3. Rahsia

Horror & Thriller Series 5072

Penduduk sekitar telah ramai berkumpul dekat gigi hutan di mana tumbuhnya pokok besar itu. Masing-masing tercengang-cengang kehairanan melihat rangka sebuah kereta Proton Wira rentung di atas puncak pokok terbabit.

Selain itu rimbunan dedaun pokok itu juga telah punah dan hanya meninggalkan dahan-dahannya saja.

Orang ramai riuh-rendah berbual sambil ada yang sibuk merakam melalui henfon.

"Masalahnya bagaimana kereta Bahar boleh terhumban sampai ke atas nun?"tanya seorang penduduk sambil mendongak melihat ke puncak pokok.

Semua orang menggeleng kepala tidak  tahu.

"Tapi aku rasa malam tadi ada terserempak dengan Bahar memandu keretanya macam mengarah ke rumah kamu Jazim"kata seseorang.

Semua mata menoleh ke arah seorang lelaki bersongkok berusia lewat 40an yang datang bersama isteri yang sarat hamil dan dua orang anak.

"Ada ke dia ke rumah kamu Zim?"

"Saya tak ada di rumah semalam. Saya ke laut. Tak tahulah pulak kalau dia ada datang ke rumah"jawab Jazim sebelum menoleh ke arah isterinya si Nurkinah untuk kepastian.

"Tak ada bang.."nafi Kinah yang sedang mendukung anak gadis kecilnya yang sedari tadi asyik menarik kain tudung sanggul tinggi di kepalanya. Dadanya berdebar kuat.

Bukan semua orang jantan yang ada kat situ memandangnya kerana inginkan penjelasan seperti suaminya,ada yang mengambil kesempatan mahu melihat-lihat kecantikkannya saja.

Kinah berasa tak selesa pula menjadi tumpuan ramai begitu. Dia hanya tertunduk-tunduk sahaja walaupun hanya dirinya saja yang tahu betapa sebenarnya Bahar memang ada ke rumahnya malam tadi malah dia dan lelaki bermisai lebat itu sempat bersekedudukan sewaktu hujan lebat.

Apa pun yang terjadi,Kinah tidak akan sesekali buka mulut tentang hal itu. Lagipun tidak manis kalau orang tahu dia ada buat maksiat dengan lelaki lain sewaktu suaminya tiada di rumah.

Adalah lebih baik dia terus berpura dan berlakon sebagai isteri dan ibu anak dua sarat hamil, bertudung yang suci.

"Mungkin Bahar ke rumah Nek Mesum kot. Dia itu kan kepala seks. Lain tak ada di ingatnya melainkan seks. Dari Nek Mesum lah dia selalu mendapatkan ubat kuat seks dan sebagainya"kata seseorang sebelum di sambut ketawa terkekek-kekek dari beberapa orang yang ada di situ.

Kebetulan Nek Mesum pun baru tiba . Dia menumpang kereta salah seorang penduduk. Jadi ramailah yang bertanya padanya.

"Bahar datang ke rumah aku itu perkara biasa. Kamu-kamu yang lain ni pun ada juga datang beli ubat kuat dari aku. Tapi dia itu cukup pandai berahsia orangnya"ujar Nek Mesum.

"Apa maksud Nek Mesum?"tanya orang ramai.

"Aku tahu dia dapatkan ubat kuat sebab dia tidur dengan isteri orang. Lebih baik kamu semua bimbangkan perihal sendiri. Entah-entah isteri kamu sendiri yang bersedap-sedap dengan Bahar waktu kamu tiada di rumah daripada sibuk bertanyakan kat aku tentang Bahar atau  bagaimana kereta dia boleh rentung kat atas pokok besar ni"kata Nek Mesum sambil mendongak.

Beberapa orang lelaki dah beredar mencari isteri masing-masing kerana risau dengan kata-kata Nek Mesum.

Nurkinah berkerut dahi menggigit bibir dengan wajah beriak risau. Bimbang kalau-kalau rahsia perbuatan maksiat zinanya bersama Bahar terbongkar.

        -------------------------------------------

Afiq termenung menongkat dagu sambil duduk di bendul pintu rumah separa kayu dan batu itu sambil pandangannya meliar ke segenap hutan di sekeliling rumah.

Memang sunyi tinggal di pinggiran itu malah terpencil dan jauh pula dari rumah kediaman penduduk lain. Namun apakandaya,keluarganya bukan orang senang. Hanya rumah beratap zink itu sahajalah yang mampu untuk di huni.

Bapanya Jazim sedang memasukkan pukat dan beberapa barang lain ke dalam bonet kereta. Lelaki itu akan bertolak ke jeti laut untuk menaiki perahu dan pergi menangkap ikan di lautan.

Ibunya si Nurkinah pula sedang menjemur pakaian di ampaian.

"Abang balik bila?"tanya Kinah yang hanya berkemban kain batik dan bertuala di bahu.

Jazim menutup bonet keretanya. Rokok daun yang terjepit di bibir sudah pun habis di hisap lalu di buang.

"Aku tak pasti lagi. Kalau ada rezeki awal lah aku pulang. Kalau tidak terpaksalah aku berperahu jauh-jauh"balas Jazim.

"Ayah..Afiq nak ikut pergi laut boleh tak?"Afiq menyampuk.

"Tak usahlah Fiq...kau duduk rumah temankan mak dan adik aja"balas Jazim sambil menyarung topi usang di kepala.

Kinah tercegat sahaja sehinggalah kereta kancil buruk yang di pandu oleh suaminya sudah berlalu pergi dan hilang dari penglihatan.

"Afiq tolong mak pergi ke kedai runcit Pak Rustam, belikan santan. Mak nak masak gulai tengahari nanti. Upahnya Afiq belilah aiskrim"kata Kinah sambil menyeluk ke dalam kutang coli di celah dadanya yang berbalut kain batik itu sebelum mengeluarkan wang kertas bernilai rm lima.

Langsung senyuman terukir di wajah budak lelaki yang masih bersekolah rendah dalam darjah empat itu. Duit di ambil lalu dia pun mengayuh basikal kecilnya. Boleh pula Afiq terserempak dengan Nek Mesum yang sedang berjalan menuju ke rumahnya.

"Eh Nenek Mesum nak pergi rumah kita ke?"tegur Afiq.

"Iyalah..mak kamu ada rumah? nenek nak jumpa dia sekejap"

"Ada..ada..mak tengah jemur kain"

"Baiklah..hati-hati bawak basikal tu"

"Baik nek...Afiq pergi dulu ya"

Nurkinah baru selesai menjemur. Melihatkan daun-daun kering begitu banyak berguguran menyepahkan halaman rumah,dia pun terfikir untuk menyapu buat seketika. Namun hasratnya tak kesampaian apabila perasan kelibat Nek Mesum sedang melenggang-lenggok menuju ke situ.

Nenek lawa itu melaram mengalahkan perempuan muda. Pakai kebaya ketat,berselendang kepala dengan beg tangan ranggi.

Sebenarnya Kinah kurang senang dengan kehadiran wanita separuh usia itu. Banyak Kinah dengar cerita kurang baik tentang Nek Mesum. Nenek lawa yang juga pakar ilmu memikat,membuat ubatan ramuan tradisional untuk masalah seksual lelaki dan wanita itu bukan saja handal mengurut,malah di katakan ramai lelaki yang tertawan dek kecantikkannya.

Malah lebih dahsyat lagi,ada beberapa orang pelanggannya dari kalangan lelaki dan suami orang mendakwa pernah di tiduri oleh Nek Mesum. Ada juga dakwaan mengatakan Nek Mesum memang kuat berzina dengan suami orang.

Entah betul atau tidak,tidak pula dapat di pastikan.

Apa yang pasti, Kinah sedikit sebanyak rasa bimbang juga kalau-kalau suaminya si Jazim nanti turut terjebak sekali seperti lelaki-lelaki itu.

"Nek datang ni ada hajat apa?"sapa Kinah.

"Aih sajalah aku nak datang jengukkan engkau Kinah. Tak boleh ke? suami engkau si Jazim mana?"

"Nek datang ni saja nak jenguk ke atau ada 'urusan' peribadi dengan suami saya?"kata Kinah sengaja menduga.

Nek Mesum tertawa kecil.

"Iyalah aku ni kerja mengobat orang lelaki...aku tak nafikan memang ada lelaki-lelaki miang yang hendakkan aku.."

"Ouh jadi Nek pun melayanlah ya? jadi memang betullah cakap-cakap orang tentang Nek?"

Nek Mesum tersenyum sambil membetul-betulkan selendang di kepalanya.

"Birah aku masih kuat lagi Kinah. Orang dah mengajak..aku pun tak daya menolak. Tapi usahlah kau bimbang..suami engkau si Jazim tak termasuk dalam kalangan lelaki-lelaki yang pernah berzina dengan aku. Hmm..agaknya kau tak tahu banyak tentang diri aku ya Kinah?"

"Apa maksud nek?"

Nek Mesum tersenyum mengulum sambil mengusap bahu isteri si Jazim itu.

"Amboi bukan main galak lagi aku tengok engkau siap pakai tudung sanggul tinggi siap kerawang manik hiasan berkilauan waktu malam hujan lebat kelmarin Kinah"

Alangkah terkejut bukan kepalang lagi Nurkinah dengan kata-kata Nek Mesum itu. Bagai nak tercabut tangkai jantungnya. Itulah malam di mana Bahar datang bermalam dan bersekedudukkan dengannya sebelum berlakunya perkara pelik pokok besar terbakar di sambar petir itu. Langsung merah wajah Nurkinah.

"Ba..bagaimana Nek tahu.."

"Aku ada kat luar rumah kau ni. Aku datang nak minta lilin sebab bekalan elektrik putus. Agaknya hujan lebat sangat sampai kau tak dengar aku panggil dari luar. Aku jenguk sajalah dari luar tingkap rumah kau ni"

Kinah pucat lesi. Dia mengurut-urut dada. Kakinya lemah bagai hilang darah.Kalau begitu rahsianya bersekedudukkan dengan Bahar malam kelmarin telah pun terbongkar ke pengetahuan Nek Mesum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience