"Kau tak apa-apa ke Kinah?"soal Jazim sambil memaut ke tubuh isterinya dan mengusap ke perut Kinah yang sedang sarat itu. Tadi sejurus tiba di rumah ketika waktu maghrib,Jazim berlari pantas masuk ke rumah setelah di beritahu oleh Afiq tentang keadaan Kinah yang di temui pengsan berhampiran pokok buluh.
"Kinah tak apa-apa bang"
"Macam mana boleh pengsan pulak ni?"
Kinah pun menceritakan kembali apa yang terjadi.
"Hantu dahan pokok?"soal Jazim.
"Betul bang...seluruh badan dia macam dahan-dahan dan ranting pokok..ada kepala,dua tangan dua kaki jugak..seram Kinah tengok mata dia yang terpancar api tu. Mati-mati Kinah sangkakan Afiq yang bersembunyi kat sebalik pokok buluh tu"cerita Kinah.
Jazim termenung buat seketika dengan dahi berkerut. Mujurlah waktu peristiwa itu berlaku,Afiq baru pulang ke rumah. Anak sulungnya itu segera masuk ke rumah mengambil segelas air dan menyapu ke wajah Kinah. Isterinya pun kembali tersedar.
"Waktu-waktu senja memang time dia nak keluar merayau-rayau. Tambah pulak rumah kita ni terpinggir di kelilingi hutan. Sudahlah,yang penting kau dan kandungan kau tak apa-apa"kata Jazim mengusap ke rambut isterinya.
Kinah mengangguk perlahan. Wajahnya masih sugul.
-----------------------------------------
Kisah kehilangan Bahar masih menjadi perbualan hangat para penduduk setempat. Misteri bagaimana kereta milik beliau di temui rentung di atas pokok besar di gigi hutan masih menjadi tanda tanya yang belum ada lagi jawapannya.
Pihak polis masih gagal menemui sebarang petunjuk untuk menjejaki Bahar. Apakah sebenarnya yang telah terjadi kepada lelaki itu? masih hidup lagikah beliau?
Puan Maimun iaitu isteri kepada Bahar sendiri buntu dan sedih di atas kehilangan suaminya secara misteri. Sejak kereta Proton Wira Bahar di temui hangus di atas sebuah pokok besar yang rentung,wanita itu kerap ke balai polis dan berharap pihak berkuasa berjaya menjejaki suaminya.
Ini sudah masuk hari ke lima. Tengahari tu Puan Maimun terpaksa beredar meninggalkan balai polis dengan kecewa kerana kes kehilangan suaminya masih belum ada sebarang petunjuk dan klu.
Kereta Grab yang di naiki oleh Puan Maimun dan tiga orang anaknya berhenti dekat sebuah simpang betul-betul tidak jauh saja dari rumahnya.
Dia singgah sebentar di sebuah gerai untuk membasahkan tekak.
"Polis dah dapat kesan ke kat mana laki kau sekarang ni Maimun?"tanya Pak Kadir si pemilik gerai air kelapa.
Maimun sekadar menggeleng.
"Kusut fikiran saya Pak Kadir. Haih,tak tahulah di mana suami saya sekarang ni"
Jauh Maimun termenung. Air kelapa di minum acuh tidak acuh saja. Fikirannya melayang jauh entah ke mana.
Usai minum di gerai Pak Kadir,Puan Maimun dan anak-anak pun pulang ke rumah. Mereka anak-beranak berkemas-kemas untuk pulang ke kampung.
Si saat segala barangan dan pakaian telah di masuk ke dalam beg,Puan Maimun melihat anak bongsunya si Ina yang berusia lapan tahun sedang asyik duduk di meja dan melukis di atas sekeping kertas lukisan.
"Ina..cepat salin pakaian. Kita nak balik ke rumah atuk ni"tegur Maimun.
"Nantilah mak..Ina nak siapkan lukisan ni dulu"
"Eh lukisan tu nanti-nanti jelah sambung lukis balik. Dah..cepat siap"tegas Maimun.
Ina senyap saja dan terus tekun melukis. Hairan Maimun melihatkan sikap anak bongsunya itu.
"Ina lukis apa tu?"tanya Maimun sambil berjalan menghampiri meja lukisan anaknya.
"Ina lukis gambar pokok besar yang sembunyikan ayah"
Langsung terkedu Maimun mendengar kata-kata Ina. Di telitinya di atas permukaan kertas lukisan itu. Memang benar Ina melukis gambar sebatang pokok besar. Tapi yang menghairankan Puan Maimun ialah di dalam batang pokok besar itu ada pula di lukis gambar seorang lelaki bermisai lebat.
Dua orang lagi anak Maimun turut mengerumuni meja lukisan Ina.
"Gambar lelaki ni siapa Ina cakap tadi?"soal Maimun.
"Itu gambar ayahlah mak"
Puan Maimun rasa tak sedap hati lalu di urut-urut dadanya. Walaupun hal itu agak menakutkan,namun dia cuba bersangka baik dengan beranggapan lukisan itu hanyalah imajinasi seorang kanak-kanak.
"Hish merepek jelah Ina ni. Ayah kan hilang. Tak ada orang jumpa ayah. Polis pun gagal kesan ayah kat mana"sanggah anak perempuan sulung Maimun yang berusia 15 tahun.
"Tidak..tidak..ayah ada dalam batang pokok besar tu!"tegas Ina.
"Mana Ina tahu? siapa cakap kat Ina?"soal anak lelaki Maimun yang berusia dua belas tahun pula.
"Hantu api tu yang sorok ayah!"
"Hantu api?!"
Kali ini Puan Maimun bersama dua orang anaknya yang lain jadi tercengang-cengang sambil berpandangan sesama sendiri.
"Ina cakap apa ni?"
Gadis itu kembali mencapai pensel dan melakar karakter suatu lembaga dengan kedua matanya berkobar api.
"Inilah hantu api yang sorokkan ayah dalam pokok"kata Ina.
"Tak mungkinlah..mana Ina dapat tahu semua ni?"soal si kakak.
"Hantu pokok ada balik ke rumah kita nak ambil barang-barang ayah. Dia datang dengan akar-akar pokok besar tu"
Itu benar-benar menakutkan Maimun dan anak-anaknya.
"Sudah tu Ina! mak,kakak sama abang percaya semua tu hanya imaginasi Ina semata-mata"kata Maimun.
"Mak..Ina tak reka-reka cerita. Hantu api muncul kat luar tingkap bilik Ina. Dia tak masuk rumah..tapi akar-akar pokok tu yang masuk ikut tingkap. Dia nak amek barang ayah. Tapi dia tak boleh masuk bilik sebab mak tidur kunci pintu dari dalam bilik"tegas gadis itu lagi.
"Dia nak barang apa?"
Ina menggeleng tidak tahu.
"Mungkin malam nanti dia datang lagi kot.."
Akhirnya Puan Maimun membatalkan hajat untuk pulang ke kampung. Dia berhasrat ingin menunggu waktu malam untuk memastikan kebenaran kata-kata anak gadis bongsunya.
---------------------------------------
Walaupun di gemparkan dengan cerita misteri tentang kehilangan Bahar,kereta rentung dan pokok besar namun desa itu masih aman tenteram. Cuma cerita-cerita kurang enak tentang kebejatan moral segelintir penduduk dan muda-mudi sering juga kedengaran.
Petang itu sebuah pondok buruk tersembunyi dalam ceruk hutan di desa itu ada beberapa orang pemuda berkumpul sesama mereka. Mereka bergelak ketawa sesama sendiri. Tin bir dan botol arak bersepahan. Ada yang sudah terlalok dek mabuk kepayang. Ada yang sedang leka meneguk air kencing syaitan itu sambil berjudi daun terup.
"Hahahaha lu rentung lagi le gamaknya Din! woohoooo!"Apai ketawa besar sambil mengaut semua wang pertaruhan judi itu lalu di masuk ke dalam poketnya.
"Arghhh sial lah! Menyesal aku gadaikan rantai bini aku"Judin melempar botol arak yang masih bersisa di tangan ke luar tingkap pondok. Dalam sekelip mata sahaja wang taruhan lelaki itu lebur setelah kalah berjudi.
Tanpa di sedari,botol arak yang di lempar keluar oleh Judin tadi telah di kutip oleh 'sesuatu' yang bentuk tangannya seperti dahan ranting dan akar-akar pokok menjalar. Kedua matanya memancarkan api sambil merenung ke tingkap pondok.
Botol itu di percikkannya dengan api sebelum di lempar semula ke dalam tingkap pondok. Lelaki-lelaki pemabuk dan penjudi itu kelam-kabut bila lihat api menjulang. Sisa-sisa alkohol yang tumpah memburukkan lagi keadaan.
Api merebak luas.
"Arghhhhhh"
Lelaki-lelaki itu terperangkap dalam api sambil terjerit terpekik dan terlolong. Ada yang tewas dan melecur. Ada yang sempat meredah api dan menyerbu keluar dari pintu pondok.
Tidak jauh dari situ ada sebuah kereta di parkir agak tersorok di balik-balik semak hutan. Lagu yang berkumandang keluar dari corong radio kereta agak sayup-sayup sahaja kedengaran.
Kereta itu terhenjut-henjut di goncang. Rupanya ada pasangan yang sedang asyik masyuk melakukan maksiat.
Krek..kruk..krek..kruk..
Bunyi sit berkeriut.
"Ahh..aduihh sedap sangat ni Pak Rustam..henjutlah Anum sejam dua lagi boleh tak..uih mak aih"
Anum terbaring di sit yang di turunkan sedikit ke bawah dengan kedua batang kaki peha gebu betis padi menciut seksinya terawang di sangkut ke bahu kiri kanan Pak Rustam. Kainnya sudah terselak. Tudungnya bersanggul tinggi.
Sesekali tumit sandal wanita agak cantik berusia tiga puluhan itu melekap ke siling bumbung kereta buruk Pak Rustam.
"Tak boleh lama-lama sangat Num. Kedai runcit aku tak ada orang jaga tu. Hm..suami engkau si Hamdan balik bila?"tanya Pak Rustam yang bercermin mata dan berusia awal enam puluhan tu sambil terus asyik mendayung.
"Mmmmh...."
Anum terdongak seketika memejam mata mengetap bibir sebelum inzal. Terpancut keluar sedas dua air kencingnya tumpah di atas sit kereta.
"Mmm..biar lantak kat dialah Pak Rustam. Balik rumah pun jarang. Kalau balik pun asyik nak maki hamun orang. Duit nak beli barang dapur dan sara anak pun haram di baginya"kata Anum.
Tak lama kemudian barulah Pak Rustam dan Anum selesai buat maksiat.
Kesan pancutan lembab basah dan berbau hancing di atas permukaan leather sit kereta buruk itu di lap oleh Anum dengan sekeping dua tisu paper sebelum dibuang ke luar tingkap.
"Sudah..kau tak usah risau sangat kalau laki kau tak bagi nafkah Num. Kalau apa-apa kau mari aja kedai runcit aku. Ameklah apa pun barang keperluan yang kau hendak. Tapi macam biasalah..kau pun tahu apa aku 'hendak' dari kau kan?"kata Pak Rustam sambil menarik zip.
"Mmh faham Pak Rustam..baiklah..terima kasih Pak Rustam.."balas Anum sambil betul-betulkan kain dan tudung sanggul tingginya.
Ketika kereta buruk yang dinaiki oleh Pak Rustam dan Anum sudah membelok keluar meninggakan kawasan rimbunan hutan tersorok itu dan berlalu pergi,lebih kurang seratus meter di hadapan sudah kelihatan orang ramai berkumpul. Banyak juga kenderaan berhenti di situ.
Rupanya asap kebakaran pondok yang menjadi sarang penjudi dan kaki botol itu telah menarik perhatian orang ramai.
----------------------------------
Ketika malam kian lewat,tiada apa-apa yang pelik pun berlaku. Hantu api atau akar pokok seperti di dakwa oleh Ina juga tidak munculkan diri.
Maimun menarik nafas lega. Akan tetapi anak-anaknya masih di serang rasa seram dan gelisah. Akhirnya Maimun dan anak-anak pakat tidur beramai-ramai di bilik utama.
Maimun tidur di katil besar bersama anak gadis bongsunya sementara dua orang lagi anak remajanya tidur di lantai. Semuanya baik-baik saja. Namun Ina si gadis kecil berusia lapan tahun itu berkelakuan cukup aneh.
Ketika ibu,abang dan kakaknya sudah tidur lena,Ina perlahan-lahan turun lalu keluar dari bilik dan pergi ke bilik tidurnya.
Kanak-kanak itu memanjat ke kerusi lalu naik ke atas meja dan membuka tingkap.
"Hantu mata api..awak dah datang ke tu?"
Baru di sebut-sebut lalu menjelmalah sesosok makhluk berupa dahan ranting-ranting pokok dengan kedua matanya memancarkan api kecil.
Hairannya Ina tidak berasa seram pula malah gadis kecil itu berbual apa entah dengan makhluk itu. Tak lama kemudian barulah dia kembali tidur dengan ibunya.
Sehinggalah ketika waktu dinihari di kala Maimunah bangun untuk pergi ke bilik air. Kebetulan pintu bilik terbuka.
Krekkk...
Maimun sangkakan angin yang menolak pintu itu. Lagipun memang dia tidak rapatkan pintu sebelum tidur kerana hendak beri angin masuk.
Dalam kesamaran suasana bilik itu lah Maimun perasan ada benda yang panjang-panjang menjalar masuk.
Pantas Maimun buka lampu meja dan terkejut apabila melihat sendiri dengan mata kepalanya beberapa akar pokok sebesar lengan menjalar di atas lantai bilik.
"Aaaaaaaa!!!!"
Jeritan Maimun telah mengejutkan anak-anaknya. Melompat budak-budak tu naik ke katil.
Mereka anak beranak berpelukkan di atas katil dan hanya berani melihat sahaja akar-akar itu terus menjalar di atas lantai.
Pintu almari besar di tarik oleh akar itu hingga terbuka. Kemudian akar itu menyelongkar segala macam barang yang ada di simpan di dalamnya.
Tak lama kemudian barulah ia pergi.
Keesokkan harinya Maimun anak-beranak yang masih di landa ketakutan terus berkemas-kemas beg pakaian dan segala macam barangan penting. Dia bercadang mahu pulang ke rumah ibu dan ayahnya sahaja.
"Mak..lukisan pokok besar Ina mana?"tanya anak gadis kecil itu.
"Mak dah buang lukisan tu! sudah,cepat kita bersiap"tegas Maimun.
Selepas mengunci pintu dan pagar,Maimun bersama tiga orang anaknya pun bertolak pergi dengan sebuah teksi.
....BERSAMBUNG...
Share this novel