Bahar semakin hampir dengan pokok besar yang sedang terbakar di puncaknya itu. Walaupun berpayung,pakaiannya hampir lencun di basahi hujan kerana tiupan angin datang dari segala macam arah.
Itu membawanya hampir ke gigi hutan belukar.
"Sialan!"maki lelaki bermisai lebat berusia 56 tahun itu ketika dia jatuh dalam lopak air gara-gara tersandung dek akar pokok.
Lampu picitnya langsung gagal berfungsi kerana telah di masuki air.
Ketika Bahar hendak bangun semula,tiba-tiba kakinya di belit oleh akar pokok tersebut. Dia di tarik dan di heret menuju ke arah pokok besar terbakar itu.
Alangkah panik Bahar sehingga dia meronta-ronta cuba melepaskan diri. Akan tetapi belitan akar itu terlalu kuat.
Rupanya akar belitan itu datang dari pokok besar itu sendiri. Kini Bahar terbaring betul-betul di bawah pokok itu.
Dia mendongak tinggi melihat kobaran api yang menyelubungi rimbunan pokok tersebut. Memang aneh dan tidak masuk dek akal bila Bahar menyedari akar-akar pokok itu hidup dan menjalar-jalar bagaikan ribuan ular.
Bahar jadi ketakutan dan menggigil.
Dia bangun nak cabut lari namun sekali lagi akar pokok terbakar itu menyambar dan menggulung tubuhnya.
"Aaahhhhhhhh!!!"
Jeritan dan lolongan Bahar memecah suasana. Namun tiada siapa yang mendengarnya. Akar-akar itu menghantar tubuhnya naik tinggi menuju ke puncak yang sedang terbakar.
Lemah kaki Bahar bagai hilang darah. Di sangkanya akar itu mahu menghumbankannya ke dalam kobaran api marak itu,namun tidak!
Tubuhnya terhenti di udara dalam jarak sehasta dari api. Bahar terbeliak melihat ada sesuatu duduk dalam rimbunan terbakar itu.
Kelihatannya seperti seseorang sedang duduk bersila atas dahan sambil membelakanginya. Benda itu pantas bangun dan menerpa lalu tercegat betul-betul di hadapan Bahar yang sedang di belit akar-akar pokok di udara.
Ianya berupa seperti manusia punya kepala,tubuh dengan dua tangan dan dua kaki namun di perbuat dari dahan pokok.
Matanya adalah kobaran api.
"Apa..apa bendanya kau ni? jembalang atau puaka pokok?"soal Bahar sambil menggigil-gigil.
Kobaran mata api makhluk tersebut terus merenung wajah Bahar sedalam-dalamnya.
Bahar kelu dan bisu. Kakinya terawang di udara. Belitan akar masih utuh di tubuhnya. Andai akar itu terlepas,nescaya jatuh terhempaslah tubuh Bahar ke bawah.
Rupanya makhluk itu mampu mengawal akar-akar pokok di bawahnya. Bahar sekali lagi terkejut bila melihat akar-akar lain pokok itu sedang menjalar pergi menuju ke arah rumah pinggiran yang di teduhinya bersama Nurkinah si wanita anak dua nak masuk tiga itu.
***
Nurkinah menyarung baju dan kain sejurus selesai mandi air panas. Rambutnya yang basah di lap dengan tuala.
Dia bangun dan pergi memeriksa di atas permukaan katil. Kesan pancutan lembab basah dan bau hancing tadi telah di cuci dan lapnya bersih-bersih sebelum di sembur pewangi fabrik.
Perhiasan manik berkilauan yang di guna buat menghiasi sanggul tudungnya agar menambahkan lagi keseksiannya tadi di bungkus baik-baik sebelum di sembunyikan dekat tempat yang agak tersorok.
Kemudian Nurkinah meraba di celah kepala katil mahupun di bawah bantal bagi memastikan tiada apa-apa barang milik Bahar yang tercicir atau terselit di mana-mana. Contohnya seperti seluar dalam.
Kinah tidak pernah cuai dalam bab-bab begitu. Dia tahu nahas menantinya andai dia tidak berhati-hati.
Seraya terdengar bunyi bising di luar rumah,Kinah segera menerpa ke tingkap untuk melihat. Anak-anaknya juga turut terjaga.
Alangkah terperanjat bukan kepalang lagi si ibu hamil anak dua itu bila melihat kereta proton wira milik Bahar telah di belit oleh ribuan akar menjalar dan di tarik pergi dari situ.
Dia segera menutup tingkap dan memeluk anak-anaknya yang ketakutan. Dadanya berdebar kuat. Kinah tertanya-tanya di mana perginya Bahar? Kenapa lelaki itu masih tidak kembali setelah keluar tadi?
Sementara itu Bahar yang masih di belit akar-akar pokok dan terkapai-kapai di udara terkejut besar melihat keretanya di tarik ke situ.
Puaka pokok itu mengawal akar tersebut. Kereta Bahar di tarik naik ke udara sebelum di humban ke dalam rimbunan puncak yang sedang marak di bakar api.
Hanya lolongan kesal dan kecewa terbit dari kerongkong Bahar apabila melihat keretanya rentung. Entah apa nasib yang menimpa dirinya setelah itu tidak pula di ketahui. Yang pasti tak lama kemudian,api di puncak pokok itu mulai terpadam.
Keadaan kembali gelap bersama bunyi curahan hujan.
***
Setelah anak-anaknya tidur semula,Kinah masuk ke bilik dan pergi ke tingkap lalu membuang pandangan jauh ke puncak pokok besar terbakar itu.
Gelap!
Pokok itu sudah tidak di hurung api lagi. Mungkin hujan telah memadamkan apinya. Begitu fikir Mirah.
PAGI menjelma bersama sinar mentari. Kinah sedang memasak sarapan pagi ketika kereta suaminya Jazim tiba di perkarangan. Dia menyambut suaminya bersama salam dan cium tangan. Dadanya berdebar kuat.
Nurkinah membantu suaminya membawa turun besen-besen di penuhi ikan laut,udang dan sotong. Jazim kerjanya sebagai nelayan. Memang dah biasa sangat lelaki itu berpergian mencari hasil laut sampai berhari-hari lamanya.
"Eh abang cakap balik lusa kan.."kata Kinah sambil tergaru-garu pipi yang tidak gatal.
"Tak jadi"
Kinah sekadar menantikan saja kata-kata lanjut dari suaminya sambil menuang kopi panas ke cawan.
"Bahar..."
Bagai nak meletup jantung Kinah di buatnya saat nama itu terpacul dari mulut suaminya.
"Penoreh getah jumpa kereta proton Wira Bahar rentung atas pokok besar kat gigi hutan nun!"kata Jazim sambil terkocoh-kacah menyuap bihun goreng yang di masak oleh Kinah.
Debaran di dada Kinah kembali surut namun di ganti pula oleh perasaan terkejut.
"Apa?apa dah jadi sebenarnya kat Bahar bang?"soal Kinah.
"Cepatlah makan. Lepas ni kita ke sana. Orang mesti dah ramai berkumpul nak tahu cerita sebenar"kata Jazim.
Share this novel