah boleh tak kita datang sini balik" kata Neyli sambil tersengih.
"insyaallah Neyli kalau panjang umur kita datang sini balik okey " kata ibu
Aku dan ayah hanya tersenyum.
"okey jom kita makan lepas makan kita pergi hotel berehat malam ni kemas semua baju sebab esok pagi kita dah nak balik " kata Ayah sambil tersenyum.
Setelah habis makan kami naik ke hotel penat berjalan , lagi pula ayah kena banyak berehat memandangkan esok pagi kami bergerak pulang.
Share this novel